Resipi Crispy Tortilla Cheese Bake yang viral! Ni memang sedap makan panas-panas. Simple je resipinya tapi sedap. Gunakan keju Chesdale Smoked untuk aroma salai yang sebenar dan untuk efek keju tarik, boleh gunakan Perfect Italiano Mozzarella. So yummy!
CRISPY TORTILLA CHEESE BAKE
Bahan-bahan:
100gm tortilla chips | ready made
2 biji tomato | dipotong dadu
2 biji bawang merah
20gm daun sup
1 sudu besar mixed herbs
6 keping keju Chesdale Smoked
80gm Perfect Italiano Mozzarella
30gm daun ketumbar
Cara Memasak:
Susun tortilla di dalam bekas.
Taburkan bawang merah, tomato, hirisan daun sup, mixed herbs, keju ChesdaleSmoked dan keju Perfect Italiano Mozzarella.
Bakar dalam oven selama 170°C selama 10 minit atau sehingga keju mencair.
Siapa je yang tak suka dengan gabungan telur dan keju yang enak dalam setiap gigitan kan? Roti Telur Cheese ni bukan saja mudah disediakan tetapi sesuai juga untuk hidangan bersahur. Anda boleh menikmati hidangan yang rangup di luar, lembut dan cheesy di dalam. Nak lagi enak, masak menggunakan keju Chesdale yang tinggi protein dan kalsium serta Anchor Spreadable untuk hidangan yang lebih harum.
ROTI TELUR CHEESE
Bahan-bahan:
6 keping roti
2 biji telur
3 keping keju Chesdale
2 sudu besar Anchor Spreadable
Salad
2 sudu besar mayones
2 sudu besar sos cili
Cara Memasak:
Salutkan roti dengan telur. Masukkan Anchor Spreadable di dalam pan dan masak roti hingga keperangan.
Gaulkan mayones bersama sos cili dan sapukan pada roti yang telah masak.
Letakkan keju Chesdale dan salad.
Sedia untuk dihidangkan. Enak dinikmati bersama Fernleaf Yogurt Strawberry.
Pek Nga merupakan antara menu yang popular di Utara. Menggunakan kelapa muda sebagai bahan asas, Pek Nga memang mudah sangat nak buat. Yang penting sedap! Lebih-lebih lagi jika dimakan bersama Sambal Bilis atau Kari Daging.
Rupanya, Pek Nga ni lebih sedap jika ditambah Keju Perfect Italiano Perfect Pizza di dalamnya. Resipi olahan Dapoq Pdot ini dapat meningkatkan rasa dan nampak sungguh menyelerakan. Jom kita cuba.
Masakan padang memang sedap dan menyelerakan. Kalau sesekali teringin, bolehlah buat Ayam Gulai Padang ni. Selalu masak menggunakan santan, kali ini kita tukar dengan menggunakan Fernleaf Greek Style Yogurt Natural. Lebih lemak berkrim. Tambahkan juga keju Perfect Italiano Parmesan untuk menambah rasa hidangan. Selamat mencuba!
AYAM GULAI PADANG
Bahan-bahan:
½ ekor ayam
3 sudu besar Anchor Unsalted Butter
2 biji bawang merah | kisar
2 inci halia | kisar
5 biji cili padi | kisar
4 helai daun limau
6 biji cili merah | kisar
2 batang serai | kisar
2 inci lengkuas | kisar
2 inci kunyit hidup | kisar
1 cawan Fernleaf Greek Style Yogurt Natural
2 sudu besar keju Perfect Italiano Parmesan
Garam secukupnya
Serbuk perasa secukupnya
Cara Memasak:
Cairkan Anchor Unsalted Butter, masukkan bahan kisar dan tumis sehingga naik bau.
Masukkan ayam dan daun limau purut. Masak hingga ayam separuh masak.
Masukkan Fernleaf Greek Style Yogurt Natural bersama sedikit air. Kacau rata dan biarkan mendidih perlahan.
Biarkan sehingga mendidih, masukkan keju Perfect Italiano Parmesan. Gaul rata.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!