Coklat Cornflakes Crunchy Cookie dengan rasa koko. Rangup dan kaya dengan rasa coklat. Ni dia resipi biskut cornflakes yang super sedap.
Cornflakes diramas kasar baru krap krup bunyinya. Tambah pula tepung jagung memang gerenti rangup. Meh kita follow resipi dari Farisha Sofea yang banyak berkongsi resipi-resipi menarik di laman FB nya. Kunyah-kunyah depan tv , tau-tau dah habis sebalang.
CHOCOLATE CORNFLAKES CRUNCHY COOKIES
BAHAN-BAHAN :
Ads
150gm mentega
70gm gula kastor
1 biji telur gred A
1 sudu kecil
130gm tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
60gm serbuk koko
1/2 sudu kecil serbuk penaik
50gm cornflakes ( diramas kasar )
CARA MEMASAK : 1. Satukan mentega bersama gula dan pukul sehingga kembang dan sebati . 2. Masukkan telur dan juga esen vanilla . pukul rata . 3. Kemudian masukkan tepung, serbuk koko dan juga serbuk penaik . 4. Kacau adunan sehingga sebati barulah dimasukkan cornflakes, gaul rata. 5. Simpan adunan di dalam peti sejuk selama 30 minit . 6. Kemudian bentukkan adunan dan golekkan lagi adunan ke dalam cornflakes . 7. Susunkan ke dalam loyang pembakar yang telah digris . 8. Ulang proses sehingga selesai . 9. Panaskan oven, bakar pada suhu 180•C selama 30 minit atau sehingga masak bergantung kepada oven masing masing . 10.Siap dihidang.
Selera orang Melayu, memang dekat sungguh dengan petai. Selain dibuat ulam, petai selalunya dicampur dalam sambal. Itulah sebenarnya rahsia yang menjadikan sambal lebih sedap. Walaupun berbau, tapi rasa petai yang sukar nak digambarkan itu boleh meningkatkan selera makan. Petai pun bukan main harganya sekarang ni kan?
SAMBAL SOTONG PETAI
Bahan-bahan
300 gram sotong (dibersihkan dan hiris bulat)
150 gram isi petai
1/2 biji bawang besar (dihiris)
3 ulas bawang merah (dikisar halus)
3 ulas bawang putih (dikisar halus)
2 cm halia (dikisar halus)
6 tangkai cili kering (dikisar halus)
1 sudu makan air asam jawa
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tiram
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak untuk menumis
Cara membuat
1. Panaskan kuali, tumiskan bahan kisar sehingga pecah minyak.
2. Masukkan petai dan hirisan bawang besar, kacau lagi.
3. Kemudian masukkan sotong, air asam jawa, sos cili dan sos tiram.
4. Biarkan mereneh lebih kurang tiga minit.
5. Akhir sekali lengkapkan rasa dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
6. Angkat dan hidangkan
SAMBAL GORENG PETAI BILIS
Bahan-bahan
100 gm ikan bilis
2 papan petai (kikis kulit dan hiris)
5 tangkai cili merah (kisar)
5 tangkai cili padi (kisar)
3 ulas bawang merah (kisar)
2 ulas bawang putih
1 biji bawang merah (hiris bulat)
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng dan menumis
Cara membuat
1) Panaskan minyak, goreng ikan bilis sehingga garing dan ketepikan.
2) Goreng petai seketika. Angkat dan ketepikan.
3) Keluarkan minyak masak tapi tinggalkan sedikit untuk menumis.
4) Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Masukkan air asam, garam, gula dan perasa secukupnya.
5) Kecilkan api, biarkan tumisan garing.
6) Akhir sekali masukkan ikan bilis dan petai goreng, gaul rata dan tutup api.
SAMBAL TEMPOYAK PETAI BILIS
Bahan-bahan
4 genggam ikan bilis (dibersihkan)
2 batang serai (dititik)
4 papan petai masak (dikupas dan belah dua)
1 helai daun kunyit (diracik halus)
1 senduk tempoyak
1 sudu makan gula
Sedikit minyak masak
2 helai daun kesum (diracik)
Garam dan gula secukup rasa
Bahan kisar
8 tangkai cili kering
10 biji cili padi
3 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup (boleh guna serbuk kunyit)
Cara membuat
1) Goreng seketika ikan bilis. Angkat dan toskan minyak masak.
2) Dengan menggunakan baki minyak gorengan tadi, tumis semua bahan kisar dan serai sehingga wangi dan garing.
3) Masukkan tempoyak diikuti hirisan daun kunyit dan daun kesum.
4) Perasakan dengan garam dan gula. Kacau sebati sehingga naik bau.
5) Masukkan petai dan masak seketika. Padamkan api dan masukkan ikan bilis. Gaul rata.
6) Sedia untuk dihidangkan.
SAMBAL UDANG PETAI
Bahan-bahan
400 gram udang kuning
1 biji bawang besar (dikisar)
4 ulas bawang putih (dikisar)
1 biji bawang besar (dipotong bulat)
1 senduk kecil cili kisar (ikut selera pedas masing-masing)
½ cawan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Cara membuat
1) Panaskan minyak masak dan goreng udang seketika. Angkat dan ketepikan.
2) Kemudian tumiskan bawang merah dan bawang putih yang dikisar bersama cili kisar. Biarkan sehingga cili benar-benar masak dengan api perlahan.
3) Masukkan gula dan kacau rata sebelum memasukkan petai, air asam jawa dan garam.
4) Akhir sekali masukkan udang dan sedikit bawang merah yang telah dipotong bulat sehingga layu. Tutup api dan sedia dihidang.
Sedapnya Ketam Sambal Telur Pecah perkongsian saudari Nurul Ateekah ni. Ketam segarmemang sangat enak dimasak bermacam cara. Bila dapat ketam isi padat, memang sedap dimasak lemak atau kari. Tapi tak kurang enaknya kalau masak sambal pecah telur begini. Memang terasa kemanisan isinya. Memang sedap dimakan bersama nasi atau dicicah dengan roti.
1. Panaskan minyak dalam kuali besar dan masukkan serai. Tumis dan biarkan aromanya naik. Masukkan halia dan bawang putih.
2. Apabila telah kelihatan sedikit keperangan kemudian masukkan bawang besar. Masak seketika.
3. Seterusnya masukkan cili kisar dan daun limau purut. Tumis sehingga pecah minyak.
4. Apabila sudah pecah minyak, masukkan serbuk belacan, garam, gula, kiub pati ayam dan tomato. Biarkan ianya masak seketika.
5. Masukkan sos ikan, sos tomato, sos cili dan sos tiram. Gaul rata.
6. Kemudian masukkan ketam dan 1 cawan air. Kacau dan biarkan ketam masak dengan sempurna menggunakan api sederhana. Jika kuahnya kering jangan ditambah air lagi. Biarkan kerana nanti air ketam akan keluarkan sendiri. 7. Apabila sudah masak, masukkan telur dan gaul rata sehingga telur masak.
8. Tutup api dan Ketam Sambal Telur Pecah siap untuk dihidangkan.
Jika anda penggemar makanan Arab, mesti anda sukakan Sos Bawang Putih atau Garlic Sauce. Ia merupakan bahan pelengkap untuk menaikkan lagi rasa dalam hidangan. Kebiasaannya, Sos Bawang Putih dimakan bersama Shawarma. Memang sedap. Kalau anda nak resipi sama macam makan di kedai Arab, jom cuba resipi yang dikongsi oleh saudari Afiqah Hairi ini. Mudah dan gerenti menjadi! Jom kita lihat cara-caranya.
SOS BAWANG PUTIH
BAHAN-BAHAN:
4 ulas bawang putih
1 biji telur
2 sudu besar cuka
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1 cawan minyak jagung | masukkan sedikit demi sedikit
CARA MEMASAK:
Masukkan telur, bawang putih, cuka, gula dan garam ke dalam pengisar.
Kisar bahan-bahan tersebut dan masukkan minyak jagung sedikit demi sedikit.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.