Ada yang kat sini tiba-tiba teringin nak makan mee sizzling macam dekat food court tu? Tapi kalau takut nak keluar, boleh buat sendiri di rumah.
Mudah rupanya nak buat. Lebih-lebih lagi dengan resipi yang dikongsi Shai Anne Ahemed. Lagi best, kita boleh makan sepuasnya dan bubuh bahan yang kita suka. Mesti puas hati!
1. Perap ayam dengan kicap pekat, sos tiram, minyak bijan, serbuk lada hitam dan juga kiub ayam. 2. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumis bawang putih dan halia hingga wangi kemudian masukkan cili kering, tumis sebentar. 4. Masukkan cendawan shiitake.
5. Masukkan 1 liter air, perasakan dengan garam dan 1 sudu besar gula. 6. Bila dah menggelegak, masukkan larutan tepung jagung, masak hingga kuah pekat. Tutup api.
7. Sediakan kuali non stick, letakkan yee mee, curahkan kuah sizzling atas yee mee. Buka api dapur, masukkan sebiji telur dan pakchoy. Masak sekejap hingga mee lembut (tengok DI SINI untuk video) 8. Ulang proses ini bergantung kepada berapa banyak hidangan yang ingin disediakan.
Anda dan keluarga suka makan pasta? Ini ada resipi Pasta Udang Berkrim yang sangat mudah, sedap dan sesuai cuba masak di rumah. Malah penggunaan bahan-bahannya juga tidak banyak dan mudah diperolehi. Jom cuba. Tentu kena dengan selera anda sekeluarga.
RESIPI PASTA UDANG BERKRIM
BAHAN-BAHAN:
100gm udang | buang kulit
200gm pasta rebus
250gm susu cair | 1 kotak kecil susu rendah lemak
½ biji bawang Holland | dadu kecil
2 ulas bawang putih | cincang halus
150gm mentega
Garam, paprika, lada sulah dan lada hitam secukupnya
Sedikit daun parsli | cincang halus
CARA MEMASAK:
1. Masukkan isi udang bersama serbuk lada hitam, lada sulah, serbuk cili dan garam secukupnya, Gaul rata dan ketepikan.
2. Panaskan sedikit mentega dalam kuali, tumiskan udang hingga kemerahan. Angkat dan ketepikan.
3. Dalam kuali lain, panaskan mentega, tumis bawang Holland diikuti bawang putih, kacau rata hingga wangi. Kemudian masukkan susu cair dan kacau lagi.
4. Perasakan dengan garam, lada sulah dan lada hitam, kacau rata.
5. Masukkan pasta dan udang yang telah digoreng tadi, kacau rata.
6. Setelah digaul rata, taburkan daun parsli dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jika mahu lebih berkrim dan pedas, boleh tambah parutan keju dan sebelum dihidangkan.
Mahu miliki aneka ‘HOME APPLIANCES’ yang terbaik & kena dengan bajet anda? Boleh dapatkan DISINI.
Nak lebih banyak resipi best? Boleh cuba resipi di bawah ni:
Barli atau nama botaninya Hordeum Vulgarie dikatakan bijirin pertama yang telah ditanam di timur tengah kira-kira 9000 tahun dan mungkin juga merupakan bijirin terawal dan paling penting pada ketika itu. Isi rong atau bijirin barli boleh dijadikan tepung, emping dan bran. Batangnya boleh dijadikan kertas dan bahan pembinaan manakala keseluruhan tanaman boleh dijadikan sebagai makanan haiwan ternakan.
Barli adalah gandum yang kaya fiber, vitamin, berprotein tinggi dan mempunyai beberapa mineral penting.
Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Dikatakan jus barli mengandungi 11 kali kalsium, 5 kali zat besi, 7 kali vitamin C & 80 mg vitamin B12 daripada 100gm barli.
Barli yang mengandungi serat juga berkesan merendahkan kolesterol dalam darah. Serat yang tidak mudah larut adalah penting bagi memastikan usus berfungsi dengan sihat sekali gus berfungsi meredakan sembelit dan baik untuk mengawal nafsu makan.
Barli juga mengandungi tokol yang tinggi, iaitu minyak yang bertindak sebagai antioksida semula jadi. Antioksida ini membantu meneutralkan radikal bebas dan mengurangkan risiko penyakit barah serta jantung.
Selain dibuat minuman, terdapat pelbagai hidangan yang boleh dimasak dengan menggunakan barli. Apa kata anda cuba dua resipi yang RASA kongsikan ini ye.
SUP BEBOLA DAGING BARLI TIMUN
BAHAN-BAHAN:
2-3 batang timun jeruk
150gm barli
200gm daging lembu cincang
1biji telur
1-2 sudu teh pes bawang putih
3 biji bawang merah | hiris nipis
2-3 biji ubi kentang | potong dadu
2.5 liter air rebusan / stok daging
Sedikit daun dill
Minyak masak secukupnya
Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
Basuh barli dan rendam semalam. Ketepikan.
Masukkan air rebusan/ stok daging di dalam periuk dan apabila menggelegak, masukkan barli. Masak lebih kurang 20 minit. Ketepikan.
Untuk menyediakan bebola daging; satukan daging cincang, telur, pes bawang putih dan sedikit garam. Gaul sekata dan bentukkan menjadi bebola daging. Ketepikan.
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis bawang merah hingga terbit wangi dan tuang ke dalam air rebusan/stok tadi. Gaul sekata.
Masukkan ubi kentang dan bebola daging dan masak lagi kira-kira 15 minit atau sehingga bebola daging dan ubi kentang masak sepenuhnya.
Akhir sekali, masukkan hirisan timun jeruk, daun dill dan masak beberapa minit lagi. Perasakan dengan garam secukup rasa. Gaul sekata.
Angkat dan sedia dinikmati ketika panas.
Info chef: Boleh tambah sedikit krim masam jika suka.
BAHAN-BAHAN:
1⁄2 cawan barli
2 sudu teh minyak Canola
1 biji bawang besar saiz sederhana | cincang
1 biji cili benggala | buang biji dan cincang
3-4 biji cendawan shiittake | rendam dan hiris nipis
1 batang lobak merah | cincang
¾ sudu teh halia cincang
1⁄2 cawan jus oren
1sudu makan sos teriyaki
Garam dan serbuk lada hitam secukupnya
Air secukupnya
Daun dill untuk hiasan
CARA MEMASAK:
Masukkan kira-kira 2 cawan air ke dalam periuk. Masak hingga mendidih.
Masukkan barli dan bila mula mendidih lagi, kecilkan api, tutup periuk dan biar ia mereneh 30-40 minit atau sehingga barli lembut. Ketepikan.
Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bawang merah dan cili Benggala hingga terbit wangi.
Masukkan hirisan cendawan dan lobak merah. Gaul sebati.
Setelah itu masukkan halia cincang dan tumis sekejap.
Tuang barli yang telah siap dimasak ke dalam kuali tersebut, diikuti dengan jus oren dan sos teriyaki. Perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam secukup rasa. Gaul sebati.
Angkat dan hiaskan dengan daun dill sebelum dihidangkan. Sedia dinikmati ketika panas.
Info chef: Boleh gunakan sos soya menggantikan sos teriyaki.
Bagi penggemar sajian kuih tradisional, resipi Kuih Bingka Kelapaatau dalam dialek Kelantan dipanggil Beko Nyor perkongsian saudari Nor Azliza Mohamed ini adalah antara resipi yang anda perlu cuba. Sangat mudah cara penyediaannya malah rasanya juga sangat sedap. Sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Kelapa yang digunakan adalah kelapa mudah yang isinya hampir keras. Memang sangat membuka selera. Cubalah. Anda pasti sukakan rasanya.
CARA MASAK KUIH BINGKA KELAPA/ BEKO NYOR / BEKO KELAPA
BAHAN-BAHAN: 3 cawan kelapa muda parut 2 cawan tepung pulut – beli online disini 1/2 cawan gula – beli online disini 1 biji telur 1 cawan air @ secukupnya Secubit garam Sedikit minyak masak – untuk sapuan pada acuan
CARA MEMASAK: 1. Campurkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) ke dalam bekas bersesuaian. 2. Kacau hingga semua bahan sebati. Air perlu dituang sedikit demi sedikit sambil adunan dikacau hinggalah mendapat adunan yang tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
3. Panaskan ketuhar pada suhu 200C. Pada masa yang sama oleskan minyak ke dalam acuan muffin. 4. Sudukan adunan Kuih Bingka Kelapa dengan secukupnya.
5. Bakar selama 20-25 minit atau sehingga kuih masak dan sedikit keperangan. 6. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!