Peminat masakan Thai, boleh cuba resipi yang kak mon kongsikan ini cara buat pes cili Thai atau Nam Prik Pao atau lebih enak di panggil pes cili sangai. Biasa ada jual di pasaraya tetapi apa kata kali ni kamu cuba sendiri resipi ni dan buat stok siap-siap!
Pes cili ni bahan asas masakan Tom Yam yang merah menyala tu, bole masak Pad Prik & beberapa masakan bercili Ala Thai ..
Apa beza Pes Tomyam dengan Pes Nam Prik Pao ni?
- Bezanya, pes tom yam adalah pes yang dah campur sekali dengan serai, lengkuas, jus limau dan daun limau purut
- Manakala jika kamu buat tom yam guna Nam Prik Pao ni, kamu kena la letak lebih serai, lengkuas, daun limau purut & jus limau nipis. Yang best dan menarik, warna tomyam nanti menjadi cantik, merah menyala
* Selain tom yam, boleh guna utk masakan Pad prik, tiga rasa, stir fry, masakan bercili lain..
Boleh buat pes ikan bakar, boleh ganti sos cili untuk buat msakan yang pedas & warna kemerahan. Semuanya ikut kreativiti korang ya ..kamu semua hebat belaka!
RESIPI PES CILI THAI ATAU NAM PRIK PAO
BAHAN-BAHAN:
- Cili kering
- Bawang besar
- Bawang putih
- Ikan bilis
- Udang kering
- Belacan
Bahan lain:
- Gula perang
- Gula melaka
- fish oil
- air perahan limau
CARA MEMASAK:
- Hiris bawang dan goreng tanpa minyak atau di sangai.
- Cili kering ni sangai dengan api perlahan. Kacau selalu
- Korang boleh tambah garam mase ni utk elakkan asap tu buat korang Acchum byk2 kali .
- Ok masukkan dlm pengisar kering
- Blend halus ikot korang nk halus macam mana pun.
- Di ikuti ikan bilis belacan udang kering
- Ok siap .. masukkan semua dalam blender basah
- letak gula perang 2 sudu makan
- Minyak masak setengah cawan
- Sos sotong tu dalam 4 sudu makan
- Air asam jawa gune air suam panas ya
Blend jd gini ha .. pekat .
- Panaskan minyak masak dengan api perlahan
- Curah bahan2 blend
- Tumis je dgn api perlahan
- Kacau selalu
- Biar didih api perlahan .. kacau rata2 . Tutup api .. kacau lagi .
- Tunggu betul2 sejuk sendiri
- Cedok masuk dalam balang kaca bertutup. Siap!
Kongsi resipi: Munirah Binti Mohd Ramli