Cuba Resipi Nasi Goreng Dari TikTok. Sekali Cuba, Perghhh Sedap Rupanya!

Share

Pernahkah anda cuba resipi-resipi dari tiktok? Kalau rasa sangsi, anda boleh cuba resipi ni. Menurut saudari Har Ryea resipi Nasi Goreng ini diperolehi dari Tiktok malah tidak tahu namanya. Bila dicuba, ditambah pula dengan sotong, memang enak rasanya. Wow…Lepas ni kalau buka media sosial dan nampak resipi-resipi menarik, jangan ragu-ragu untuk mencuba. Mana tahu kena dengan selera anda.

 

RESIPI NASI GORENG TIKTOK

BAHAN-BAHAN:
1 mangkuk nasi
2-3 ekor sotong – hiris
2-3 biji bawang merah beli online disini
1-2 ulas bawang putih beli online disini
1-2 biji cili merah
Sedikit cili padi hijau
Segenggam ikan bilis beli online disini
2 biji telur
Garam dan perasa secukupnya
Sedikit serbuk kunyit

CARA MEMASAK:

1.Tumbuk bawang merah, bawang putih, lada merah dan sedikit cili padi hijau hingga lumat. Cili boleh diubah ikut kepedasan masing-masing.
2.Panaskan minyak, goreng ikan bilis sampai garing kemudian ketepikan seketika. Pecahkan telur.


3. Bila telur sudah masak sedikit, hancur-hancurkan telur tu. Ketepikan juga.


4. Masukkan bahan-bahan yang sudah ditumbuk, tumis hingga wangi dan sedikit garing.


5. Masukkan garam, serbuk perasa dan sedikit serbuk kunyit.


6. Seterusnya masukkan hirisan sotong yang sudah dikeringkn airnye terlebih dahulu. Gaul rata semua bahan agar Bersatu dengan rencah.


7. Akhir sekali masukkan nasi. Kacau rata hingga nasi berwap dan diadun sempurna.


8. Angkat dan Nasi Goreng sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Har Ryea

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

Published by
Nur