Setakat artikel ini ditulis, sebanyak 10 kematian sudah dicatatkan akibat positif Covid-19 di tanah air kita. Ternyata apabila ada kematian berlaku, maka adalah individu yang kehilang insan tersayang. Isteri kehilangan suami, anak kehilang bapa. Bukankah ini menyedihkan?

Malah, kalau dibaca mengenai informasi yang viral di media sosial, jenazah si mati juga diuruskan secara khas. Tidak diuruskan sama dengan jenazah lain seperti biasa. Malah kaum keluarga tidak dibenarkan melawat apatah lagi memberi ciuman terakhir sebelum jenazah dikapan dan dikebumikan.COVID-19: Kematian Yang Sunyi, Timbulkan Keinsafan Orang Ramai

Ini membuktikan bahawa kematian berkaitan dengan Covid-19 amat menyentuh jiwa. Menjauhkan insan yang terdekat, menyelar emosi pesakit dan waris. Sedih, kan?

Menonton video si kecil ingin memeluk si ibu yang sah postf Covid-19 juga sangat meruntun jiwa. Apalah perasaan si kecil apabila matanya hanya memandang tapi tangan tak mampu memeluk si ibu. Mesti si ibu juga menjeruk rasa kerana tak dapat memeluk anak yang disayangi.

KEMATIAN YANG SUNYI

COVID-19: Kematian Yang Sunyi, Timbulkan Keinsafan Orang Ramai

IKLAN

 

Kenapa sunyi? Ini disebabkan tiada ahli keluarga boleh menyempurnakan dan menziarahi si mati. Ini kerana proses pengebumian amat ketat disebabkan dibimbangi virus itu boleh berjangkit. Malah kawasan perkuburan turut dipasang dengan pita kuning bagi mengelakkan ada orang awam yang datang berhampiran.

Sedih kan? Cuba bayangkan kalau kita yang berada di tempat waris si mati. Tiada sentuhan terakhir, tiada tatapan wajah buat kali terakhir sebelum jenazah dikebumikan. Hanya doa dipanjatkan dari kejauhan.

IKLAN

Justeru, sebagai masyarakat yang penuh dengan kasih sayang sesama kita, ayuhlah kita sama-sama memutuskan wabak Covid-19. Jangan biarkan kita menjadi salah seorang yang meningkatkan angka statistik.

Kuatkan imunisasi, elak berada di luar dan elak berada dalam kelompok yang ramai orang. Ikut saranan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Stay at home. Jangan berada di luar rumah.

COVID-19: Kematian Yang Sunyi, Timbulkan Keinsafan Orang Ramai

IKLAN

 

Kepada mereka yang diperintahkan supaya menjalani saringan Covid-19 kerana berisiko, usahlah degil. Ini kerana asbab kedegilan anda, anda bukan sahaja membahayakan nyawa sendiri. Malah anda turut membahayakan nyawa orang lain. Buatlah pemeriksaan. Jangan biarkan orang lain kehilangan insan yang tersayang!

 

Sumber keratan akhbar: Sinar Harian

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI