Status arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sama ada dilanjutkan atau ditamatkan bakal diketahui hari ini selepas ia dilaksanakan sejak 18 Mac lalu mengekang penularan pandemik Covid-19.

PKP sepatutnya berakhir pada 14 April ini dan kerajaan dijangka membuat pengumuman yang pastinya sangat dinantikan-nantikan oleh rakyat di seluruh pelusuk tanah air.

Setelah hampir sebulan PKP dilaksanakan, rakyat tentunya mengharapkan PKP tidak dilanjutkan terutamanya bagi yang menjana pendapatan harian dengan berniaga kecil-kecilan, namun kerajaan pastinya akan membuat keputusan tepat berdasarkan situasi semasa kes Covid-19 di negara ini.

IKLAN

Untuk rekod, Malaysia merekodkan 69 kes sporadik Covid-19 setakat ini, iaitu kes yang tidak diketahui asal usul dan punca jangkitannya, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Covid-19: Status PKP Bakal Diketahui Hari Ini

IKLAN

Justeru, Malaysia memerlukan kerjasama dan sokongan rakyat secara keseluruhannya dalam situasi PKP ini bagi mengekang penularan pandemik Covid-19 daripada terus menular atau memberi kesan yang tidak sepatutnya. Harus diingat, semakin kita ingkar arahan PKP ni, tidak mustahil semakin lama kita semua perlu ambil untuk memutuskan rantaian wabak ini.

Tunaikanlah tanggungjawab sebagai rakyat dengan mematuhi peraturan, tidak menyebarkan berita palsu termasuk di media sosial dan hargailah peranan petugas barisan hadapan yang sedang berjuang demi keamanan dan keselamatan negara.

IKLAN

 

Kredit foto: Page Tan Sri Muhyiddin Yassin & Kementerian Kesihatan Malaysia

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI