Lagi satu biskut senang buat dan tak perlu acuan, adun rata bahan kemudian sudukan je atas dulang pembakar. Kandungan bahan mudah diperolehi dan sudah serasi dengan tekak. Hasil kejadiannya juga rangup. Apa lagi bolehlah ajak-anak cuba membuat sama barulah rasa tak jemu menunggu berbuka puasa dan seronok menanti raya. Macam biasa resipi dikongsikan di sini ye.

CORNFLAKES CRUNCHY CHOCOLATE CHIPS
BAHAN-BAHAN:
250g buttercup atau boleh guna planta
1 cawan gula aicing
1 sudu kecil esen vanila
3/4 cawan tepung jagung
2 cawan tepung gandum
Cornflakes secukupnya ( dalam 3 cawan, kasi ramas sikit ye)
Chocolate chips
Chocolate rice | tambahan sahaja
Almond cincang | tambahan sahaja

IKLAN

CARA MEMBUAT:

IKLAN
IKLAN
  1. Kacau sebati butter, gula aicing dan esen vanila. Guna senduk je. Jangan pukul sampai kembang.
  2. Kemudian masukkan tepung jagung dan tepung gandum sikit-sikit ye. Tak perlu ayak. Kacau sebati.
  3. Adunan memang lembik ye, jangan panik. Masukkan cornflakes, chocolate chips dan almond, gaul sebati.
  4. Sudukan adunan atas loyang yang dah disapu butter/ planta. Nak cubit-cubit guna jari pun boleh. Lepas tu nak golek-golekkan dalam baki cornflakes yang ada pun boleh. Ikut suka.
  5. Jarakkan sikit ye, biskut akan mengembang. Tapi dia punya kembang tu biasa-biasa je sebab kita tak guna soda bikarbonat dan baking powder.
  6. Sebelum tu, boleh panaskan oven dulu ye dalam 5-10 minit. Kemudian baru boleh bakar biskut kita, suhu 160’c masa 20minit atau ikut oven masing-masing ye (api atas bawah).
  7. Mula-mula keluar dari ovan biskut memang lembut, lepas itu baru akan keras. Sejukkan dulu baru susun dalam balang.

kredit: annur lawi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI