Ni resipi Creamy Cheezy Butter Prawn paling sedap nih. Ramuannya ada mentega, keju dan susu cair, kaya rasa mentega dan keju. Daun kari dan bawang putih memang makin mantaplah rasanya.
Kalau min suka ratah aje lauk nih. Yang penting sajian ini cepat dimasak tapi paling thrill part mengacau kuning telur .
Kacau laju kuning telur tu dan masa curah angkat mangkuk tinggi baru menjadi ‘sarangnya’ atau jeraminya untuk tabur atas sajian bila dah siap masak nanti.
CREAMY CHEEZY BUTTER PRAWN
BAHAN-BAHAN :
1kg udang | dibersihkan dan gaul dengan garam dan serbuk kunyit
1 senduk tepung bestari | Gaul dengan sedikit air, masukkan udang dan gaul rata
*Panaskan minyak dalam kuali dan goreng udang hingga masak, tos dan ketepikan tapi jangan terlebih masak
Bahan creamy cheezy sos:
Ads
4 ulas bawang putih-dicincang
4 tangkai daun kari
Cili api ikut kepedasan-potong
Mentega secukupnya
Minyak masak secukupnya
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu teh gula
1 sudu teh serbuk pati ayam
4 keping keju (tiada dalam gambar)
4 butir kuning telur.
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dan mentega. Tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan daun kari dan cili api.
2. Masukkan susu cair, serbuk lada sulah, gula dan serbuk pati ayam. Tak perlu tambah garam.
3. Masukkan kepingan keju. Kita guna jenama Emborg.
Ads
4. Apabila sauce dah menggelegak masukkan udang.
5. Gaulkan udang hingga sebati dengan sauce tadi. Tutup api dan ketepikan.
6. Dalam mangkuk lain pukul 4 butir kuning telur.
7. Panaskan minyak dan setengah buku mentega dalam kuali. Bila minyak dah cukup panas, perlahankan api. Guna senduk seperti dalam gambar.
Ads
8. Angkat mangkuk tinggi-tinggi, tuangkan telur perlahan-lahan kemudian kacau dengan laju membentuk bulatan. Kacau laju-laju tau untuk dapatkan jerami telur yang halus.
9. Masak sebentar hingga minyak berbuih. Tutup api.
10. Tuangkan telur ke dalam penapis besi macam ni. Nak guna penapis santan yg besi tu pun boleh. Tekan telur guna senduk tadi untuk turunkan minyak ke bawah.
11. Masukkan udang dalam pinggan. Taburkan telur di atasnya. Sedia untuk disajikan.
*Nampak menyelerakan betul!
Sumber : Suzana Othman FB : Resepi Mama
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sedapnya kerabu sotong ni, kalau makan di kedai memang mahal dan tak cukup. Apa lagi jom kita buat sendiri di rumah sebab kerabu ni sangat senang membuatnya. Yang penting semua bahan segar termasuk sotong ye, Ini rahsia kerabu sotong jadi sedap dan segar rasanya macam makan kat restoran mewah.
KERABU SOTONG PUDINA
BAHAN-BAHAN:
500gm sotong | bersihkan buang kulit ari dan hiris empat segi
2 sudu makan pes cili Thai
3 biji cili merah | kisar kasar
3 batang serai | hiris halus
3 ulas bawang merah | hiris
1 pokok daun bawang | hiris
1/2 cawan daun pudina
2 biji limau nipis |ambil jusnya sahaja
Garam dan gula secukup rasa
LANGKAH DEMI LANGKAH:
LANGKAH 1: Renehkan air dalam periuk. Celur sotong seketika kemudian angkat dan toskan.
LANGKAH 2: Sementara itu campurkan bahan sos, pes cili Thai, cili merah kisar, jus limau nipis, garam dan gula secukup rasa. Kacau rata.
LANGKAH 3: Masukkan sotong dan gaul rata.
LANGKAH 4; Masukkan pula hirisan bawang dan serai
LANGKAH 5: Seterusnya masukkan daun bawang dan gaul rata lagi.
LANGKAH 6: Akhir sekali daun pudina dan gaul rata hingga sebati . Kemudian sedia dihidangkan.
Tauhu memang sedap dan boleh dimasak dengan pelbagai gaya masakan. Andai dibeli, sekeping anggaran harganya 50sen sekeping. Tapi, tauhu ni sebenarnya boleh buat sendiri dekat rumah. Anda hanya perlukan kacang soya dan cuka makan sahaja. Memang mudah. Jadi anda bolehlah cuba buat sendiri. Lebih bersih, diyakini halal dan jimat wang. Jom lihat cara-cara pembuatan tauhu perkongsian dari saudari Mimi Ly ni.
CARA BUAT TAUHU HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
1kg kacang soya – direndam semalaman
10 sudu besar cuka makan – cuka boleh diganti dengan GDL. Fungsinya sama iaitu untuk membekukan soya
2 helai kain bersih – boleh guna kain lampin baru atau kain lain yang bersesuaian
2 buah bekas penapis – sama besar
CARA MEMASAK:
1. Kisar kacang soya dengan air dengan nisbah 1 cawan kacang soya bersamaan 2 cawan air biasa. Kisar sekali sahaja.
2. Tuang soya yang dikisar ke dalam bekas yang telah dialas menggunakan kain. Perah air soya. Lakukan hingga habis. Hampas soya perlu dibuang.
3. Masukkan air tapisan soya ke dalam periuk besar. Kacau sentiasa hingga keluar bau soya dan berasap-asap. Semasa proses ini, teruskan kacau kerana tak nak bagi soya pecah. Setelah 5 minit, baru padamkan api. Tunggu 5 minit lagi supaya suam sedikit.
4. Tapis soya sekali lagi. Ia bertujuan untuk membuang sisa hampas yang ada serta menjadikan tauhu cantik dan lembut.
5. Masukkan air soya ke dalam bekas bersesuaian. Biarkan 5 minit dan masukkan cuka makan. Kacau seketika dan biarkan soya menjadi ketulan-ketulan. Anggaran masa dalam 15-20 minit.
6. Selain cuka, boleh juga menggunakan GDL ( serbuk tao fa). Ia boleh dibeli di kedai bakeri. Nisbahnya ialah 30gm GDL dilarutkan dengan 60gm air suam. Kemudian campurkan ke dalam air soya tadi. Tunggu sehingga berketul sama seperti proses menggunakan cuka tadi.
Sediakan bekas tapis. Alas kain lampin baru dan bersih. Di bawah tapis beralas perlu diletakkan satu lagi bekas supaya air lebihan tauhu mudah menitis ke bawah.
7. Tuang bancuhan soya berketul tadi dengan berhati-hati. Tutup kain dengan elok.
8. Letakkan satu lagi tapis dan juga pemberat. Biar sehingga tauhu sejuk dan bila dibuka, tauhu tidak melekat pada kain.
9. Potong tauhu, simpan dalam bekas berair dan letak dalam peti sejuk.
Nota:
Jika guna kain lampin, pilih kain lampin yang belum digunakan lagi (baru).
Untuk agen pembeku, pilih salah satu sahaja sama ada mahu guna cuka atau GDL. Jangan guna kedua-duanya sekaligus.
Untuk tauhu lebih tahan lama, masukkan 2 sudu makan cuka ke dalam air rendaman tauhu.
Rahsia dapur tenang tanpa letupan! Ketahui 6 bahan semula jadi paling berkesan untuk elak minyak meletup ketika goreng ikan. Petua mudah, murah dan selamat yang wajib cuba di dapur anda.