Selalunya kalau yang tengah nak berdiet tu mesti perkara pertama sekali dalam list beli-belah nak beli peanut butter tuk makan masa sarapan. Phewww, mahal kot, lagi nak diet lagi mahal pulak. Terpaksa lah beli yang murah dengan rasa yang sangat manis dan tak sihat langsung!
Ada satu cara yang boleh membantu masalah macam ni, buat sendiri peanut butter HOMEMADE ni ha. Nak beli mahal kan, resepi sangat senang je rupanya. Bahan pun sihat. Yang penting sukat mengikut sukatan yang kamu inginkan!
Meh kita tengok kat bawah cara nak buat.
Bahan-Bahan:
Cara-Cara:
1) Blend kacang yang sangai dengan buang kulit tadi, tambah secubit garam. Pakai blender kering tu. Letak kacang separuh bekas blender tu je. Jangan penuh. Blend sehalus-halusnya tau.
2) Baru masukkan olive oil dengan madu. Ni korang pandai-pandai agakla. Kaknaz letak 1 sudu besar olive, 1 sudu besar madu setiap kali blend. Kalau dapat kacang fresh dia keluar minyak sendiri, boleh kurangkan olive oil ni. Kacang kaknaz takmo terbit-terbit minyak dia. Sikit nau dia keluar. Tu taruk lebih sikit.
3) Kalau yang suka rasa chunky-chunky, boleh masuk kacang blend kasar tu sikit. Wallah! Syok gigit.
Siap! Boleh masuk botol. Nak tahan lama boleh simpan dalam fridge ok. Kalau boleh botol tu steril dulu.
Senang tak? Dah, tak yah bazir duit beli mahai-mahai, buat sendiri je. Kita boleh adjust manis masin sendiri. Lagi sihat sebab pakai madu, garam bukit ngan virgin olive oil, kan?
Selamat mencuba!
Kongsi resipi: Sharinaz Redwan
CUBA JUGA RESIPI SEDAP INI:
http://www.rasa.my/cara-cara-buat-yogurt-secara-homemade-mudah-guna-3-bahan-je/