Ketika wabak Covid-19 ini, banyak kisah menarik yang dapat kita ketahui. Salah satunya adalah kisah-kisah frontliner. Misalnya kisah jururawat yang juga seorang ibu. Yalah, bagaimana agaknya jururawat bekerja dan kemudian berperanan pula sebagai seorang ibu pada ketika wabak begini.

RASA tertarik menampilkan kisah seorang ibu, Nuriah yang juga jururawat di sebuah hospital swasta. Mempunyai dua anak lelaki yang masih kecil iaitu berusia 7 tahun dan 4 tahun, sudah semestinya si kecil ini menuntut perhatian lebih daripada ibunya.

Covid-19: Frontliner Ini Komited Di Hospital Demi Tugas, Cekap Di Dapur Demi Anak

 

Namun atas desakan tugas, Nuriah terpaksa akur untuk mengehadkan jarak dengan anak dan suami.

“Sekarang ni biasanya sebagai langkah keselamatan, memang terpaksa asing tempat tidur. Suami dan anak tidur di ruang tamu. Saya tidur dalam bilik. Waktu nak sama-sama adalah time makan. Saya amalkan kerap basuh tangan dan pakai hand sanitizer walau di rumah,” ceritanya.

KERJA DULU, KERJA SEKARANG

Covid-19: Frontliner Ini Komited Di Hospital Demi Tugas, Cekap Di Dapur Demi Anak

Menurut Nuriah, sebelum wabak ini semakin menular, mereka bekerja dengan rutin tiga syif. Tapi sejak wabak ini, tempoh waktu bekerja dipanjangkan. Jadi cuma ada dua syif sahaja sehari.

“Beza paling ketara bertugas dalam waktu wabak ini ialah dari segi syif bertugas. Kalau dulu ada tiga syif iaitu 7 pagi hingga 2 petang, 2 petang hingga 9 malam dan 9 malam hingga 7 pagi. Sekarang kena kerja dua syif saja iaitu 7 pagi hingga 7 malam dan 7 malam hingga 7 pagi. Maknanya semua orang kena kerja 12 jam sehari. Waktu bekerja lebih panjang sebab perlu lebih manpower. Sebahagian staff perlu jaga bahagian untuk screening Covid-19,”

TAK SELESA TAPI PERLU PAKAI

Antara pakaian yang popular sekarang ini adalah pakaian Peralatan Perlindungan Diri atau dalam bahasa Inggeris dipanggil Personal Protective Equipment (PPE). Menurut Nuriah, apabila pakai PPE tu, rasa memang tak selesa sebab panas.

“Badan memang basah sebab berpeluh. Yelah, kita pakai untuk tempoh yang lama. Bayangkanlah, kerja 12 jam kena pakai PPE setiap masa. Itu memang prosedur. Sebelum ni kami hanya pakai PPE untuk kes tertentu saja. Tapi sekarang, PPE wajib dipakai oleh frontliner tak kisah handle pesakit apa sekalipun. Ini semua untuk pastikan keselamatan frontliner sebab ada pesakit yang datang ke hospital dan mereka tak jujur dengan sejarah travel mereka dan lain-lain yang berisiko jangkitan Covid-19,” katanya lagi.

Nuriah juga akui, agak sukar untuk frontliner ke tandas kerana perlu buka PPE dan kemudian pakai semula. Semuanya ambil masa.

“Nak pakai dan buka PPE pun ade caranya. Biasanya kami pakai dua lapisan. Tapi kalau kami handle pesakit high risk, kami kena pakai double untuk extra precaution. Misalnya pesakit PUI yang berisiko tinggi. PUI ni adalah istilah untuk Patient Under Investigation,” katanya.

BALIK KERJA

Menurut Nuriah, selepas habis waktu bekerja, semua frontliner perlu mandi dahulu di tempat kerja. Ada disediakan tempat mandi dan tuala untuk digunakan. Pakai baju bersih dan barulah balik ke rumah. Sampai di rumah, dia akan mandi lagi untuk pastikan betul-betul bebas daripada sebarang masalah berisiko.

IKLAN

“Sebelum start syif dan selepas habis syif, kami kena cek suhu badan uuntuk pantau demam. Kalau frontliner demam atau ada simptom contohnya sakit tekak, kami kena jalani screening Covid-19,” katanya.

GEMBIRAKAN ANAK

Nasi ayam simple jadi hidangan istimewa ketika dapat bercuti selepas bekerja. Walaupun komited dengan tugas di hospital , tugas sebagai seorang ibu tidak diketepikan.

“Walau hakikatnya agak tertekan bekerja ketika wabak, tapi saya jadikan hari cuti sebagai waktu untuk dimanfaatkan terutama kepada anak-anak. Saya akan masak hidangan yang mereka suka. Mereka suka nasi ayam. Jadi saya buatlah. Yang paling simple saja pun mereka dah suka,” katanya yang menggunakan nama facebook Lovely City.

NASI AYAM SIMPLE

Covid-19: Frontliner Ini Komited Di Hospital Demi Tugas, Cekap Di Dapur Demi Anak

BAHAN NASI AYAM
2 cawan beras (cuci macam biasa)
Air secukupnya
Minyak masak untuk menumis
3 biji bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
Daun pandan (diikat)
Garam secukupnya

CARA MEMBUAT NASI AYAM
1. Beras dibasuh macam biasa. Masukkan dalam periuk nasi. Masukkan air secukupnya. Ketepikan.
2. Panaskan minyak masak dalam kuali.
3. Tumis bawang merah dan bawang putih.
4. Masukkan tumisan dalam periuk nasi.
5. Masukkan daun pandan dan garam.
6. Masak macam biasa.

Covid-19: Frontliner Ini Komited Di Hospital Demi Tugas, Cekap Di Dapur Demi Anak

BAHAN AYAM GORENG
1 ekor ayam (potong kecil)
Air secukupnya (untuk merebus)
Kicap manis secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng

IKLAN

CARA MEMBUAT
1. Rebus ayam.
2. Angkat dan perap dalam kicap.
3. Goreng sehingga masak.

Covid-19: Frontliner Ini Komited Di Hospital Demi Tugas, Cekap Di Dapur Demi Anak

 

BAHAN SUP AYAM
Minyak masak untuk menumis
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
Kaki ayam
Leher ayam
Air secukupnya
Sup bunjut
Bawang goreng
Daun sup

CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak. Tumis bawang putih. Masukkan kaki ayam dan leher ayam. Masukkan air.
2. Biarkan mendidih dan masukkan sup bunjut. Biarkan mendidih lagi.
3. Masukkan bawang goreng dan daun sup. Matikan api.

 

IKLAN

Covid-19: Frontliner Ini Komited Di Hospital Demi Tugas, Cekap Di Dapur Demi Anak

 

BAHAN SAMBAL
2 biji tomato (dibelah 4)
2 biji cili merah besar
6 biji cili padi merah

CARA MEMBUAT
1. Kisar semua bahan.
2. Masak dalam kuali sampai mendidih.

Covid-19: Frontliner Ini Komited Di Hospital Demi Tugas, Cekap Di Dapur Demi Anak

.

Covid-19: Frontliner Ini Komited Di Hospital Demi Tugas, Cekap Di Dapur Demi Anak

Selamat mencuba!

Kredit: Facebook Lovely City
https://www.facebook.com/lovely.citi/posts/2852890314818616

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI