Coklat Cornflakes Crunchy Cookie dengan rasa koko. Rangup dan kaya dengan rasa coklat. Ni dia resipi biskut cornflakes yang super sedap.

Cornflakes diramas kasar baru krap krup bunyinya. Tambah pula tepung jagung memang gerenti rangup. Meh kita follow resipi dari Farisha Sofea yang banyak berkongsi resipi-resipi menarik di laman FB nya. Kunyah-kunyah depan tv , tau-tau dah habis sebalang.

CHOCOLATE CORNFLAKES CRUNCHY COOKIES

Coklat Cornflakes Crunchy Cookies Dengan Rasa Koko, Rangup Bercoklat.

BAHAN-BAHAN :

IKLAN
  • 150gm mentega
  • 70gm gula kastor
  • 1 biji telur gred A
  • 1 sudu kecil
  • 130gm tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 60gm serbuk koko
  • 1/2 sudu kecil serbuk penaik
  • 50gm cornflakes ( diramas kasar )

CARA MEMASAK : 
1. Satukan mentega bersama gula dan pukul sehingga kembang dan sebati .
2. Masukkan telur dan juga esen vanilla .
pukul rata .
3. Kemudian masukkan tepung, serbuk koko dan juga serbuk penaik .
4. Kacau adunan sehingga sebati barulah dimasukkan cornflakes, gaul rata.
5. Simpan adunan di dalam peti sejuk selama 30 minit .
6. Kemudian bentukkan adunan dan golekkan lagi adunan ke dalam cornflakes .
7. Susunkan ke dalam loyang pembakar yang telah digris .
8. Ulang proses sehingga selesai .
9. Panaskan oven, bakar pada suhu 180•C selama 30 minit atau sehingga masak bergantung kepada oven masing masing .
10.Siap dihidang.

Coklat Cornflakes Crunchy Cookies Dengan Rasa Koko, Rangup Bercoklat.

IKLAN

Kredit foto  & resipi : FB Farisha Sofea
IG : _farisha_sofea

ANDA INGIN MENCARI OVEN ATAU KETUHAR TERBAIK, LIHAT PILIHAN MENARIK DI SINI.

IKLAN

ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI RESIPI  INI :

DAN JUGA RESIPI INI :

5 Biskut Coklat Sedap DiJadikan Kudapan. Kaya Rasa Koko Sedap

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI