Ada yang dapat idea dan jalan untuk berniaga tambah pendapatan. Rezeki Allah tiada terduga. Boleh cuba buat resipi congo bar ini. Taburan coklat cip, kepingan badam dan kacang walnut di dalam congo bar ini memang padu rasa.
CONGO BAR Bahan- bahan: 315 gram tepung gandum 250 gram gula perang-BELI ONLINE DI SINI 150 gram mentega-BELI ONLINE DI SINI 3 biji telur 2 1/2 sudu kecil serbuk penaik 1 sudu kecil garam 1 sudu kecil esen vanila-BELI ONLINE DI SINI 100 gram coklat cip 100 gram badam keping 100 gram badam hiris 100 gram kacang walnut
Ads
Cara membuat: 1. Ayak tepung, serbuk penaik dan garam (Bahan A) 2. Dalam bekas lain campurkan gula perang bersama mentega dan kacau rata mentega melarut. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar sebati. Masukkan esen vanila. Masukkan semua Bahan A.
3. Masukkan coklat cip, badam keping, badam hiris dan kacang walnut. Gaul sekata. Simpan sedikit coklat cip dan badam keping untuk ditabur pada bahagian atas Congo Bar.
4. Tuangkan adunan kedalam bekas 9 X 9 yang telah dialas dengan ‘baking paper’. Tabur coklat cip dan badam keping. 5. Bakar pada suhu 170 degree C selama 30 minit atau sehingga permukaan atas Congo Bar kuning keemasan.
Kredit: Zaky Mat Ali
Percubaan pertama kali cuba buat kek viral ni. Guna resipi kek span tapi letak perasa Oreo. Alhamdulillah sedap sangat.Lain kali boleh buat lagi.
Kek span
Bahan-bahan:
4 biji telur
100gm gula kastor
100gm tepung gandum – diayak dulu
1 sudu besar serbuk penaik
35gm minyak jagung/masak
70gm fresh milk/ susu segar
1 sudu kecil ovelete
1 sudu kecil esen vanilla
Perasa yang disukai jika suka
Cara memasak: 1.Campurkan kesemua bahan dalam mangkuk mixer. 2.Putar sehingga adunan jadi putih dan gebu. 3.Tuangkan dalam loyang 8″ yang dilapik dengan baking paper bawahnya. 4.Panaskan oven suhu 160 dan bakar selama 45-50 minit atau sehingga kek masak. 5.Bila dah masak, keluarkan kek dan biarkan atas redai seketika.
Toping Cream Cheese Bahan-bahan:
125gm cream cheese
60ml susu pekat
50ml susu fair
60gm whipping cream
Cara memasak: 1.Putar cream cheese sehingga lembut 2.Masukkan susu pekat dan susu cair. 3.Masukkan whipping cream. 4.Putar sehingga sebati 5.Masukkan dalam piping beg. 6.Tuangkan cream cheese atas kek. 7.Hiaskan dengan puding mango dan jem strawberi. 8.Hiaskan dengan parutan cheddar cheese dan coklat chip. * Puding mango saya guna yang serbuk jenama nona Selamat mencuba.
Baru-baru ini tular berita singgang ikan mungkin boleh jadi penawar COVID-19. Halia serai, kunyit dan asam keping dan garam bila dipanaskan dan dilarutkan dalam air akan menghasilkan komponen anti mikrob dan anti oksida.
Anti mikrob dan antioksida boleh menentang mikro organisma tertentu dalam badan manusia, jadi kemungkinan singgang ikan boleh melawan virus COVID-19. Bagaimana pun kejadian terperinci masih dijalankan. Moga penemuan ini jadi kebenaran, aamiin.
Ni min kongsikan resipi singgang ikan yang korang boleh cuba. Kesemuanya senang sangat nak dimasak. Paling penting ia sedap dan segar, kena gaya makan nasi boleh bertambah-tambah. Sedapnya hirup kuahnya yang masam, manis dan pedas ni memang berbaloilah masak. Tak percaya korang boleh cuba.
SALMON SINGGANG MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
800gm ikan Salmon | potong kepada 6-8 ketul
1 biji limau nipis | ambil jus sahaja
1 1/2 liter air
5 ulas bawang merah | hiris
4 ulas bawang putih | cincang
3 cm halia | hiris nipis
4cm lengkuas | hiris nipis
10-15 biji cili padi
3 batang serai | titik
2 helai daun salam
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh belacan | bakar
3 biji tomato | potong kiub
300gm nanas | potong dadu
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Perapkan salmon bersama jus limau nipis dengan sedikit garam. Ketepikan dan perat lebih kurang 15 minit, kemudian bilas dengan air bersih.
Masukkan air dalam periuk bersama, hirisan bawang merah dan putih, halia, lengkuas, serai, cili padi serbuk kunyit dan belacan bakar (hancurkan).
Tutup periuk dan biarkan kuah mendidih.
Seterusnya masukkan Salmon hirisan tomato dan nanas.
Seketika kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Tutup api, sedia dihidangkan.
ASAM REBUS IKAN KEMBUNG
BAHAN-BAHAN:
4-5 ekor ikan kembung | siang, bersih dan tos
4 keping asam gelugor
1 batang serai | titik
3 cawan air
Garam dan gula secukupnya
BAHAN KISAR HALUS:
5 biji cili merah
5 biji lada hitam
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci lengkuas muda
1 inci kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Masukkan bahan-bahan B ke dalam kuali beserta air.
Didihkan hingga mereneh.
Masukkan pula asam gelugor, serai dan ikan.
Biarkan terus mereneh hingga semua bahan sebati.
Sesuaikan rasanya dengan menambah garam dan gula secukup rasa.
Tutup api dan sedia dihidangkan.
SINGGANG KUNYIT IKAN KERISI BERSAMA BENDI
BAHAN-BAHAN:
3-4 ekor ikan Kerisik | siang dan cuci bersih
3 batang kacang bendi | buang hujung dan tangkai
3 hirisan lengkuas | ketuk | opsyen
2 hirisan halia | ketuk
3 hirisan kunyit hidup | ketuk
2 keping asam gelugor
2 batang serai | titik
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR :
2cm kunyit hidup
10 tangkai cili padi
2 tangkai cili merah
3 ulas bawang merah
CARA MEMASAK:
Masukkan air dalam periuk, kemudian campurkan dengan bahan kisar, gaul rata.
Renehkan atas dapur , masukkan hirisan halia, lengkuas,kunyit hidup, serai dan asam gelugor.
Setelah mereneh masukkan ikan. Biarkan kuah terus menereh hingga ikan masak.
Sesekali teringin makan bingka ubi kayu, anda boleh membuatnya sendiri kerana kuih ini sangat senang disediakan. Cuba memerlukan sedikit usaha untuk menyediakannya. Untuk memudahkan anda, berikut disediakan resipi Bingka Ubi Kayu paling mudah untuk anda cuba.
BINGKA UBI BAKAR BAHAN-BAHAN:
1kg ubi kayu putih
2 cawan air
1 cawan santan pekat
1 cawan gula kastor
½ sudu teh garam halus
Sedikit minyak
CARA MEMASAK:
1. Parut ubi kemudian campur dengan air lalu tapis. Biarkan ubi di dalam tapisan selama 30
minit.
2. Buang air dari tapisan ubi tadi perlahan-lahan tetapi ambil lapisan sagu yang liat lalu tuang
ke dalam mangkuk.
3. Satukan ubi yang telah ditapis tadi bersama gula dan garam ke dalam mangkuk berisi sagu
ubi tadi lalu kacau rata.
4. Sapu loyang pembakar dengan minyak. Tuang adunan ubi tadi ke dalam loyang dan
ratakan.
5. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 50 minit atau hingga
bingka masak.Sejukkan dan potong.
INFO : Jika mahu bingka nampak cantik dan berkilat keraknya, letakkan sedikit santan (2-3 sudu makan) di atasnya.
Selain sedap dibuat sambal, goreng kunyit atau dimasuk dalam tomyam sotong juga enak dibuat masak lemak. Jika nak lebih sedap dan istimewa boleh cuba buat sotong masak lemak Padang.