Sebentar tadi menerusi siaran langsung Perutusan Khas COVID-19, Perdana Menteri Malaysia YAB Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin Mohd Yassin telah mengumumkan langkah-langkah yang diambil oleh pihak kerajaan dalam usaha membendung penularan virus COVID-19 di negara ini.

Antara intipati perutusan adalah seperti berikut:

COVID-19: Malaysia Ishtihar Perintah Kawalan Pergerakan Bermula 18-31 Mac 2020COVID-19: Malaysia Ishtihar Perintah Kawalan Pergerakan Bermula 18-31 Mac 2020COVID-19: Malaysia Ishtihar Perintah Kawalan Pergerakan Bermula 18-31 Mac 2020COVID-19: Malaysia Ishtihar Perintah Kawalan Pergerakan Bermula 18-31 Mac 2020
Setakat hari ini (16 Mac 2020) sebanyak 553 kes COVID-19 dilaporkan di Malaysia termasuk 42 kes yang telah sembuh.

Kebanyakan kes gelombang kedua ini adalah dari kes kluster yang sama iaitu kes kluster perhimpunan di Sri Petaling.

Tugas pengesanan peserta dan kontak rapat kepada peserta yang disah positif masih berjalan bagi membendung daripada terus merebak.COVID-19: Malaysia Ishtihar Perintah Kawalan Pergerakan Bermula 18-31 Mac 2020

Sehubungan dengan itu, KKM menasihatkan mereka yang telah menghadiri “ijtimak tabligh” di Masjid Seri Petaling, Kuala Lumpur dari 28 Feb hingga 1 Mac 2020 untuk segera menghubungi pejabat kesihatan daerah bagi membendung penularan jangkitan COVID-19. Sila hubungi CPRC hotline atau Pejabat Kesihatan Daerah.

Mohon semua untuk memberikan kerjasama. Kita mampu mencegah penularan jangkitan COVID-19.

COVID-19: Malaysia Ishtihar Perintah Kawalan Pergerakan Bermula 18-31 Mac 2020
COVID-19: Malaysia Ishtihar Perintah Kawalan Pergerakan Bermula 18-31 Mac 2020
 COVID-19: Malaysia Ishtihar Perintah Kawalan Pergerakan Bermula 18-31 Mac 2020
Pada Rabu yang lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan wabak Novel Coronavirus ( COVID-19) sebagai pandemik. Ia berikutan dengan terdapat 118,000 kes, lebih 4,000 kematian dan virus itu telah menemui ada di setiap benua kecuali Antartika. 

Endemik, Epidemik dan Pandemik. TIGA perkataan ini kerap digunakan untuk menunjukkan betrapa seriusnya sesuatu penyakit itu menular. Namun setiap satunya membawa maksud yangt berbeza.

ENDEMIK

  • En-demik = Di dalam – daerah/orang
  • Kejadian penyakit yang SENTIASA wujud dalam masyarakat atau tempat.
  • Penyakit ini dijangka sentiasa ada kes tapi pada kadar yang stabil dan rendah.
  • Contoh: Denggi

 

EPIDEMIK

  • Epi-demik = Di kalangan-daerah/orang
  • Kejadian penyakit yang naik mendadak melebihi kadar biasa.
  • Kewujudannya dilihat jelas dalam komuniti dalam tempoh masa tertentu.
  • Ia juga dikenali sebagai “ Wabak”.
  • Contoh: Kejadian Polio di Sabah (2019) 

 

PANDEMIK

  • Pan-demik = semua-daerah/orang
  • Kejadian wabak besar-besaran ke seantero dunia.
  • Ia merentasi wilayah dan melibatkan populasi yang besar.
  • Kebiasaannya melibatkan jangkitan penyakit baharu ( Novel).
  • Ciri pandemik adalah melibatkan kadar serangan yang tinggi dalam masa yang singkat.
  • Ia melibatkan sebaran yang pantas dan menyebabkan kadar kematian yang tinggi.
  • Contoh: Kejadian ‘Black Death’ diantara kurun ke 14-17 yang melibatkan kematian 2/3 penduduk dunia ( Penyakit hawar/Yersinia pestis)

COVID-19: Malaysia Ishtihar Perintah Kawalan Pergerakan Bermula 18-31 Mac 2020

 

SITUASI TERKINI COVID-19 DI MALAYSIA & SELURUH DUNIA ( setakat 16/3/2020)

COVID-19: Malaysia Ishtihar Perintah Kawalan Pergerakan Bermula 18-31 Mac 2020

IKLAN

 

COVID-19: Malaysia Ishtihar Perintah Kawalan Pergerakan Bermula 18-31 Mac 2020

 

 

KKM juga menasihatkan orang ramai untuk sentiasa mengamalkan langkah-langkah berikut bagi melindungi diri anda dan orang lain dari COVID-19.

Pesanan : Langkah 1 terpakai tidak kira di mana anda berada.

COVID-19: Malaysia Ishtihar Perintah Kawalan Pergerakan Bermula 18-31 Mac 2020

Sumber Info & Foto: Kementerian Kesihatan Malaysia

APA ITU COVID-19?

IKLAN

Novel coronavirus(nCoV) adalah virus yang telah dikenalpasti menyebabkan wabak yang melibatkan saluran pernafasan dimana ia pertama kali dikesan di Wuhan, China pada Disember 2019.

Pada mulanya, kebanyakan daripada pesakit tersebut dikatakan mempunyai kaitan dengan makanan laut dan haiwan yang dijual di Pasar Makanan Laut Wuhan.

Akan tetapi bilangan pesakit telah meningkat dan kebanyakan daripada mereka tidak mempunyai sejarah pergi ke pasar tersebut dan ini menunjukkan terdapat jangkitan yang berlaku sesama manusia(human to human tranmission).

Pada masa sekarang, kadar atau kebolehan virus ini merebak diantara manusia masih lagi tidak diketahui dan masih di dalam siasatan.

Simptom dan Tanda Novel Coronavirus

Mereka yang dijangkiti penyakit ini akan mempunyai simptom:

Pesakit akan mengambil masa dalam 2 hingga 14 hari untuk menunjukkan simptom-simptom tersebut. Ini adalah berdasarkan jangkamasa yang diambil oleh virus MERSCoV menunjukkan simptom.

Bagaimana coronavirus berjangkit?

Coronavirus adalah salah satu keluarga virus yang besar dan kebanyakkannya hidup dalam haiwan seperti unta, lembu, kucing dan juga kelawar.

Sangat jarang coronavirus dalam haiwan ini mampu menjangkiti manusia seperti dalam kes MERSCoV atau pun SARS.

IKLAN

Kebanyakan kes di Wuhan pada mulanya dikatakan mempunyai kaitan dengan makanan laut dan juga haiwan yang terdapat dalam pasar di Wuhan.

Akan tetapi dengan bilangan kes yang semakin meningkat dan kebanyakkan pesakit menyatakan tidak pernah pergi ke pasar tersebut, ini menunjukkan telah wujud jangkitan sesama manusia.

Apabila terdapat jangkitan sesama manusia seperti jangkitan MERS dan SARS, ini bermaksud virus ini disebarkan melalui cecair saluran pernafasan dengan cara batuk atau bersin.

Ia sama seperti jangkitan influenza dan juga virus lain yang tersebar melalui udara. Jangkitan SARS dan MERS ini selalunya berlaku pada ahli keluarga atau mereka yang rapat dengan pesakit.

Manakala, kebolehan virus baru ini untuk menjangkiti manusia masih lagi belum diketahui tetapi ia dijangkakan sama seperti jangkitan SARS.

Ujian pengesahan

Sampel yang diambil daripada pesakit untuk membuat ujian pengesahan adalah sampel darah, sampel sapuan tekak dan hidung. Sampel ini akan menjalani ujian Polymerase Chain Reaction(PCR) untuk mengesan genetik penyakit coronavirus tersebut.

Pencegahan dan rawatan

Masih tiada lagi vaksin untuk penyakit nCoV ini. Pencegahan yang terbaik buat masa ini adalah untuk mengelakkan diri daripada terdedah kepada virus ini.

Anda juga dikehendaki untuk melakukan aktiviti pencegahan yang asas untuk mengelakkan penyebaran penyakit melalui udara seperti:

  • Sentiasa membersihkan tangan sama ada menggunakan sabun ataupun ‘hand sanitizer’

  • Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut menggunakan tangan yang kotor

  • Elakkan berdekatan dengan mereka yang sedang sakit (disebabkan batuk dan demam)

  • Elakkan pergi ke tempat awam ketika anda sakit

  • Tutup mulut dan hidung ketika anda batuk atau bersin dengan menggunakan tisu.

Ini adalah etika seharian yang anda boleh gunakan untuk mengelakkan penularan virus ini.

Rawatan

Tiada lagi rawatan ubat antiviral untuk menyembuhkan penyakit nCov ini. Pesakit yang mengalami jangkitan ini perlu diberikan rawatan sokongan sehinggalah pesakit baik daripada penyakit itu dengan sendirinya.

Artikel Berkaitan: Kronologi Wabak Novel Coronavirus

Rujukan:

  1. https://www.cdc.gov/coronavirus/2019-ncov/index.html

  2. https://www.who.int/health-topics/coronavirus

sumber: https://thediagnosa.com/coronavirus-simptom-punca-rawatan/

Sumber Asal Artikel: https://pku.upm.edu.my/article/coronavirus_simptom_punca_dan_rawatan-5505

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI