Sekarang ni ada macam-macam jenis kuih apam yang dipelbagaikan antaranya apam nasi, apam gula hangus, apam mekar, apam polkadot dan sebagainya.

Kali ini, kita bawakan apam polkadot tembikai yang dikongsi Nor Al Fatihah. Memang bercinta nak membuatnya tetapi selepas melihatkan hasil akhirnya, memang buat kita tersenyum.

 

APAM POLKADOT TEMBIKAI

Comelnya! Apam Polkadot Versi Tembikai, Mesti Anak-Anak Suka

Ads

BAHAN-BAHAN:

3 biji telur sejuk gred A (ambil dari peti ais)
220 gm gula halus (anggaran 1 cawan) – beli online di sini
1 sudu teh ovallete – beli online di sini
150ml susu cair (anggaran ¾ cawan) – beli online di sini
275gm tepung gandum (anggaran 2 ½ cawan)* – beli online di sini
3 sudu teh serbuk penaik (saya letak 2 ½ sudu teh saja)* – beli online di sini
1 sudu teh esen vanila
Filling coklat (boleh guna filling lain seperti strawberry atau blueberry)
Pewarna merah, kuning, hijau & hitam
Papercup saiz No.1

TONTON Biscoff Brownies | Dapur Rasa Live

TONTON Mango Baked Cheesecake | Dapur Rasa Live

CARA-CARA:

1. Pukul telur, gula dan ovallete dengan high speed hingga kembang dan adunan bertukar putih. Saya pukul selama 5 minit.
2. Masukkan susu, tepung gandum dan serbuk penaik yang telah diayak serta esen vanilla.
3. Pukul speed minimum saja hingga adunan sebati, jangan pukul lama-lama, nanti apam keras.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

4. Bahagikan adunan dan warnakan. Adunan putih paling banyak. Adunan merah 1/3 cawan, kuning 1/3 cawan, hijau cerah 1/3 cawan, hijau gelap 1 sudu besar dan adunan hitam 1 sudu besar. Kemudian, masing-masing dimasukkan ke dalam piping bag.
5. Isi acuan lompang paling kecik dengan papercup. Picit adunan putih separuh, lepas tu picit filling coklat. Picit semula dengan adunan putih hingga 3/4 penuh.

Comelnya! Apam Polkadot Versi Tembikai, Mesti Anak-Anak Suka
6. Mula-mula, picit adunan merah separuh sebagai isi tembikai. Kemudian, picit separuh adunan hijau, tinggalkan sikit line putih di bahagian tengah
7. Adunan hijau gelap dilukis zig zag pada adunan warna hijau cerah sebagai corak kulit tembikai. Buat langkah yang sama dengan apam tembikai kuning.

Ads

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

8. Titik-titikkan adunan hitam di atas adunan warna merah sebagai biji tembikai. Jika ada buih kecil pada permukaan, cucuk dengan pencungkil gigi supaya apam tak berlubang-lubang selepas dikukus.

Comelnya! Apam Polkadot Versi Tembikai, Mesti Anak-Anak Suka
9. Didihkan air dulu hingga betul-betul panas. Kukus dengan api sederhana kecil selama 10 minit atau hingga masak. Api jangan terlalu kecik ye, nanti apam bantat. Kalau kuat sangat apam akan merekah.
10. Keluarkan apam dari acuan dan sedia dinikmati.

Kredit resipi: Nor Al Fatihah

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Ads

Muffin Pisang Coklat Kudapan Mudah Buat, Anak-Anak Pun Suka

Masak Sendiri Nasi Kandar Kuah Banjir, Lengkap Dengan Kuah Hitam & Kari Telur

Senang Rupanya Nak Buat Putu Mayam, Rasa Sedap & Lembut Je

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI