Pumpkin Bua Loy, pencuci mulut yang sangat enak dimakan pada hujung minggu. Dihasilkan daripada tepung pulut, ianya merupakan sejenis pencuci mulut yang berasal dari Thailand.
Meskipun pembuatannya agak memakan masa, iaitu ketika membentukkan doh menjadi seakan-akan buah labu, namun rasanya sangat sedap. Memang berbaloi membuatnya.
Ikuti perkongsian resipi dan cara-cara membuat Pumpkin Bua Loy oleh Nor Al Fatihah T-hah ini. Gerenti tak cukup semangkuk.
BAHAN-BAHAN:
1 ½ cawan labu (direbus dan dilecek)
3 cawan tepung pulut (boleh campur sedikit tepung gandum jika tak nak liat) – Boleh beli online di sini
Sedapnya Kuih Kalakatar @ Kuih Bingka Kelapa Muda ni. Nampak lemak manis, memang membuka selera. Rasanya kalau dekat gerai, tak ada jual kuih ni.
Kuih Bingka Kelapa ini adalah salah satu kuih tradisi orang Banjar. Sangat mudah dan kelihatan sangat sedap. Bagi anda yang nak cuba, saudari Nadia Ismailada kongsikan resipinya. Jom cuba!
CARA BUAT KUIH KALAKATAR @ BINGKA KELAPA MUDA
BAHAN-BAHAN:
2 cawan air kelapa muda – dari 2 biji kelapa muda yang besar
Isi kelapa muda – jumlahnya terpulang ikut cita rasa
Sedikit garam
Gula secukupnya – letak sedikit demi sedikit hingga cukup manis
1 biji telur
CARA MEMASAK:
1. Satukan air kelapa muda, tepung gandum, garam, gula dan telur.
2. Kacau hingga semua bahan sebati dan larut. Kemudian tapis.
3. Masukkan isi kelapa ke dalam adunan tadi.
4. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak.
5. Bakar adunan dalam ketuhar menggunakan api atas bawah selama 1 jam. (RASA: boleh guna suhu 180C. Namun masa dan suhu boleh berbeza mengikut jenis ketuhar masing-masing)
6. Setelah cukup 1 jam, bakar lagi 20 minit menggunakan api atas. Ia bertujuan untuk garingkan bahagian permukaan kuih.
7. Sejukkan kuih terlebih dahulu sebelum dipotong.
INFO: Kuih Kalakatar ni jika nak makan di waktu pagi, kena buat malam sebelumnya. Jika nak makan petang, boleh buat waktu pagi. Kuih ini juga boleh disimpan dalam peti sejuk. Enak dimakan dingin.
Kuih tradisional bukan sahaja sesuai dibuat sarapan, malahan kudapan petang pun menyelerakan juga. Tak payah kukus, tak payah bakar tiga kuih ini boleh digoreng sahaja. Mudah aje buatnya. Resipi kuih yang tak lekang dek zaman ni, generasi muda patut lah cuba.
1. CUCUR BADAK
BAHAN-BAHAN :
Bahan inti :
Minyak masak untuk menumis
1/2 biji kelapa parut
100 gm udang kering /direndam dulu
1 ulas bawang putih
3 biji bawang kecil
7 biji cili merah
1 sm halia
1 batang serai
1 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu makan gula
1/2 sudu teh garam
Bahan doh :
250 gm keledek /rebus dan lenyek
4 sudu makan tepung gandum
1/2 sudu teh garam
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMASAK : CARA MASAK INTI :
1. Kisar semua bahan inti kecuali kelapa parut
2. Panaskan minyak masak, masukkan bahan kisar, kacau hingga masak
3. Masukkan kelapa parut, gaul rata, Tutup api dan ketepikan.
CARA BUAT DOH DAN PENYEDIAAN :
1. Ambil keledek dan masukkan ke dalam bekas, lenyek.
2. Masukkan tepung gandum perlahan-lahan dan uli.
3. Ambil sedikit doh, masukkan inti di tengah
4. Ulang sehingga doh dan inti habis
5. Goreng sampai kekuningan , angkat dan toskan
Saiz hidangan : 5 orang Masa memasak : 40 minit Cara memasak : Goreng Jenis masakan : Kuih tradisional Keistimewaan : Kuih rasa keledek yang lembut dan berinti pedas
INFO CHEF : Jika anda hendak menyimpan dalam peti sejuk dalam masa yang lama anda bolehlah menggorengnya separuh masak.
2. KUIH TOPI *(Kuih Pantai Timur)
BAHAN-BAHAN :
1 1/2 cawan gula
2 cawan air
Secubit garam
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
CARA MEMASAK :
1. Gula, air dan garam dimasak hingga gula hancur. Sejukkan air gula.
2. Tepung gandum dan tepung beras dicampurkan. Kemudian masukkan air gula sedikit demi sedikit.
3. Kacau sehingga adunan tidak berketul dan berbuih.
4. Kemudian perap 8 jam atau semalaman
5. Sebelum goreng kacau sebati dulu adunan kuih topi itu. Kalau pekat tambah sedikit air dan kacau sebati.
6. Apabila adunan sudah sebati ambil sesenduk adunan curah dalam kuali yang sudah panas minyak.
7. Guna kuali yang dalam, bila sudah masuk, balikkan kuih topi.
8. Masa ini anda boleh lihat topinya naik.
9. Goreng hingga tepi dan kelililing kuih agak garing
10. Kuih topi siap dihidangkan
Saiz hidangan : 4-5 orang Masa memasak : 15 minit Cara memasak : Goreng Jenis masakan : Kuih tradisional Keistimewaan : Aduan tepung gandum dan beras menghasilkan kuih yang rangup dan manis
INFO CHEF : Kuih topi cukup popular di Kelantan dan Terengganu. Ia juga dikenali sebagai kuih cucur manis atau cucur jawa.
3. SARDIN GULUNG
BAHAN-BAHAN :
Bahan doh :
500 gm tepung gandum
150 gm marjerin @ mentega
1 biji telur
1 sudu teh gula
1/2 sudu teh garam
110 ml air sejuk/dingin dari peti sejuk
Bahan inti :
1 tin kecil sardin
2 sudu makan cili kisar
3 ulas bawang putih /ditumbuk
3 biji cili padi /dicincang
1 biji bawang besar /dicincang
1 sudu makan jus limau nipis
1 biji ubi kentang /dipotong dadu
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK :
CARA MASAK INTI :
1.Panaskan minyak masak dalam kuali.
2.Tumis cili kisar, masukkan bawang putih dan bawang besar dan cili padi.
3.Tumis hingga agak garing, masukkan kentang, kacau dan biarkan kentang masak
4.Masukkan sardin dan garam, biarkan masak . Angkat dan ketepikan
CARA BUAT DOH DAN PENYEDIAAN:
1. Satukan tepung gandum, gula, garam dan marjerin atau mentega. Gaul hingga menjadi tekstur serbuk roti dan tidak mengapa jika ada sedikit ketulan kecil mentega.
2. Masukkan telur ayam dan gaul sebati.
3. Tuangkan air sejuk sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yang lembut dan licin. Jika keras tambahkan lagi sedikit air.
4. Balut doh dengan ‘plastic wrap’ dan masukkan dalam peti ais selama 15- 30 minit.
5. Keluarkan doh dari peti sejuk, dan bahagikan doh kepada bebola kecil seberat 25 gm setiap satu.
6. Ambil satu doh kecil, canai nipis jadi memanjang
7. Kelar bahagian atas, letakkan sedikit inti pada sebelah bahagian yang tidak dikelar
8. Gulung dan tarik bahagian sisi doh dengan kemas
9. Panaskan minyak masak dan goreng hingga kekuningan. Angkat dan toskan.
Saiz hidangan : 5 orang Masa memasak : 40 minit Cara memasak : Goreng Jenis masakan : Kuih tradisional Keistimewaan : Kulit doh ini sama dengan cara membuat pastri
INFO CHEF : Ketulan mentega yang terhasil akan membuatkan doh yang dileper dan digoreng menjadi berongga dan rangup. Pastikan roh direhatkan di dalam peti sejuk.
4. KUIH BOM
BAHAN-BAHAN : Bahan doh :
2 cawan tepung pulut
2 sudu makan tepung gandum
Garam secukup rasa
1 cawan air
Bijan secukupnya untuk salut
Bahan inti kelapa :
1 biji kelapa parut/ putih sahaja
1 cawan gula merah atau gula Melaka
2 sudu makan gula pasir
2 helai daun pandan /disimpul
Sedikit air untuk melarutkan gula
CARA MEMASAK : CARA MASAK INTI :
1. Gaulkan kesemua bahan inti dalam kuali dan jerangkan di atas api yang sederhana.
2. Kacau inti hingga melekit dan separa kering
3. Angkat dan ketepikan
4. Bila sudah sejuk kepal inti bulat-bulat.
CARA BUAT DOH:
1. Satukan tepung pulut, tepung gandum dan garam.
2. Bancuh dengan air sedikit sedikit hingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan.
3. Jika terlembik tambahkan sedikit lagi tepung beras pulut
4. Sapukan sedikit minyak pada tapak tangan. Ambil adunan leperkan dan masukkan inti kelapa yang telah dikepal bulat-bulat tadi.
5. Golekkan di atas bijan. Kemudian goreng dalam minyak panas hingga kekuningan.
6. Angkat dan toskan.
Saiz hidangan : 9 biji kuih bom bersaiz bola ping pong Masa memasak : 15 minit Cara memasak : Goreng Jenis masakan : Kuih tradisional Keistimewaan : Kulit ini agak liat dan kenyal kulitnya, salutan bijan mengenakkan lagi rasa
INFO CHEF : Selain inti kelapa manis, kuih bom ini juga didapati dengan inti kacang hijau dan kacang dal. Lebihan inti boleh disimpan untuk dibuat inti kuih lain seperti kuih koci, ketayap dan pulut inti.
Terima kasih : KUeh Cafe , Seksyen 13,Jalan Renang 13/26, Tadisma Business Park, Shah Alam, Selangor.