Bila tibanya Ramadan, pasti ramai yang tercari-cari resipi biskut raya mudah yang boleh dibuat dan disajikan untuk tetamu di hari raya nanti. Salah satu yang paling berbaloi untuk dicuba ialah Cornflakes Crunchy Cookies ni. Jom cuba!
RESIPI CORNFLAKES CRUNCHY COOKIES
BAHAN-BAHAN:
- 1 3/4 cawan tepung gandum
- 1/4 cawan tepung jagung
- 1/2 sudu teh baking powder
- 2 cawan cornflakes – diramas kasar
- 200gm mentega – suhu bilik
- 3/4 cawan gula kastor
- 1 biji kuning telur
CARA MEMASAK:
1. Pukul gula dan mentega selama 5 minit. Kemudian masukkan telur. Boleh pukul guna whisk (pemukul tangan).
2. Kemudian masukkan campuran tepung ( gandum & jagung), cornflakes dan baking powder. Gaul sebati.
3. Panaskan ketuhar terlebih dahulu pada suhu 170C selama 10 minit.
4. Oles nipis permukaan loyang dengan menggunakan mentega.
5. Kemudian sudukan sedikit adunan pada loyang. Lakukan hingga habis adunan.
6. Bakar pada suhu 170C selama 15-20 minit menggunakan api atas bawah.
7. Bila masak, sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.
Kredit resipi & foto: Shahira Sharif
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Chocolate Cheese Versi Kukus Super Senang, Boleh Cuba Untuk Raya.
Akhir-akhir Ramadan ramai mak-mak akan menyediakan kek sebagai pelengkap kuih muih raya. Jika anda bercadang membuat kek, mungkin kek Chocolate Cheese ini boleh korang cuba, terutamanya bagi yang tidak mempunyai ketuhar di rumah. Berikut RASA share resipinya.
CHICOLATE CHEESE KUKUS
BAHAN-BAHAN:
BAHAN COKLAT:
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair | full cream milk
1 cawan gula halus
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu pekat manis
1 cawan tepung gandum + sudu teh baking powder
4 biji telur
BAHAN CREAM CHEESE:
250gm cream cheese
60gm gula kastor
25gm tepung gandum
25gm susu cair | full cream milk
1 biji telur
CARA MEMBUAT:
1. Masak bahan A atas api yang kecil kacau supaya tidak berketul dan sejukkan.
2. Pukul telur sehingga kembang kemudian masukkn bahan A diikuti dengan tepung yang telah diayak bersama dengan baking powder.
3. Kacau sehingga sebati. Ketepikan.
4. Sediakan bahan cream cheese: Campurkan semua bahan adunan cream cheese. Kacau sebati.
5. Sediakan loyang yang disapu butter dan tuangkan adunan coklat ke dalam loyang, kukus sehingga 20minit dalam pengukus yang sedia dipanaskan.
6. Kemudian tuangkan adunan cheese pula, kukus sehingga 20minit lagi, (pastikan tutup loyang dengan aluminium foil sebelum kukus}.
7. Tuang lagi adunan coklat yang selebihnya, kukus sehingga masak. Coklat cheese ini akan ada 3 lapisan.
8. Untuk memastikan ianya masak, guna lidi dan cucuk ke dalam kek. jika adunan tidak melekat di lidi, maknanya kek anda sudah siap.
9. Siap dan sejukkan. Sesuai dihidang sejuk.
Kredit Dapur kak Chah
Resipi Biskut Cream Crackers Homemade Mudah, Boleh Buat Sendiri
Biasa biskut Cream Crackers ni, kita beli sahaja biskut sedia siap di kedai. Tapi jika nak cuba lakukan sesuatu yang seronok dan lain dari yang lain, bolehlah cuba resipi biskut Cream Crackers homemade perkongsian saudari Wahidah Hasan ini. Tak kurang sedapnya… Ala-ala biskut yang dibeli. Tapi pastiya lebih enak jika buat sendiri kan? Jom lah cuba. Anda pasti suka.
CARA BUAT BISKUT CREAM CRACKERS HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- 2 sudu besar mentega – beli online disini
- 1 sudu besar cream cheese / krim keju
- 1 cawan tepung gandum – beli online disini
- 2 sudu besar minyak masak – beli online disini
- 1/4 cawan air (tak habis pun, guna sikit je)
CARA MEMASAK:
1.Gaul sebati mentega dan krim keju /cream cheese.
2.Masukkan tepung sedikit demi sedikit sampai habis.
3. Kemudian masukkan minyak dan gaul sebati.
4. Akhir sekali masukkan air, jangan tuang semua. Masuk sedikit demi sedikit sampai adunan tidak melekat di tangan.
5.Terapkan doh guna acuan kesukaan. Empunya resipi potong petak guna pisau sahaja.
6. Seterusnya buat lubang pada biskut menggunakan garpu. Beliau juga terap nama anak di tengah-tengah biskut.
7.Bakar Cream Crackers pada suhu 170C selama 15-20 minit menggunakan api atas bawah.
INFO:
- Sila gelek adunan biskut nipis-nipis supaya biskutnya tidak keras.
- Kena pantau biskut masa tengah bakar. Kalau sudah nampak perang, boleh angkat.
Kredit resipi & foto: Wahidah Hasan
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Kek Pisang Coklat Kukus Lembut, Gebu Macam Span, Sukat Guna Cawan Je
Dumpling Soup Homemade Halal, Modal Bawah RM10 Boleh Dapat 40 Biji
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Kek Marble Jelita. Kek Sedap & Gebu Boleh Masak 3 Cara.
Sedapnya Kek Marble Jelita Ayu ni. Nampak sangat gebu. Kalau buat untuk minum petang, memang best. Bagi anda yang tercari-cari resipi kek yang mudah, sedap dan tak renyah, resipi perkongsian saudari Ariana Sofia Ahmad ni antara yang terbaik. Cubalah. Istimewa resipi ni boleh dimasak dengan tiga cara iaitu bakar ( bahagian atas nampak cantik, bakar biasa dan kukus.
CARA MASAK KEK MARBLE JELITA AYU
BAHAN-BAHAN:
- 6 biji telur (gred B)
- 1 1/4 cawan gula kastor
- 1 cawan mentega
- 2 1/2 cawan tepung naik sendiri
- 1 sudu makan ovallete
- 1sudu teh esen vanila
- 1 sudu teh soda bikarbonat
- 1 sudu teh baking powder
- 1 sudu teh cream of tartar
- 4 sudu makan susu pekat
- 5 sudu makan susu segar
CARA MEMASAK:
1. Pukul mentega dan gula hingga gebu dan menjadi putih.
2. Pastikan adunan jadi putih macam ni. Gebu je teksturnya.
3. Masukkan ovalette, telur dan esen vanilla sekaligus. Boleh juga masukkan telur satu persatu.
4. Pukul hingga sebati dan adunan jadi licin serta tidak berketul. Pastikan adunan tidak terlampau cair pula.
5. Kemudian ayak tepung naik sendiri, soda bikarbonat, baking powder dan cream of tartar. Campur sebati. Jika nak adun tepung sedikit demi sedikit masa mengadun adunan pun boleh.
6. Bila adunan sebati, masukkan susu pekat manis dan susu segar.
7. Pukul lagi hingga adunan sebati dan licin seperti tekstur dalam gambar.
8. Bahagikan adunan kepada 4 bekas. 3 bekas dengan kuantiti sama banyak dan 1 bekas lagi kuantitinya lebih sedikit.
9. Tambahkan pewarna ilihan pada ketiga-tiga bekas. Satu bekas ( kuantiti banyak) dibiarkan tanpa warna.
10. Ambil loyang bersaiz 8 inci. Lapik dengan baking paper dan oles sekeliling loyang dengan mentega atau marjerin. Kemudian tuang adunan berwarna secara berselang seli.
11. Lorek guna lidi mengikut kreativiti masing-masing.
12. Tuang pula adunan kosong diatas permukaan supaya menutup semua corak tadi. Tinggalkan sedikit adunan untuk membuat corak di bahagian atas.
13. Warnakan lebihan adunan tadi dengan beberapa warna. Warna mestilah lebih terang berbanding warna di bahagian bawah.
14. Lorek ikut kreativiti masing-masing. Bakar kek pada suhu 130C selama 1 jam 20 minit. Letak di bahagian tray paling bawah. Selepas bakar kek selama 45 minit, letak aluminium foil di atas loyang supaya permukaan atas kek tidak hangit.
15. Bila kek dah masak, terbalikkan atas redai. Penting supaya kek tidak mendap.
16. Lepas 5 -10 minit, betulkan kembali kedudukan kek.
17. Hasil kek yang telah siap dimasak. Sangat sedap dan gebu.
Ada 3 Tips Cara Bakar atau Kukus
1. Bakar (Warna atas nampak cantik)
130°c selama 1 jam 20 minit. Selepas 45 minit tutup loyang bahagian atas dengan aluminium foil. Guna api atas bawah. Tray bawah sekali.
2. Bakar biasa ( Gelap sikit bahagian atas)
150°c selama 50 minit. Guna api atas bawah dan tray bahagian tengah.
3. Kukus (wrap loyang)
Selama 50 minit @ sehingga masak.
Kredit resipi & foto: Ariana Sofia Ahmad
Tercari-cari MIXER baru yang berkualiti dengan harga yang berpatutan? Boleh dapatkan DISINI.
Nak lebih banyak resipi KEK mudah, sedap & cepat masak, boleh cuba resipi di bawah ni:
Resipi Kek Milo 3 Bahan Tak Guna Tepung. Mudah & Memang Sedap.
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official