Sebentar tadi menerusi siaran langsung Perutusan Khas COVID-19, Perdana Menteri Malaysia YAB Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin Mohd Yassin telah mengumumkan langkah-langkah yang diambil oleh pihak kerajaan dalam usaha membendung penularan virus COVID-19 di negara ini.
Antara intipati perutusan adalah seperti berikut:
Setakat hari ini (16 Mac 2020) sebanyak 553 kes COVID-19 dilaporkan di Malaysia termasuk 42 kes yang telah sembuh.
Kebanyakan kes gelombang kedua ini adalah dari kes kluster yang sama iaitu kes kluster perhimpunan di Sri Petaling.
Tugas pengesanan peserta dan kontak rapat kepada peserta yang disah positif masih berjalan bagi membendung daripada terus merebak.
Sehubungan dengan itu, KKM menasihatkan mereka yang telah menghadiri “ijtimak tabligh” di Masjid Seri Petaling, Kuala Lumpur dari 28 Feb hingga 1 Mac 2020 untuk segera menghubungi pejabat kesihatan daerah bagi membendung penularan jangkitan COVID-19. Sila hubungi CPRC hotline atau Pejabat Kesihatan Daerah.
Mohon semua untuk memberikan kerjasama. Kita mampu mencegah penularan jangkitan COVID-19.
Pada Rabu yang lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan wabak Novel Coronavirus ( COVID-19) sebagai pandemik. Ia berikutan dengan terdapat 118,000 kes, lebih 4,000 kematian dan virus itu telah menemui ada di setiap benua kecuali Antartika.
Endemik, Epidemik dan Pandemik. TIGA perkataan ini kerap digunakan untuk menunjukkan betrapa seriusnya sesuatu penyakit itu menular. Namun setiap satunya membawa maksud yangt berbeza.
ENDEMIK
En-demik = Di dalam – daerah/orang
Kejadian penyakit yang SENTIASA wujud dalam masyarakat atau tempat.
Penyakit ini dijangka sentiasa ada kes tapi pada kadar yang stabil dan rendah.
Contoh: Denggi
EPIDEMIK
Epi-demik = Di kalangan-daerah/orang
Kejadian penyakit yang naik mendadak melebihi kadar biasa.
Kewujudannya dilihat jelas dalam komuniti dalam tempoh masa tertentu.
Ia juga dikenali sebagai “ Wabak”.
Contoh: Kejadian Polio di Sabah (2019)
PANDEMIK
Pan-demik = semua-daerah/orang
Kejadian wabak besar-besaran ke seantero dunia.
Ia merentasi wilayah dan melibatkan populasi yang besar.
Kebiasaannya melibatkan jangkitan penyakit baharu ( Novel).
Ciri pandemik adalah melibatkan kadar serangan yang tinggi dalam masa yang singkat.
Ia melibatkan sebaran yang pantas dan menyebabkan kadar kematian yang tinggi.
Contoh: Kejadian ‘Black Death’ diantara kurun ke 14-17 yang melibatkan kematian 2/3 penduduk dunia ( Penyakit hawar/Yersinia pestis)
SITUASI TERKINI COVID-19 DI MALAYSIA & SELURUH DUNIA ( setakat 16/3/2020)
Ads
KKM juga menasihatkan orang ramai untuk sentiasa mengamalkan langkah-langkah berikut bagi melindungi diri anda dan orang lain dari COVID-19.
Pesanan : Langkah 1 terpakai tidak kira di mana anda berada.
Novel coronavirus(nCoV) adalah virus yang telah dikenalpasti menyebabkan wabak yang melibatkan saluran pernafasan dimana ia pertama kali dikesan di Wuhan, China pada Disember 2019.
Pada mulanya, kebanyakan daripada pesakit tersebut dikatakan mempunyai kaitan dengan makanan laut dan haiwan yang dijual di Pasar Makanan Laut Wuhan.
Akan tetapi bilangan pesakit telah meningkat dan kebanyakan daripada mereka tidak mempunyai sejarah pergi ke pasar tersebut dan ini menunjukkan terdapat jangkitan yang berlaku sesama manusia(human to human tranmission).
Pada masa sekarang, kadar atau kebolehan virus ini merebak diantara manusia masih lagi tidak diketahui dan masih di dalam siasatan.
Simptom dan Tanda Novel Coronavirus
Mereka yang dijangkiti penyakit ini akan mempunyai simptom:
Pesakit akan mengambil masa dalam 2 hingga 14 hari untuk menunjukkan simptom-simptom tersebut. Ini adalah berdasarkan jangkamasa yang diambil oleh virus MERSCoV menunjukkan simptom.
Bagaimana coronavirus berjangkit?
Coronavirus adalah salah satu keluarga virus yang besar dan kebanyakkannya hidup dalam haiwan seperti unta, lembu, kucing dan juga kelawar.
Sangat jarang coronavirus dalam haiwan ini mampu menjangkiti manusia seperti dalam kes MERSCoV atau pun SARS.
Ads
Kebanyakan kes di Wuhan pada mulanya dikatakan mempunyai kaitan dengan makanan laut dan juga haiwan yang terdapat dalam pasar di Wuhan.
Akan tetapi dengan bilangan kes yang semakin meningkat dan kebanyakkan pesakit menyatakan tidak pernah pergi ke pasar tersebut, ini menunjukkan telah wujud jangkitan sesama manusia.
Apabila terdapat jangkitan sesama manusia seperti jangkitan MERS dan SARS, ini bermaksud virus ini disebarkan melalui cecair saluran pernafasan dengan cara batuk atau bersin.
Ia sama seperti jangkitan influenza dan juga virus lain yang tersebar melalui udara. Jangkitan SARS dan MERS ini selalunya berlaku pada ahli keluarga atau mereka yang rapat dengan pesakit.
Manakala, kebolehan virus baru ini untuk menjangkiti manusia masih lagi belum diketahui tetapi ia dijangkakan sama seperti jangkitan SARS.
Ujian pengesahan
Sampel yang diambil daripada pesakit untuk membuat ujian pengesahan adalah sampel darah, sampel sapuan tekak dan hidung. Sampel ini akan menjalani ujian Polymerase Chain Reaction(PCR) untuk mengesan genetik penyakit coronavirus tersebut.
Pencegahan dan rawatan
Masih tiada lagi vaksin untuk penyakit nCoV ini. Pencegahan yang terbaik buat masa ini adalah untuk mengelakkan diri daripada terdedah kepada virus ini.
Anda juga dikehendaki untuk melakukan aktiviti pencegahan yang asas untuk mengelakkan penyebaran penyakit melalui udara seperti:
Sentiasa membersihkan tangan sama ada menggunakan sabun ataupun ‘hand sanitizer’
Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut menggunakan tangan yang kotor
Elakkan berdekatan dengan mereka yang sedang sakit (disebabkan batuk dan demam)
Elakkan pergi ke tempat awam ketika anda sakit
Tutup mulut dan hidung ketika anda batuk atau bersin dengan menggunakan tisu.
Ini adalah etika seharian yang anda boleh gunakan untuk mengelakkan penularan virus ini.
Rawatan
Tiada lagi rawatan ubat antiviral untuk menyembuhkan penyakit nCov ini. Pesakit yang mengalami jangkitan ini perlu diberikan rawatan sokongan sehinggalah pesakit baik daripada penyakit itu dengan sendirinya.
Inilah MASANYA!!! Jika anda pengumpul tegar resipi, inilah saatnya untuk anda cukupkan koleksi majalah RASA dengan membeli belah secara atas talian (online) di Karangkraf Mall.
Bermula 9 – 13 Oktober 2017, Karangkraf Mall Online bersama-sama lebih 1,000 e-tailers di seluruh Malaysia memulakan perang diskaun sesama sendiri! Dan yang pastinya diskaun sehingga 90% Karangkraf Mall ini tidak harus anda lepaskan!
KENAPA PERLU SHOPPING DI KARANGKRAF MALL WAKTU MYCYBERSALE NI?
Ha..ada banyak sangat faedahnya jika anda rebut peluang shopping masa ni. Antaranya:
MyCYBERSALE 2017 adalah jualan atas talian ( online) terbesar di Malaysia.
Tak perlu susah payah ke kedai. Semuanya di hujung jari sahaja. Hanya guna komputer atau smartphone sahaja untuk membeli belah.
Harga barangan yang ditawarkan oleh Karangkraf Mall terlajak murah. Diskaun sehingga 90%! Jualan online selama lima hari itu akan menyaksikan lebih 100 majalah akan dilelong dan lebih 3,000 buku dan novel akan dijual murah.
\
Berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik sempena pembelian pada setiap hari, antaranya ialah baucar tunai, baju kemeja T, set bekas makanan, beg eksklusif Karangkraf Mall dan banyak lagi!
Setiap pembelian berjumlah RM100 ke atas, Karangkraf Mall menawarkan penghantaran percuma ke seluruh negara dan ada cabutan bertuah setiap hari yang nilainya lebih dari RM100.
Karangkraf Mall menawarkan harga menarik serendah RM1 bagi majalah di bawah penerbitan Karangkraf dan buku serendah RM5 dari penerbit Alaf21, Buku Prima, Kids Prima, Karya Bestari, Buku Pojok dan Bestari Karangkraf.
Menyediakan pakej buku dari penulis-penulis terkenal seperti Ramlee Awang Murshid dan tokoh-tokoh seperti Dr Basit Abd Rahman, Dr Rozaimi Ramle serta Ustaz Kazim Elias.
Flash Sale setiap hari bermula jam 10pagi-11pagi dan 3petang – 4 petang. Memang terlajak murah dan tak masuk akal harga buku pada waktu ni.
Tawaran beli satu percuma satu serta lebih 15 pakej Al-Quran terbaik serendah RM40 bagi dua naskah.
Sempena MYCYBERSALE 2017, Karangkraf Mall turut menganjurkan pertandingan ‘LIKE,SHARE, COMMENT & WIN’ di Facebook Page Karangkraf Mall sehingga Ahad ini, yang menawarkan hadiah penapis air bernilai lebih RM1,000.
Sama ada memasak di rumah atau oleh chef profesional, keju merupakan ramuan versatil yang boleh meningkatkan rasa dan tekstur masakan, menjadikan hidangan kelihatan lebih menyelerakan dan rasa lebih lazat. Bagi warga Malaysia yang sememangnya terkenal dengan kegemaran mereka terhadap makanan yang berkrim dan savuri, keju menjadi antara bahan yang paling kerap digunakan dalam masakan. Keju bukan sahaja meningkatkan rasa, ia juga menambah nilai khasiat disebabkan kandungan protein dan kalsium yang tinggi. Terdapat pelbagai pilihan keju yang anda boleh dapati, setiap satu dengan kualiti yang unik dan rasa keju yang cukup berbeza untuk dinikmati.
Perfect Italiano merupakan salah satu jenama keju yang paling popular dalam kalangan isi rumah di Malaysia. Terdapat pelbagai jenis keju dan ramuan kulinari yang dihasilkan oleh Perfect Italiano dengan menggunakan kaedah membuat keju Itali secara tradisional untuk memberikan sentuhan ala Itali dalam hidangan anda! Dengan Perfect Italiano, mereka yang memasak di rumah boleh menyediakan hidangan yang lebih enak seakan-akan chef profesional.
Perfect Italiano baru-baru ini memperkenalkan tiga produk baharu yang membawa “gusto perfetto” (rasa yang sempurna) dalam masakan anda. Pilihan baharu yang diadun khas untuk makanan kegemaran ini dicipta untuk meningkatkan rasa piza, pasta atau taco kegemaran anda serta hidangan harian Malaysia anda yang lain! Untuk lebih memudahkan pengguna, keju ini disediakan dalam bentuk yang sudah dicarik-carikkan supaya dapat digunakan pada bila-bila masa!
Dengan saiz bungkusan 150g, pek kecil ini sesuai untuk satu hidangan.
Irene Cheah, Pengarah Pemasaran Fonterra Brands Malaysia, berkata bahawa pilihan Perfect Italiano yang sedia ada menerima sambutan positif terutamanya sepanjang dua tahun yang lalu.
“Bagi menyokong matlamat Fonterra untuk membawa produk tenusu yang berkualiti kepada lebih ramai pengguna di Malaysia, kami membuat keputusan untuk menambah tawaran produk dengan pek 150g ini yang direka khas untuk isi rumah yang lebih kecil. Perfect Italiano adalah jenama keju masakan No. 1 di Australia dan ia diperbuat dengan kandungan tenusu asli yang berkualiti tinggi.”
“Dengan menyediakan pek keju Perfect Italiano dalam saiz 150g yang lebih kecil, lebih ramai keluarga dapat menikmati pelbagai jenis keju dengan lebih kerap lagi. Rakyat Malaysia sememangnya suka berkongsi hidangan dan mencuba resipi baharu. Rangkaian keju Perfect Italiano ini sudah semestinya dapat membantu mereka untuk menambah rasa baharu ke dalam masakan mereka. Ini sekali gus dapat mempertingkatkan rasa makanan mereka serta memberikan mereka pengalaman yang baru dalam menikmati makanan,” tambahnya lagi.
Jika anda gemar menikmati piza dengan “keju tarik”, Perfect Italiano Perfect Pizza ialah pilihan yang tepat . Gabungan keju Mozzarella, Cheddar dan Parmesan memberikan lelehan unggul pada setiap kali piza dimasak, untuk keseimbangan sempurna antara rasa keju dan kelenturan (stretchiness) yang tidak berminyak.
Sudah tentu, nama Perfect Pizza menunjukkan bahawa ia sesuai untuk membuat piza di rumah. Tahukah anda ia juga boleh menyerlahkan hidangan Malaysia yang lazat seperti Cheesy Pizza Roti Canai Sarang Burung? Ya, siapa kata piza tidak boleh disesuaikan mengikut cita rasa Malaysia yang tersendiri!
Untuk hidangan yang dibakar bersama keju yang masih menggelegak dari ketuhar, Perfect Italiano Perfect Bakes ialah pilihan terbaik anda. Cheddar berperisa penuh dicampurkan dengan Mozzarella untuk regangan (stretchiness) yang cantik, dan penambahan Parmesan memberikan hidangan yang penuh dengan rasa yang lazat. Sesuai untuk semua makanan yang dibakar, Perfect Bakes membantu anda memperoleh kerak coklat keemasan yang menyelerakan.
Jika anda ingin mencipta sesuatu yang baharu, cubalah Perfect Bakes dan buat sendiri hidangan pai yang lazat dan menyelerakan dengan inti tradisional Malaysia seperti Rendang Ayam. Bakar dengan hirisan kentang dan hidangkan sebagai pai. Keluarga atau tetamu anda akan kagum dengan hidangan unik yang lazat.
Menginginkan sesuatu yang penuh dengan rasa yang menyelerakan? Sediakan makanan Mexico yang enak dengan mudah bersama Perfect Italiano Mexican Style. Gabungan sempurna tiga jenis keju cepat cair – Mozzarella, Red Cheddar dan Colby – meningkatkan rasa masakan ala Mexico dari dapur anda sendiri. Campuran keju ini sesuai untuk hidangan Mexico seperti burrito, taco, nacho dan tortilla. Anda juga boleh mencipta hidangan setempat dengan memasukkan keju ini dalam Cheesy Ikan Bilis dan Tempe Taco Bowl! Itu akan menukarkannya menjadi snek berkeju untuk dinikmati di rumah bersama rakan dan keluarga anda!
Keju Perfect Italiano Perfect Pizza, Perfect Bakes dan Mexican Style (RM12.50, 150g) kini terdapat di pasar raya utama dan pasar raya hiper di seluruh negara. Produk Perfect Italiano yang sedia ada – Parmesan, Mozzarelly, Perfect Pizza (250g) masih laris dijual di pasaran. Dapatkan lebih banyak resipi menyelerakan menampilkan produk-produk Perfect Italiano di Dairylicious Malaysia di Facebook dan @dairyliciousmalaysia di TikTok!
Setiap apa yang terjadi pasti ada hikmahnya sama ada kita mengetahui ataupun tidak. Setiap ujian dan azab yang Allah SWT berikan kepada kita adalah untuk menilai sejauh manakah pergantungan kita kepada Allah SWT selain mengajarkan untuk bersedia menempuh ujian akhir zaman.
Malah media barat mula mencari solusi dari aspek spritual dan melihat perspektif dari sudut agama dan ajaran Islam.Laporan dari media barat mengakui kebenaran Islam dalam mengatasi wabak penyakit dari COVID-19.
Baru-baru ini Newsweek memetik pesanan dan sabda Rasulullah S.A.W dalam menghadapi coronavirus. Majalah terbitan Amerika Syarikat ini menyatakan dua petikan hadis untuk menjawab persoalan berkenaan dua aspek menangani pandamik covid 19 iaitu beribadah (sembahyang dan berdoa) dan kuarantin .
Menurut pandangan pengkaji dan cendiakawan Professor Craig Considine samada ibadat sahaja yang dapat mengalahkan coronavirus, katanya, Nabi Muhammad s.a.w telah lebih dahulu memberi pesan dan nasihat bagaimana mengelakkan dan menangani sesuatu wabak itu.
Kata Considine, di kala pakar perubatan dan para immunologis (doktor perubatan yang mengesan, merawat, keadaan kesihatan yang menjejaskan sistem imun dalam tubuh), memberi nasihat pentingnya amalan kebersihan (hygiene) yang baik dan kuarantin dapat memperlahankan penyebaran coronavirus Rasulullah telah pun memberikan saranan yang sama mengenai pandemik lebih 1300 tahun yang lalu .
Menurut Sabda Rasulullah : “Apabila kamu mendengar berlakunya wabak taun di suatu negeri, maka janganlah kamu memasukinya. Apabila berlaku dalam negeri yang kamu berada di dalamnya, maka jangan kamu keluar.” (HR Bukhari dan Muslim).
Hadis Rasulullah inilah yang disebut Considine, dan tambahnya lagi Nabi Muhammad ada berpesan “Mereka yang mengalami wabak penyakit perlu dijauhkan dengan mereka yang sihat.”
Artikel dalam Newsweek ini juga memetik dan menyatakan hadis Rasullulah ini,
“Dari Abu Malik al-As’hari berkata : Sabda Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam : Kebersihan itu sebahagian daripada iman.” Riwayat Imam Muslim.
“Basuh tangan setelah bangun dari tidur sebab anda tidak tahu di mana pergerakan tangan semasa keadaan tidur. Rahmat dan keberkatan makanan itu terkandung dengan amalan membasuh tangan sebelum dan selepas makan.”
Bagaimana pula jika masih jatuh sakit juga, laporan Newsweek sekali lagi memetik ajaran Rasululah yang berpesan rawat dan berubat kerana Allah tidak mencipta sesuatu penyakit itu tanpa ada penawar dan ubat untuknya kecuali sakit tua.
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: مَا أَنْزَلَ اللَّهُ دَاءً إِلَّا أَنْزَلَ لَهُ شِفَاءً Maksudnya: “Allah tidak menurunkan sesuatu penyakit melainkan diturunkan bersamanya penawar.” [Riwayat al-Bukhari (5678)]
Dalam mengimbangkan iman dan tawakal artikel ini juga menyebut,” Kebelakangan ini ada yang mempunyai tanggapan sejauh ini iaitu sembahyang dan ibadat adalah lebih baik untuk melindungi diri daripada coronavirus berbanding mematuhi peraturan asas penjarakkan sosial dan arahan menjalani kuarantin.
Laporan artikel itu sekali lagi menyebut respon Rasulullah mengenai tanggapan hanya ibadat sahaja satu satunya jalan penyelesaian , Newsweek mengajak pembaca meneliti satu riwayat dari At-Tirmidzi, “Rasulullah melihat lelaki Arab Badawi meninggalkan unta tanpa diikat talinya. Baginda langsung mendatanginya dan bersabda mengapa kamu tidak mengikat unta. Jawabnya saya bertawakkal kepada Allah. Sabda baginda lagi ikat dahulu talinya, kemudian bertawakal lah.
Di sinilah Rasulullah SAW menekankan konsep tawakal yang sebenar, iaitu bukan hanya berserah kepada Allah SWT tanpa berusaha mengelakkan diri daripada risiko. Newsweek menyatakan Rasulullah mengajar manusia untuk mengikut panduan dan bimbingan agama dan turut mengambil langkah berhati-hati demi kestabilan dan keselamatan manusia sejagat.
Memang benarlah setiap musibah itu memang ada hikmah di sebaliknya, jika masyarakat Barat dan bukan Islam mula menyedari kebenaran ajaran Islam bagaimana pula dengan kita sebagai masyarakat Islam.
Setiap Muslim wajib mentaati segala perintah pihak berkuasa yang bertujuan membendung wabak berjangkit. Elakkan tempat yang sesak yang boleh mendedahkan kita kepada bahaya wabak Covid 19.
Firman Allah SWT yang menghuraikan kepentingan mentaati pemerintah: “Wahai orang beriman! Taatilah Allah dan taatilah Rasul dan ulil amri (pemerintah) dalam kalangan kamu.” (Al-Nisa’: 51)
Ayuh, jalankan tanggungjawab kita duduklah di rumah dan akur dengan arahan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), jom sama-sama kita usaha dan putuskanlah rantaian wabak ini . Jagalah kebersihan diri dan kediaman masing-masing untuk menurunkan dan menghapuskan risiko wabak penyakit ini.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!