Semalam Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan negara menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan (Movement Control Order). Atas arahan tersebut, melalui laman sesawang Astro Awani, dimaklumkan bahawa premis restoran dan kedai makan masih boleh beroperasi seperti biasa. Bezanya, cuma boleh take away atau delivery menggunakan khidmat penghantaran makanan.

IKLAN

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Alexander Nanta Linggi menegaskan hal ini dilakukan sebagai langkah keselamatan untuk menghalang penyebaran Covid-19.

IKLAN

“Social distancing, jangan kita pergi merayau-rayau ataupun seperti biasa, kita seharusnya buat ‘social distancing’. Ini bermakna, kalau terpaksa buat apa-apa aktiviti yang mungkin amat diperlukan, apa perlu buat, apa boleh buat, sebenarnya arahan ialah kita tutup di mana kalau boleh tidak terlalu terdesak, aktiviti kita jangan buat. Ini supaya rakyat kita lebih duduk di rumah,” tambah Alexander Nanta.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, pusat beli-belah, bazar, pasar malam dan gerai di tepi jalan yang tidak menjual barangan keperluan juga perlu ditutup selama dua minggu akan datang kerana ia mengundang risiko.

IKLAN

Sumber: Astro Awani

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI