Beberapa minggu sahaja lagi, Bulan Ramadan akan menjelma dan umat Islam akan menunaikan ibadah puasa. Biasanya di waktu-waktu begini, sudah ramai yang mengambil peluang untuk melakukan perniagaan seperti pakaian, kelengkapan dan kuih raya.

Namun nampaknya tahun ini agak berbeza. Dek kerana wabak Covid-19 yang melanda dunia dan tidak menampakkan penurunan, ia sebenarnya menjejaskan ramai pihak terutamanya para peniaga.

Selain memperbanyakkan amal ibadah, bulan puasa juga merupakan saat bagi para peniaga kecil dan sederhana untuk menambah pendapatan keluarga terutamanya bagi peniaga bazar Ramadan. Ada yang berniaga Nasi Kerabu, Ayam Panggang, Sate, kuih muih, Roti John, aneka air balang dan bermacam-macam lagi. Namun apakan daya, demi memutuskan rantaian Covid-19 ini, banyak perkara perlu dikorbankan.

Sebentar tadi menerusi sidang media Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan semua aktiviti bazar Ramadan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak dibenarkan.

Bagaimanapun katanya, jika PKP ini ditamatkan, pihak MKN akan menyediakan satu SOP selepas PKP yang akan ditentukan sama ada boleh dilaksanakan dengan SOP tertentu. Cuma selagi PKP 2 diteruskan atau ada PKP lain selepas ini, bazar Ramadan tidak dibenarkan.

Beliau juga turut menambah, soal berkaitan bazar Ramadan dan sebagainya akan ditentukan selepas ini mengikut SOP pasca PKP yang akan disediakan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Antara perkara-perkara lain yang disebut semasa sesi sidang media Kementerian Pertahanan:

IKLAN

Sidang Media Khas – Perintah Kawalan Pergerakan (3 April 2020)1. PDRM bersama ATM telah mengadakan sebanyak 737…

Posted by Kementerian Pertahanan Malaysia on Friday, 3 April 2020

Sidang Media Khas – Perintah Kawalan Pergerakan (3 April 2020)

1. PDRM bersama ATM telah mengadakan sebanyak 737 Sekatan Jalan Raya & melakukan pemeriksaan ke atas 403,336 kenderaan

2. PDRM telah melakukan sebanyak 25,614 pemeriksaan mengejut & pemeriksaan ke atas 4564 premis

3. Semalam (2 April), PDRM telah menahan 524 individu di sekatan jalan raya dan rondaan kerana ingkar PKP

4. Penurunan sebanyak 6.8 peratus dari kelmarin (1 April )

5. Seramai 483 individu telah dituduh di mahkamah

6. Sejak 27 Mac sehingga 2 April sebanyak 371 kawasan telah di nyah cemar

7. Kerajaan telah memutuskan semua institusi perbankan & PayNet utk mengecualikan caj RM1.00 bg pengeluaran wang di semua mesin ATM menggunakan rangkaian MEPS bermula 6 April sehingga tamat tempoh PKP

8. Kerajaan menggalakkan rakyat menggunakan perkhidmatan perbankan atas talian bagi mengurangkan pergerakan

9. Kerajaan memutuskan semua pelajar tajaan (JPA, MARA, KPT, Petronas) yg telah tamat pengajian & masih belum pulang ke tanah air akan diberi bantuan ihsan sehingga satu masa yg ditetapkan oleh penaja masing-masing

10. Bantuan ini merangkumi sewa tempat tinggal & makan/minum

11. Pengagihan Bantuan Bekalan Makanan

– Terdapat berita tentang pekerja warga asing dari Bangladesh tiada bekalan makanan.
– Kerajaan memutuskan supaya Kedutaan negara masing-masing bertanggungjawab terhadap warganegara mereka yg berada di Malaysia.
– Pihak kedutaan perlu melapor ke Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JKPBD) bagi tujuan pengagihan bantuan kpd warganegara mereka
– Bagi yg di Kuala Lumpur, boleh berbuat demikian di Crisis Management Center di bwh kawal selia DBKL

12. Semua yang pulang dari luar negara mesti dikuarantin, tanpa sebarang pengecualian.

13. Senarai pusat kuarantin boleh dirujuk di laman web agc.gov.my

14. Bagi penumpang ke Sabah & Sarawak yg pulang dari luar negara & transit di KLIA/KLIA2 atau mana-mana lapangan terbang di Semenanjung Msia, mereka akan dikuarantin sebaik tiba di Sabah atau Sarawak

15. Kerajaan memutuskan Pasar Ramadhan tidak dibenarkan sepanjang tempoh PKP

16. Jika PKP ditamatkan sebelum atau sewaktu bulan Ramadhan, operasi Pasar Ramadhan akan bergantung kpd SOP pasca PKP yg akan disediakan oleh MKN

17. Pergerakan dlm radius #10KM : Pihak polis diberikan kuasa budi bicara mengikut kes utk mempertimbangkan pelepasan perjalanan

Sumber: FB Rasmi kementerian Pertahanan Malaysia

 

TAK ADA BAZAR? JOM BUAT SENDIRI MENU BERBUKA!

8 Menu Bazar Ramadan Yang Popular, Boleh Masak Sendiri Untuk Hidangan Berbuka!

Dragon Mix Fruit. Minuman Campuran Buah Tanpa Pewarna Yang Sedap Untuk Berbuka.

Idea Menu Berbuka Mudah Disediakan Dan Digemari Keluarga