Dari sebuah lori hijau berusia 45 tahun, diubah suai dengan alas hijau dan kayu menjadi tempat masak. Akhirnya wujudlah sebuah trak yang menjual burger. Kini sudah dua tahun berada di pasaran, Crispy Chicken Burger semakin mendapat sambutan dan sudah ada peminat yang tersendiri.
Dengan tagline The Classic Burger, memang amat bersesuaian kerana burger yang dihidangkan adalah ringkas tetapi menepati cita rasa yang memakan. Apatah lagi burger ini dijual menggunakan trak lama yang sifatnya klasik.
“Walaupun pada asalnya bisnes burger ini dibuat untuk mendapatkan wang sampingan, tapi tak sangka sambutan terlalu tinggi. Akhirnya saya dan suami serius untuk berniaga burger. Lapipun burger adalah snek yang sudah sinonim dengan masyarakat kita. Maan sambil santai,” ujar Ruby La Ressa sebagai pemilik perniagaan ini.
RESIPI UNIK
Menurut Ruby, burger ini istimewa kerana isi ayam diproses sendiri. Menggunakan paha ayam sahaja dan segala rempah diadun dan diperap sendiri. Malah harganya juga berbaloi iaitu RM4 (Original), RM5 (cheese) dan RM7 (Double Crispy).
“Pelanggan pun tak perlu menunggu lama untuk dapatkan burger yang dipesan. Antara 3 minit hingga 5 minit, pelanggan dah boleh dapat. Ini kerana kami masak menggunakan deep fryer. Jadi ayam boleh dimasak dalam kuantiti yang banyak. Sebelum ini kami ada jual Cripsy Beef Burger tapi disebabkan permintaan Crispy Chicken Burger terlalu tinggi, jadi kami fokus pada ayam saja,” tambah Ruby.
SERONOK BISNES JALANAN
Ingin mencabar kemampuan diri, Ruby tekad untuk berniaga burger di jalanan. Walaupun lazimnya peniaga burger adalah lelaki, namun dia buktikan sebagai seorang wanita, tiada halangan pun dia berbuat demikian.
“Memang saya nak rasa macam mana jadi peniaga di jalanan. Bila dah cuba, rasanya taklah susah untuk orang perempuan berniaga burger. Suami pun beri sokongan padu termasuklah ketika saya berniaga dalam keadaan hamil,” katanya lagi.
Menurut Ruby, dia memilih untuk berniaga burger menggunakan trak berbanding gerai kerana lebih mudah. Lagipun trak tidak mengganggu ruang kali lima untuk berniaga. Barang-barang pun senang untuk disusun malah lebih teratur dalam trak.
“Paling best, pelanggan mudah cam food truck classic kami kerana warnanya hijau. Jadi lebih mudah mereka ingat itulah trak Crispy Chicken Burger,” ujarnya mengakhiri perbualan.
INFO KEDAI
PEMILIK:
Ruby La Ressa
LOKASI:
Seksyen 7 Shah Alam (hadapan Giant)
WAKTU OPERASI:
5 petang-12 tengah malam
WAJIB CUBA:
Burger Ayam Original, Burger Ayam Cheese dan Burger Ayam Double Crispy
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI