Coolblog telah melancarkan satu siri minuman baharu, Siri Cool Amazin’ Yogurt untuk masa yang terhad sahaja. Untuk siri ini, Coolblog menampilkan tiga perisa smoothie yogurt segar yang baru iaitu Merry Mango, Strawberry Swirl dan Blueberry Bliss.
Setiap smoothie berasaskan yogurt hadir dengan keseimbangan rasa manis untuk menyerlahkan lagi rasa puri buah-buahan yang sebenar.
Merry Mango adalah smoothie yogurt mangga berkrim yang dihiasi dengan puri mangga sebenar.
Strawberry Swirl menggabungkan dua perisa buah-buahan dalam bentuk smoothie yogurt strawberi yang dihiasi dengan puri mangga sebenar.
Blueberry Bliss pula adalah smoothie yogurt blueberry yang dihiasi dengan puri blueberi asli.
Coolblog juga telah bekerjasama bersama jenama tempatan, Amazin’ Grace untuk mengajak orang ramai mengamalkan gaya hidup yang sihat. Anda kini boleh menikmati yogurt smoothie dan granola di kedai yang terpilih di seluruh Malaysia.
Ads
Ads
Bukan itu sahaja, Coolblog juga komited untuk meningkatkan kesedaran komuniti setempat terutamanya semasa Pink Oktober. Ini telah memberi inspirasi kepada mereka untuk bekerjasama dengan BookDoc dengan memberi diskaun eksklusif kepada penyokong setia Coolblog yang mahu melakukan pemeriksaan kesihatan menerusi laman web BookDoc E-Marketplace.
Ads
Bukan itu sahaja, setiap pembelian Strawberry Swirl smoothie juga akan didedikasikan kepada Pink Oktober dimana pihak Coolblog akan memberi RM1 daripada setiap pembelian perisa ini kepada National Cancer Society Malaysia. Ia merupakan inisiatif berterusan untuk memberi kesedaran kanser payudara melalui pendidikan, penjagaan dan sokongan kepada mereka yang mempunyai kanser payudara ini.
Siri Cool Amazin’ Yogurt boleh didapati bermula 1 Oktober sehingga 24 November 2022 di semua Coolblog di seluruh Malaysia. Sebarang maklumat lanjut boleh didapati di www.coolblog.com.my.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sempena Krismas yang bakal tiba tidak lama lagi, foodpanda bersedia untuk ‘Menyebarkan Keriangan Seperti Panda’ dan meraikan musim perayaan ini dengan pelbagai tawaran menarik yang pastinya membawa kegembiraan kepada para penggunanya.
Pengarah Urusan foodpanda Malaysia, Sayantan Das berkata, “Falsafah ‘Hidup Gaya Panda’ berteraskan kepada bagaimana pengguna kami boleh membuat persiapan Krismas dengan tenang kerana foodpanda akan memenuhi segala keperluan perayaan anda.
“Sama ada pengguna memerlukan hidangan yang lengkap, bahan masakan, mahupun barangan perhiasan rumah, foodpanda berhasrat untuk membolehkan anda menikmati musim perayaan ini tanpa perlu bersusah payah dan bersesak-sesak membeli-belah untuk Krismas,” katanya lagi.
Bagi anda yang meraikan sambutan perayaan Krismas, makanan adalah sama penting dengan pengalaman saling bertukar hadiah.
Jadi daripada bersusah payah memasak di dapur, apa kata tahun ini anda nikmati kemudahan foodpanda dan luangkan lebih banyak masa dengan orang yang tersayang dengan memilih vendor dine-in foodpanda yang menyediakan pelbagai pilihan hebat untuk sebarang majlis sambutan perayaan.
Pengguna bukan saja boleh duduk dengan tenang sambil menikmati pelbagai ganjaran dan diskaun yang menakjubkan kerana memilih untuk dine-in di restoran seperti:
Sempena Krismas ini, foodpanda ingin Menyebarkan Kegembiraan Seperti Panda dan menghadiahkan pengguna dengan potongan sebanyak 40% bagi pesanan minimum RM25.00. untuk menebus diskaun tersebut, gunakan kod: PESTAPANDA.
Selain itu, foodpanda juga sentiasa memastikan ada sesuatu untuk setiap orang terutama untuk si kecil yang berada di rumah. Apa kata berikan mereka dengan kelengkapan set mainan jenama LEGO Malaysia? Bawakan kegembiraan dan keringan ke dalam musim perayaan ini dan benarkan mereka bermain dan belajar pada masa yang sama.
LEGO Duplo Floating Red Panda Bath Toy kini boleh didapati di pandamart untuk hanya RM 49.90.
Nikmati diskaun sehingga 15%
Pembelian set LEGO akan melayakkan anda menerima hadiah percuma
Pembeli yang paling banyak berbelanja berpeluang untuk memenangi LEGO Flower Bouquet Set bernilai RM 269.90
Tempoh kempen bermula dari 16 Disember hingga 29 Disember
Percaya atau tidak, teknologi canggih terkini mampu untuk mengekalkan kesegaran makanan dan sudah menjadi norma baharu dalam kehidupan harian.
Dalam memastikan kesegaran sayuran dan buahan lebih lama untuk hidangan yang lebih berkualiti dan pada masa yang sama menuju ke arah gaya kehidupan sifar-pembaziran, jenama peralatan rumah terkemuka dari Eropah, Beko berjaya menemui jalan penyelesaian dengan melancarkan peti sejuk Harvestfresh, yang dapat menjimatkan tenaga dengan teknologi ProSmart Inverter Compressor.
Ketua Pegawai Eksekutif Beko Appliances Malaysia, Chan Loc memberitahu, Beko berjaya menghasilkan rangkaian peti sejuk menggunakan bukan hanya satu, malahan tiga warna yang efektif – hijau, biru dan merah, yang menyerupai kitaran 24 jam matahari serta cahaya matahari semula jadi.
“Kelebihan rangkaian Beko HarvestFresh tidak hanya setakat itu sahaja. Ia juga didatangkan dengan sistem dwi-penyejukan NeoFrost yang mengekalkan suasana sejuk optimum, seterusnya membantu mengekalkan kesegaran makanan untuk tempoh yang lebih lama.
“Rangkaian Beko Harvestfresh menggunakan sistem penyejukan yang berasingan membolehkan keadaan kelembapan tinggi dikekalkan di dalam bahagian sejuk dan pada masa yang sama bahagian sejuk beku kekal kering dan tanpa fros,” katanya.
Didatangkan dengan dua variasi warna yang bergaya dan versatile, Dark Inox dan Brshed Silver, ia memberikan sentuhan pereka dan dapat disesuaikan dengan mudah pada mana-mana rekaan dapur.
Untuk maklumat lanjut tentang Beko Malaysia dan mengetahui lebih mengenai peti sejuk HarvestFresh serta produk-produk Beko yang lain, sila layari www.beko.my.
Pembukaan ini menjadi detik yang bersejarah bagi The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia dan membuktikan komitmen jenama ini untuk menyajikan citarasa sebenar dunia buat rakyat Malaysia.
Baru sahaja meraikan jubli peraknya pada September 2022, The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia melangkah ke hadapan dengan melakar satu lagi detik yang bersejarah dengan pembukaan kafe ke-150 miliknya di Malaysia. Terletak di Sierra Fresco, Puchong, kafe baharu ini membuktikan dedikasi berterusan The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia untuk menyajikan citarasa sebenar dunia buat seluruh rakyat Malaysia.
Mohamed Amar Shah, Pengarah Urusan The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia pada majlis pembukaan kafe ke-150 jenama tersebut berkongsi, “Sejak pembukaan kafe The Coffee Bean & Tea Leaf® di Malaysia yang sulung pada tahun 1997, kami telah menjadikan Malaysia sebagai rumah kami. Dengan ini, kami terus menjulang komitmen untuk membawakan pelbagai pengalaman yang istimewa melalui setiap minuman dan makanan yang kami hidangkan.”
Kafe berkeluasan 2,800 kaki persegi ini menampilkan ruang duduk yang luas, termasuk meja komuniti untuk lapan orang, yang secara keseluruhannya dapat memuatkan sebanyak 110 orang pelanggan dan pengunjung. Reka bentuk dalaman kafe yang serba moden dilihat memanfaatkan konsep ruang terbuka,menampilkan gerbang-gerbang yang menawan pada seni binanya.
Motif California Selatan memberi penghormatan kepada asal usul jenama ini, sambil menyempurnakan kafe tersebut dengan pencahayaan gaya matahari terbit,menzahirkan ambien yang nyaman dan mesra.
Fiona Rodrigues, Ketua Pemasaran dan Inovasi memberitahu, “Memetik ilham daripada pelbagai juadah dari seluruh dunia, kami sebagai sebuah jenama mempunyai cita yang tinggi terhadap inovasi. Kami terokai dan berusaha untuk mencipta resipi yang dapat menggamit selera rakyat Malaysia, sambil berpegang kepada asal usul yang mendefinisikan suatu juadah. Kami benar-benar menghargai peluang yang diberikan ini untuk menyajikan citarasa dunia yang sebenar kepada mereka.Penawaran yang terkini oleh The Coffee Bean & Tea Leaf®Malaysia adalah musim Ramadan dan Raya, mengalu-alukan rakyat Malaysia untuk Explore the Heart of Raya.
Diilhamkan oleh perisa-perisa yang biasa dan juga yang luar biasa, minuman yang disediakan terdiri daripada Vanilla Cardamom ColdBrew Coffee dan Cardamom Oat Milk Macchiato. Diseduh dengan pelaga yang penuh dengan aroma, sentuhan rempah ini menambah kekayaan rasa minuman tersebut. Juga dibawakan untuk memuaskan dahaga para pelanggan ialah Mangoes & Cream Ice,Blended® dan Mangoes & Cream Cold Brew Tea.
Sementara itu, menu musim Ramadan dan Raya menampilkan kek The Straits dan Pine-lemon Sugee, di samping aneka pencuci mulut seperti kek Midnight Chocolate, Mangoes & Cheese Tart dan Cinnamon Raisin Swirl.
Bukan itu sahaja, pelbagai juadah berunsur Timur Tengah juga sedia untuk diterokai, dengan hidangan Fattoush Salad, Hummus with Tortilla Chips, Chicken Shawarma dan Baklava Delight.
Berita baik juga dibawakan untuk para peminat Meerqeen kerana The Coffee Bean & TeaLeaf® Malaysia baru sahaja melancarkan peraduan media sosial yang akan berlangsung dari 15 April hingga 5 Mei, di mana para peserta diberi peluang untuk memenangi sesi meet & greet eksklusif bersama dengan pelakon tersebut.
Kafe Sierra Fresco The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia mula beroperasi dari 15 April 2023. Masa operasinya adalah dari jam 7 pagi hingga 12 malam setiap Isnin hingga Ahad.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!