Harga cream cheese @ krim keju, boleh tahan harganya. Padahal kosnya murah sahaja, hanya guna tiga bahan utama iaitu susu segar, jus lemon dan tambahan whipping cream untuk jadikan ia lebih berkrim. Cara membuatnya hanya empat langkah sahaja, InsyaAllah menjadi.
Jika anak-anak pencinta sos keju, mak-mak boleh buat secara homemade, lebih jimat, murah dan pastinya halalan toyyiban
LANGKAH 1: Sediakan 3 Bahan Utama
Sebenarnya banyak je cara nak buat cream cheese ni, tapi ini yang paling murah dan sedap. Ia hanya memerlukan tiga bahan utama, iaitu susu , jus limau nipis/lemon. Semua bahan ni mudah dibeli.
Perlu diingat pastikan anda menggunakan susu penuh krim kerana ia mempengaruhi tekstur cream cheese yang dihasilkan. Untuk jus limau nipis/lemon, jika tidak ada, anda boleh gunakan cuka.
LANGKAH 2: Panaskan Susu Hingga Panas & Masukkan Jus Limau Nipis/lemon
Untuk hasil 225gram cream cheese, panaskan 1 liter susu dengan api sederhana, biarkan susu panas tetapi tidak sampai susu mendidih ye. Cukup sekadar susu berwap atau ada tanda gelembung kecil di tepi periuk, segera kecilkan api. Campurkan tiga sudu makan jus limau nipis/lemon.
Jus limau ini akan menjadikan susu menjadi berketul-ketul keju. Masukkan jus secara sedikit demi sedikit, kemudian kacau perlahan. Jika nampak gumpalan, masukkan lagi jus. Lakukan sehingga susu menjadi ketulan keju dan air terpisah di dalam periuk.
LANGKAH 3 : Tapis Ketulan Keju Dengan Kain Nipis
Tapi gumpalan keju dengan air tadi menggunakan kain putih nipis. Biarkan selama 15 minit sehingga gumpalan keju benar-benar kering.
LANGKAH 4: Kisar Gumpalan Keju
Gumpalan keju yang telah kering dimasukkan ke dalam blender atau foof processor, kemudian tambahkan sedikit garam. Kacau rata hingga menjadi krim lembut. Untuk cream cheese yang lebih creamy boleh tambahkan whipping Cream, dan kacau lagi.
Setelah siap cream cheese sedia dipelbagaikan kegunaan ikut cita rasa anda. Sama ada dijadikan campuran cream untuk kek dan roti ia juga boleh dijadikan sos pencicah dengan mencampurkan serbuk cili, serbuk lada hitam hirisan daun bawang atau parsly. Terpulang kepada kreativiti.
Jika Cream Cheese belum sedia digunakan anda simpan di dalam freezer. Ia boleh tahan selama 7-10 hari.
ANDA MUNGKIN MENCARI MESIN PENGISAR DAN MIXER YANG TERBAIK, JOM LAYARINYA DI SINI.
ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI VIDEO MASAKAN INI :
DAN JUGA RESIPI -RESIPI INI :