
Air Lai Chi Kang sangat sesuai minum ketika musim panas begini kerana ia dihasilkan menggunakan bahan-bahan yang dapat menyejukkan badan. Jom cuba buat. Memang sedap!
RESIPI AIR LAI CHI KANG

BAHAN-BAHAN
- Biji kembang semangkuk (rendam dulu 3 jam)
- Katira (rendam 3 jam)
- Longan kering (rendam kejap 5 minit )
- Biji selasih (rendam 5 minit)
- Kacang tanah (sangai)
- Buah laici
- Buah kundur kering
- Barli (rebus dulu)
- Cincau
- Buah Lo Han Ko
- Kurma merah cina
- Daun pandan
- Gula batu
CARA MEMASAK:
- Rebus air bersama daun pandan, gula batu dan Buah Lo Han Ko
- Bila sudah menggelegak masukan kurma merah cina dan longan kering. Biarkan seketika.
- Kemudian siap, senduk letak dalam jag/mangkuk. Isikan bahan-bahan lain bila hendak minum sejuk letakkan ais.

Kredit resipi & foto: Aida Surieany Othman
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Penceramah Ini Kongsi 3 Resipi Minuman Sihat Untuk Sembelit dan Buang Angin, Boleh Cuba Buat Kat Rumah

Ha, ini dinamakan minum bukan sebarang minum. Tapi minum untuk menjaga kesihatan tubuh. Penceramah Pemakanan Dan Gaya Hidup Sihat, Platinum Holistic Wellness Centre, Norazizah Ruslan memberikan resipi minuman kesihatan yang mudah disediakan.
Menurutnya, minuman sihat ini bukan sekadar menghilangkan dahaga tapi juga berkhasiat. Malah tidak mengandungi sebarang pewarna tiruan, pengawet dan perasa tiruan. Minuman ini diperkaya dengan herba.
TEH MASALA

BAHAN-BAHAN
500 ml air
1 helai daun pandan (disimpul)
1 ketul halia sebesar ibu jari kaki
10 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
5 biji lada hitam
5 uncang teh
2 susu besar gula perang
1/2 cawan susu segar
CARA MEMBUAT
1. Rebus air bersama daun pandan, halia, pelaga, bunga cengkih dan lada hitam sehingga betul-betul mendidih.
2. Tutup api dan masukkan uncang teh. Biar terseduh 10 minit.
3. Buangkan daun pandan dan uncang teh.
4. Masukkan susu dan gula secukup rasa. Kacau sebati.
5. Sedia diminum.
KHASIATNYA: Bantu buang angin dalam badan, lancarkan darah dan mengeluarkan peluh.
TEH HIJAU CHIA SEED

BAHAN-BAHAN
1 sudu teh chia seed
500 mls air
1/2 cawan kismis
1 uncang teh hijau
100 mls air sejuk.
CARA MEMBUAT
1. Rendam chia seed dalam air sejuk hingga kembang. Ketepikan.
2. Masukkan air dan kismis dalam periuk. Rebus sehingga air tinggal separuh. Matikan api.
3. Rendam teh hijau dalam air rebusan tadi sehingga kembang.
4. Buang uncang teh dan satukan dalam campuran chia seed.
5. Boleh hidang suam atau sejuk.
KHASIATNYA: Bantu masalah sembelit, lancarkan buang air besar dan kesan antioksidan.
CENDOL ALOE VERA

BAHAN-BAHAN
1 pelepah aloe vera
1 helai daun pandan (disimpul)
4 helai daun pandan (diperah jusnya)
1/2 cawan gula melaka (dimasak dengan 1 cawan air)
3 cawan santan
Kiub ais secukupnya
CARA MEMBUAT
1. Aloe vera dibuang kulit. Dipotong kecil-kecil dan direbus dengan daun pandan sehingga lembut.
2. Toskan dan direndam dengan air perahan daun pandan. Ketepikan.
3. Satukan isi aloe vera, air gula melaka, santan dan ais.
4. Sedia untuk dihidangkan.
KHASIATNYA: Bantu membersihkan usus dengan lembut. Santan adalah lemak yang baik.
Selamat mencuba!
10 Jenis Jus Segar, Elok Untuk Mulakan Hari Baru. Barulah Ceria Dan Tak Stress!

Bagi yang sangat mementingkan kesihatan, jus buah-buahan tanpa gula adalah pilihan yang terbaik. Ini kerana setiap jenis buah mempunyai khasiat yang tersendiri. Ia bukan sahaja enak bahkan mampu memberi pelbagai khasiat pada tubuh sama ada untuk detoks, tingkatkan imunisasi dan sebagainya. Apa kata anda cuba 10 resipi jus sihat daripada MBG yang kami kongsi ini. Sangat mudah untuk dibuat dan jika inginkan buah-buahan yang segar dan bermutu tinggi, anda boleh membelinya di mana-mana outlet MBG.
JUS ANGGUR PISANG BERSAMA PIR
BAHAN-BAHAN:
1 biji pisang | hiris
1 biji buah pir | hiris,buang biji
10 biji anggur
Air masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Kisar buah pisang, pir dan anggur hingga lumat dan sebati. Tambah sedikit air mengikut keperluan.
- Sedia dinikmati.
Info chef: Elok untuk membantu mengawal paras gula dalam darah.
JUS BUAH NAGA DAN OREN BERSAMA EPAL
BAHAN-BAHAN:
½ biji buah naga | hiris
1 biji buah oren | hiris, buang biji
1 biji buah epal | hiris buang biji
Air masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Masukkan buah naga, buah oren dan buah epal. Kisar hingga sebati. Masukkan air secukupnya.
- Tuang ke dalam cawan. Sedia dinikmati.
JUS JAMBU BATU, EPAL DAN OREN
BAHAN-BAHAN:
1 biji epal | buang biji, potong dadu
½ biji jambu batu | buang biji, potong dadu
1 biji oren | buang kulit dan biji, potong dadu
Air masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Satukan semua buah di dalam pengisar dan kisar hingga hancur dan halus.
- Masukkan air secukupnya
- Tuang ke dalam bekas dan sedia dinikmati.
Info chef: Membantu melancarkan perkumuhan.
JUS BERI YOGURT
BAHAN-BAHAN:
1 biji buah pir | potong
20 biji beri biru
5 biji strawberi
Sedikit yogurt kosong
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
- Campur kesemua buah-buahan bersama yogurt ke dalam pengisar. Kisar hingga hancur.
- Masukkan sedikit air jika perlu.
- Tuang ke dalam bekas dan sedia dinikmati. Bagus untuk membantu sistem penglihatan.
Info chef: Boleh tambah ais jika suka.
JUS KIWI DAN NANAS
BAHAN-BAHAN:
¼ biji nanas | buang kulit
2 – 3 biji buah kiwi | buang kulit
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
- Masukkan hirisan nanas dan kiwi ke dalam pengisar.
- Tambah sedikit air jika perlu.
- Tuang ke dalam bekas dan sedia untuk dinikmati.
Info chef: Berkhasiat untuk menghalang osteoporosis.
JUS MANGGA LOBAK MERAH DAN EPAL
BAHAN-BAHAN:
1 batang lobak merah | kupas kulit
1 biji pir | buang kulit, potong dadu
1 biji epal | buang biji, potong dadu
1 biji mangga | buang biji dan kulit
Air masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Masukkan semua buah ke dalam pengisar dan kisar hingga halus dan lumat.
- Masukkan sedikit air masak jika perlu.
- Tuang ke dalam bekas dan sedia dinikmati.
Info chef: Bagus untuk menyejukkan badan dan membuang toksin di dalam badan.
JUS PISANG SITRUS
BAHAN-BAHAN:
1-2 biji pisang | buang kulit
1 – 2 biji oren | buang kulit dan biji
1 biji perahan lemon
CARA MEMASAK:
1.Kisar buah pisang dan oren ke dalam pengisar hingga halus.
- Masukkan perahan lemon. Kisar sekejap lagi.
- Tambah air jika perlu. Tuang ke dalam bekas dan sedia dihidangkan. Boleh tambah ais jika suka.
Info chef: Kaya antioksidan dan memberikan rasa tenang.
JUS SADERI DAN EPAL HIJAU
BAHAN-BAHAN:
2 – 3 batang saderi
1 -2 batang timun Jepun | kupas kulit
1-2 biji epal hijau | buang kulit dan biji
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
- Kisar batang saderi, epal dan timun hingga lumat. Masukkan air jika perlu.
- Tuang ke dalam bekas dan sedia dinikmati.
Info chef: Membantu mengurangkan kolesterol.
JUS UBI BIT MERAH OREN DAN EPAL
BAHAN-BAHAN:
1 biji ubi bit merah | kupas
1-2 biji oren | kupas kulit dan buang biji
1-2 biji epal | kupas kulit dan buang biji
Air masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Kisar ubi bit merah, oren dan epal hingga hancur dan lumat.
- Tambah sedikit air jika perlu dan kisar lagi.
- Tuang ke dalam bekas dan sedia dinikmati.
Info chef: Menurunkan tekanan darah tinggi dan meningkatkan stamina.

JUS BUAH NAGA BERSAMA STRAWBERI DAN YOGURT BERSUSU
BAHAN-BAHAN:
5-6 biji buah strawberi segar
½ biji buah naga
Sedikit yogurt kosong
Sedikit susu segar
CARA MEMASAK:
- Kisar buah naga, strawberi hingga hancur.
- Masukkan yogurt dan susu. Kisar lagi.
- Tuang ke dalam bekas dan sedia dinikmati.
Info chef: Anti anemia dan menguatkan tulang. Boleh masukkan sedikit pemanis kurma jika suka.
Penyelaras Teks Rasa: Nurul Azwa Abu Bakar
Resipi: MBG Fruits Supply Sdn Bhd
Dragon Mix Fruit. Minuman Campuran Buah Tanpa Pewarna Yang Sedap Untuk Berbuka.

Bila tiba waktu berbuka, air antara hidangan wajib ada dan paling tak sabar untuk dijamah. Maklumlah masing-masing dahaga setelah seharian berpuasa. Belum ada idea nak bancuh air apa untuk berbuka petang ni? Jom cuba buat Dragon Mix Fruit ni. Minuman campuran aneka buah-buahan segar. Memang sedap! JOm lihat bahan-bahan yang diperlukan.
MINUMAN DRAGON MIX FRUIT
BAHAN-BAHAN:
- Buah naga merah
- Buah mangga masak
- Anggur manis – dibelah dua
- Laici tin – ambil sekali dengan airnya
- Susu pekat manis – ikut kemanisan yang anda suka
- Air masak
- Ais batu
CARA MEMBUAT:
1. Kupas buah dan potong dadu.


2. Dalam bekas bersesuaian, campurkan semua bahan-bahan diatas. Sesuaikan rasa ikut kemanisan yang diingini.
3. Kacau rata dan sedia untuk dinikmati.
4. Minuman ini tidak perlu tambah pewarna kerana warna asli dari buah naga sudah mencukupi.

Video cara-cara bancuh Dragon Mix Fruit
https://www.facebook.com/ibu.anisa/videos/1692313050851289/?t=13
Kredit resipi & foto: Nur Yushanun Yusof

