Nak kudapan enak masa menonton tv dengan keluarga Ni dia resipi cornflakes peanut butter mudah tak payah dibakar.Buat lebih sikit, simpan dalam bekas kedap udara sure tahan lama.

IKLAN

Yang menarik resipi ni ada ramuan mentega kacang, memang cepatlah habis sebalang.

CORNFLAKES PEANUT BUTTER

IKLAN

BAHAN-BAHAN :

  • 6 cawan cornflakes (ramas bagi dia hancur sikit)
  • 1 cawan mentega kacang
  • 1 cawan sirap jagung
  • Esen vanilla
  • 25 gram gula perang/brown sugar
  • 25 gram gula halus/castor
  • Secubit garam

CARA MEMASAK :
1. Sediakan kuali. Campur semua bahan kecuali cornflakes. Masak guna api kecil jer.
2. Kacau sampai sebati. Bilar dia pekat sikit. Tutup api. Alihkan kuali. Campurkan cornflakes. Kacau rata & sebati.
3. Sediakan loyang. Lapik kertas minyak tekan adunan dalam loyang. Bila daH padat. Potong mengikut besar mana. Biar kan sejuk. Simpan dalam bekas kedap udara.
4. Tadaa dah siap.

kredit: cik kuna ahmad