Apam berbentuk aiskrim ini memang unik dan comel. Teksturnya yang gebu dan lembut akan buat anda tidak berhenti untuk menikmatinya. Anak-anak pasti suka. Sesuai untuk dijadikan hidangan minum petang.

RESIPI APAM CORNETTO

 

BAHAN-BAHAN:

  • 4 biji telur gred A*
  • 1 sudu ovelete*
  • 1 cawan gula halus (saya guna cawan matrik)*
  • Sedikit esen vanila*
  • 3 cawan tepung gandum (diayak)
  • 3/4 cawan air aiskrim soda
  • Pewarna ikut warna apa yang anda mahu
  • Coklat masakan (apa-apa brand pun boleh) – Saya guna coklat Beryls

 

 

CARA PENYEDIAAN:

1. Putar bahan-bahan yang bertanda * sehingga gebu dan likat (speed max lebih kurang 7 hingga 8 minit)

IKLAN

2. Masukkan tepung gandum berselang-seli dengan aiskrim soda.

3. Kemudian bahagikan 3 bahagian dan letak warna kegemaran anda.

4. Masukkan ke dalam piping bag dan paipkan ke dalam acuan kon. Paipkan warna satu persatu. Lebih kurang 3/4 kon sahaja sebab nanti lepas masak apam akan naik.

5. Kemudian kukus dgn api sederhana selama 15 minit hingga 20 minit (pastikan pengukus dipanaskan terlebih dahulu).

6. Sementara itu, panaskan coklat masakan menggunakan kaedah double boil. Kemudian curahkan coklat masakan di atas apam yang telah masak dan taburkan gula warna/kekacang.

 

* Acuannya DIY pembungkus nasi lemak

Jika anda memerlukan FOOD STEAMER, boleh cari DISINI.

KREDIT FOTO & RESIPI: JASMANIRA ARIFIN

Baca juga artikel lain di sini:

Apam Inti Kacang Merah Tak Cukup Satu

Apam Pandan Coklat Gebu, Lembut Aje Dikunyah.

Apam Pisang Coklat Makan Satu Tak Cukup

Anda boleh mencuba resipi ini di rumah: