Bila makan Crab Rangoon ni, krup krap bunyinya. Rangup tak terkata. Isi filamen ketam di dalamnya, digabungkan pula dengan cream cheese buat rasanya memang padu.
Siapa yang pernah makan Crab Rangoon ni pasti tahu, satu tak pernah cukup. Dah makan, rasa nak lagi dan lagi. Ketagih dibuatnya.
Jom buat sendiri. Lihat saja resipi perkongsian daripada Fadzlin Adzlina ini. Padu!
Dah lama rasanya tak menikmati dimsum. Jomlah lah kita buat sendiri. Nak tunggu orang menjual dengan citarasa yang kita suka, entah bila. Buat dimsum ni perlukan sedikit kerajinan membuatnya. Dim sum sedap dimakan semasa masih panas, dicicah pula dengan sos cili.Boleh cuba resipi yang dikongsi oleh Zainoor Aliza Ali
Dim Sum Bahan-bahan: 2 cawan tepung gandum-BELI ONLINE DI SINI 1 cawan tepung ubi-BELI ONLINE DI SINI 1 cawan air suam 1 sudu kecil garam halus
1.Gaul kesemua bahan.Uli perlahan-lahan hingga menjadi doh.Taburkan sedikit tepung pada alas pencanai.Canaikan doh (tidak terlalu tebal atau nipis).tekap gunakan bekas bulat (kak cik guna penutup botol). 2.Masukkan inti dan cantumkan. 3.Sapukan sedikit minyak pada loyang. 4.Susun dim sum ke dalam loyang. 5.Setelah air mendidih, kukus dim sum selama 15 minit.
Inti dim sum (inti ini untuk 2 bancuhan doh) Bahan-bahan: 4 keping isi ayam (sederhana besar) (dihancurkan) 2 sudu besar udang kering (dihancurkan) 1 sudu kecil garam halus 1 sudu kecil serbuk lada hitam 4 ulas bawang putih 2 tangkai daun bawang 2 tangkai daun sup beberapa keping cendawan tiram 2 batang lobak merah 3 sudu besar tepung jagung-BELI ONLINE DI SINI
Tercari-cari resipi bergedil kentang yang sesuai disajikan dengan hidangan soto dan bihun sup? Resipi perkongsian Puan Nor Ima ni boleh dicuba. Sangat praktikal, mudah dan menggunakan bahan-bahan yang mudah diperolehi. Selamat mencuba!
1. Ubi kentang dipotong dadu dan digoreng hingga empuk. Tumbuk hingga lumat dan biarkan sejuk.
2. Isi dada ayam goreng disiat-siat halus. Jika guna daging goreng, tumbuk terlebih dahulu sebelum disiat.
3. Campurkan kesemua bahan kecuali telur dan minyak. Gaul hingga sebati.
4. Bila cukup rasa ( lada sulah dan garam), bentukkan begedil ikut saiz yang disukai.
5. Celupkan bergedil ke dalam bancuhan tekur yang telah dicampur sedikit garam.
6. Panaskan minyak dengan banyak dan goreng bergedil tadi hingga kekuningan.
7. Angkat dan toskan minyak. Sedia untuk dinikmati.
INFO: Elakkan campur adunan bergedil guna isi ayam/daging kisar yang mentah kerana bergedil boleh jadi hancur semasa digoreng kerana ia basah dan lembik. Malah daging/isi ayam kisar mentah juga mungkin tidak masak kerana bergedil cuma digoreng sekejap.
Sedap nampaknya kuah rojak perkongsian saudari Mim Yusof ni. Pekat, likat, sebijik sama macam kuah rojak yang dijual di pasaran. Bagi anda yang memang ‘hantu’ rojak, cubalah resipi ni. Buat banyak-banyak dan simpan dalam peti sejuk supaya tahan lama. Nak makan, ceduk je.
CARA MASAK KUAH ROJAK HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
1 keping gula gerek (manisan) – beli online DISINI