Harga cream cheese @  krim keju, boleh tahan harganya.   Padahal kosnya murah sahaja, hanya guna tiga bahan utama iaitu susu segar, jus lemon dan tambahan whipping cream untuk jadikan ia lebih berkrim. Cara membuatnya hanya empat langkah sahaja, InsyaAllah menjadi.

Jika anak-anak pencinta sos keju, mak-mak boleh buat secara homemade, lebih jimat, murah dan pastinya halalan toyyiban

Cream Cheese Homemade, Sangat Mudah Hanya 4 Langkah Je.

 LANGKAH 1: Sediakan 3 Bahan Utama

Sebenarnya banyak je cara nak buat cream cheese ni, tapi ini yang paling murah dan sedap. Ia hanya memerlukan tiga bahan utama, iaitu  susu , jus limau nipis/lemon. Semua bahan ni mudah dibeli.

Perlu diingat pastikan anda menggunakan susu penuh krim kerana ia mempengaruhi tekstur cream cheese yang dihasilkan. Untuk jus limau nipis/lemon, jika tidak ada, anda boleh gunakan cuka.

Ads

Cream Cheese Homemade, Sangat Mudah Hanya 4 Langkah Je.

LANGKAH 2: Panaskan Susu Hingga Panas & Masukkan Jus Limau Nipis/lemon

Untuk hasil 225gram cream cheese, panaskan 1 liter susu dengan api sederhana, biarkan susu panas tetapi tidak sampai susu mendidih ye. Cukup sekadar susu berwap atau ada tanda gelembung kecil di tepi periuk, segera kecilkan api.  Campurkan tiga sudu makan jus limau nipis/lemon.

Jus limau ini akan menjadikan susu menjadi berketul-ketul keju. Masukkan jus secara sedikit demi sedikit, kemudian kacau perlahan. Jika nampak gumpalan, masukkan lagi jus. Lakukan sehingga susu menjadi ketulan keju dan air terpisah di dalam periuk.

Cream Cheese Homemade, Sangat Mudah Hanya 4 Langkah Je.

LANGKAH 3 : Tapis Ketulan Keju Dengan Kain Nipis

Tapi gumpalan keju dengan air tadi menggunakan kain putih nipis.  Biarkan selama 15 minit sehingga gumpalan keju benar-benar kering.

 

Cream Cheese Homemade, Sangat Mudah Hanya 4 Langkah Je.

LANGKAH 4: Kisar Gumpalan Keju

Gumpalan keju yang  telah kering dimasukkan ke dalam blender atau foof processor, kemudian tambahkan sedikit  garam. Kacau rata hingga menjadi krim lembut. Untuk cream cheese yang lebih creamy boleh tambahkan  whipping Cream, dan kacau lagi.

Ads

Setelah siap cream cheese sedia dipelbagaikan kegunaan ikut cita rasa anda. Sama ada dijadikan campuran cream untuk kek dan roti ia juga boleh dijadikan sos pencicah dengan mencampurkan  serbuk cili, serbuk lada hitam hirisan daun bawang atau parsly. Terpulang kepada kreativiti.

Jika Cream Cheese belum sedia digunakan anda simpan di dalam freezer. Ia boleh tahan selama 7-10 hari.

ANDA MUNGKIN MENCARI MESIN PENGISAR DAN MIXER YANG TERBAIK, JOM LAYARINYA DI SINI.

ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI VIDEO MASAKAN INI :

DAN JUGA RESIPI -RESIPI INI :

Creamy Cheezy Butter Prawn, Enak Berkrim Dengan Keju & Mentega.

Ads

Muffin Telur Berkeju Dengan Inti Ayam, Ramuan Agak-agak Aje.

Kek Keju Oreo Tak Perlu Bakar. Sangat Mudah & Sedap.

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI