Waktu cuaca panas seperti sekarang, makan agar-agar yang sejuk memang nikmat. Lagi sesuai kalau buat agar-agar kelapa muda. Lega tekak bila agar-agar ini ditelan.
Cara menyediakannya juga mudah, hanya guna sebiji kelapa dah boleh buat.
Bahan-bahan
Loyang 10 inci
1 biji kelapa muda/ 1 liter air kelapa
Bahan lapisan pertama:
1 setengah cawan air
1 cawan air kelapa
70g gula
5 gram agar-agar serbuk
60 gram santan kotak
1 sudu kecil garam
Bahan lapisan kedua:
2 cawan air
3 cawan air kelapa
150g gula
5 gram agar-agar serbuk
Cara buat lapisan pertama:
1. Dalam keadaan api tertutup, masukkan 1 setengah cawan air, 1 cawan air kelapa, 70g gula & 5 gram agar-agar serbuk.
2. Kacau sebati bahan di atas. Selepas sebati baru buka api. Perlahan saja, kacau dalam 2-3 minit.
3. Kemudian baru masukkan 60gram santan kotak. Masukkan 1 sudu kecil garam. Kacau hingga mendidih.
5. Biarkan ia mengeras pada suhu bilik. Pastikan persekitaran anda bersih.
Cara buat lapisan kedua:
1. Masukkan kesemua bahan untuk lapisan kedua.
2. Kacau sebati baru hidupkan api. Perlahan saja kacau sampai naik wap.
3. Tapiskan.
4. Ambil agar-agar lapisan pertama yang dah keras tadi, cucuk sebanyak mungkin. Langkah ini penting supaya lapisan melekat. Kena cucuk banyak-banyak supaya lapisan melekat dengan kuat.
5. Kemudian tuang sikit demi sedikit. Dah habis adunan, masukkan pula isi kelapa. Ikut kreativiti anda.
6. Biarkan di luar selama 40 minit, kemudian baru sejukkan selama 2-3 jam.
Dah siap, memang nikmat makan waktu berbuka puasa.
Selamat mencuba.
Sumber: Mr Ali