Pumpkin Bua Loy, pencuci mulut yang sangat enak dimakan pada hujung minggu. Dihasilkan daripada tepung pulut, ianya merupakan sejenis pencuci mulut yang berasal dari Thailand.
Meskipun pembuatannya agak memakan masa, iaitu ketika membentukkan doh menjadi seakan-akan buah labu, namun rasanya sangat sedap. Memang berbaloi membuatnya.
Ikuti perkongsian resipi dan cara-cara membuat Pumpkin Bua Loy oleh Nor Al Fatihah T-hah ini. Gerenti tak cukup semangkuk.
BAHAN-BAHAN:
1 ½ cawan labu (direbus dan dilecek)
3 cawan tepung pulut (boleh campur sedikit tepung gandum jika tak nak liat) – Boleh beli online di sini
Pewarna oren
Pewarna hijau
2 cawan santan pekat – Boleh beli online di sini
2 cawan air
1 cawan gula (ikut tahap kemanisan yang diinginkan) – Boleh beli online di sini
½ sudu teh garam – Boleh beli online di sini
2 helai daun pandan (disimpul)
Sedikit sagu
CARA MEMASAK:
Masukkan sagu dan air ke dalam periuk. Masak sehingga sagu bertukar jernih. Ketepikan.
Rebuskan labu dan dilecek.
Satukan labu dan tepung pulut. Gaul hingga menjadi doh.
Asingkan anggaran 2 sudu besar dan campurkan dengan pewarna hijau untuk dijadikan tangkai labu.
Doh selebihnya pula, campurkan dengan pewarna oren.
Ambil sedikit doh oren, gentelkan menjadi bulat.
Tekan dan gariskan dari atas ke bawah dengan pencungkil gigi untuk buat corak labu. Buat lubang di tengah-tengahnya.
Kemudian, ambil doh hijau dan gentel memanjang. Cucuk pada lubang tadi dan kemaskan. Buat sampai habis adunan.
Dalam periuk, didihkan air dan masukkan bebola labu.
Bila dah timbul, angkat dan toskan. Masukkan ke dalam air sejuk supaya bebola tersebut tidak melekat antara satu sama lain.
Di dalam periuk yang lain, masak santan bersama air, gula, garam dan daun pandan.
Apabila dah hampir mendidih, masukkan bebola labu dan sagu tadi. Kacau rata dan siap untuk dinikmati.
Kredit: Nor Al Fatihah T-hah
[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official