Berita baik buat seluruh rakyat! Menerusi sidang media sebentar tadi, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah menjelaskan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan menubuhkan pusat jualan baharu khas bagi penjualan barang-barang basah di 77 lokasi di setiap negeri.
Ia adalah bagi mengawal kesesakan di pasar-pasar basah di waktu pagi. Oleh itu pihak kementerian bersetuju supaya FAMA mengambil peranan ini untuk mewujudkan pusat jualan baru iaitu pusat jualan barangan basah.
FAMA akan mewujudkan Pusat Jualan Barangan Segar Terkawal di 97 lokasi di seluruh negara dalam waktu terdekat merangkumi 10 Pasar Tani terpilih, 33 Pasar Tani kekal, 17 Pusat Operasi FAMA, 3 MyFarm Outlet, 34 Kompleks Pertubuhan Peladang Kawasan, dan Kompleks Jabatan dan agensi yang bersesuaian.
Hanya barang basah sahaja dibenarkan dijual di Pusat Jualan Barangan Segar Terkawal. Lapan kategori produk dibenarkan dijual di Pusat Jualan Barangan Segar Terkawal adalah:
Waktu operasi untuk Pasar Tani Terpilih adalah pukul 8.00 pagi – 12.00 tengahari yang beroperasi 2 kali seminggu. Waktu pusat operasi Pasar Tani Kekal pula bermula pukul 8:00 pagi – 12.00 tengahari dan juga sehingga pukul 4.00 petang setiap hari .
YB Dato Seri Ismail Sabri juga berkata satu SOP yang ketat iaitu penjarakkan sosial akan ditetapkan, gerai-gerai yang berniaga akan dijarakkan supaya tidak timbul kesesakan dan sebagainya. Pintu masuk dan pintu keluar akan dikawal oleh pihak polis dan juga tentera.
Ia sangat penting walaupun kerajaan membenarkan rakyat berbelanja dengan pilihan yang lebih banyak di pasar-pasar basah termasuk pasar tani tetapi SOP yang ditentukan mestilah dipatuhi di pasar-pasar tani.
Malah demi keselesaan juga menggalakkan rakyat untuk membeli secara atas talian, FAMA akan menjual produk-produk mereka secara ‘online’.
Diharap langkah yang diambil ini akan memberi lebih kemudiahan buat rakyat berbelanja barang-barangan segar dalam keadaan lebih terkawal, pilihan yang lebih banyak dan selamat. Doakan Covid-19 di negara ini dapat dihapuskan dengan secepatnya.
Covid-19 yang melanda seluruh dunia masih belum menunjukkan tanda-tanda penurunan dan di negara ini, semua pihak sedang berusaha sedaya upaya untuk membendung wabak ini dari terus merebak. Hasilnya, setiap hari bilangan pesakit yang sembuh semakin meningkat. Setakat hari ini (31 Mac) seramai 537 orang pesakit telah sembuh dan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
Oleh itu demi meminimumkan jangkitan Covid-19, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikenakan di seluruh negara. Langkah ini diambil sebagai salah satu cara untuk memutuskan rantaian wabak Covid-19 dari terus menjangkit individu-individu sihat yang lain.
Bahkan kerajaan juga telah menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tiga lokasi Zon Merah iaitu di Simpang Renggam, Hulu Langat dan Menara City One, Kuala Lumpur dimana lokasi-lokasi telah disahkan mempunyai jumlah jumlah kes positif Covid-19 yang tinggi.
PKP Tahap 1 telah dijalankan bermula 18 hingga 31 Mac, dan rakyat sesungguhnya mengharapkan ia ditamatkan secepat mungkin. Namun, sikap tidak endah sesetengah pihak yang tidak mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan ini menyebabkan PKP Tahap 2 diteruskan bermual 1-14 April.
PKP Tahap 2 ini tentunya lebih ketat namun ianya berbeza daripada Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang dilaksanakan di Simpang Renggam dan Hulu Langat.
Diharap seluruh rakyat boleh mematuh PKPD Tahan 2 ini supaya kita dapat membantu para petugas barisan hadapan dalam menghapuskan wabak ini serta mengelakkan gelombang ketiga Covid-19 dari berlaku. Kita mampu mengatasinya jika semua rakyat memberikan kerjasam yang baik dan bersatu hati. Ayuh!
Kredit foto: Laman Sosial Rasmi FAMA & KKM
BELI BANYAK BAHAN BASAH? ANDA BOLEH CUBA TIP-TIP NI: