Ada yang teringin cottage pie, bolehlah cuba buat ikut resepi ni.  Gabungan sos bolognese daging dan kentang lenyek memberi rasa yang sangat enak.Sedap dimakan panas panas. Boleh jamu untuk minum petang nanti.

 

COTTAGE PIE

Cottage Pie Enak Dihidang Panas-Panas, Pasti Tak Cukup Satu

Bahan- bahan:

Kentang lenyek

4 biji kentang Russet

2 sudu besar mentega

Ads

3 sudu besar susu penuh krim

1/3 cawan keju cheddar blok (sagat)

Lada sulah & serbuk lada hitam secukupnya

Sos Bolognese

Bahan-bahan:

2 sudu besar minyak zaitun

1/2 biji bawang holland (cincang dadu)

400g daging kisar

4 biji cendawan butang ( hiris nipis)

1/2 tin tomato puri

1 biji tomato (potong dadu)

Lada hitam kasar

Garam, gula secukupnya

Ads

1 sudu besar mixed herb/ italian seasoning

1/2 cawan air

Dapatkan DEROYAL 3 IN 1 CORDLESS CHOPPER & MIXER dengan HARGA DISKAUN DISINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!

Cara membuat:

  1. Kupas dan bersihkan kentang Russet. Potong kecil dan rebus hingga empuk.
  2. Sementara kentang empuk, sediakan sos bolognese.
  3. Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang Holland hingga keperangan.
  4. Masukkan daging kisar dan goreng hingga daging masak. Masukkan lada hitam dan sedikit garam ketika memasak daging.
  5. Masukkan cendawan butang. Kacau rata.
  6. Masukkan tomato, tomato puri dan air.
  7. Perisakan dengan mixed herb, lada hitam kisar, gula dan garam secukupnya.
  8. Masak hingga kuah sedikit pekat. Tutup api.
  9. Setelah kentang empuk, angkat dan lenyekkan.
  10. Masukkan mentega, susu penuh krim, keju cheddar, lada sulah & serbuk lada hitam ketika kentang masih panas. Kacau sebati.
  11. Panaskan oven pada suhu 180c. Sediakan bekas yang sesuai, masukkan sos bolognese diikuti dengan kentang lenyek. Ratakan. Boleh letak tomato ceri jika suka.
  12. Bakar selama 30minit atau sehingga keperangan. Sedia dihidang.

Cottage Pie Enak Dihidang Panas-Panas, Pasti Tak Cukup Satu

Kredit: Nurha Muhammad

Ads

Ketahui lebih banyak resipi di website Majalah Rasa:

Sayur Lemak Pucuk Cili,Menu Simple Ni Gerenti Menambah Nasi

Mudahnya Buat Roti Sekaya, Sesuai Untuk Menu Minum Petang!

Portuguese Toast Ala Harold’s Bread, Buat Sendiri Ikut Cita Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI