Sambal Garing ni memang sesuai sangat dibawa ke mana sahaja. Makan dengan bubur sedap, nasi panas-panas pun layan. Malah, nikmati bersama roti pun boleh. Memang serbaguna. Rasa pedas-pedas masin tu buat hidangan ini menjadi kegemaran ramai. Kalau beli, sebalang kecil pun dah harga berbelas ringgit. Jom belajar buat sendiri. Memang sedap!
1. Goreng semua bahan diatas ( kecuali pati ikan bilis & gula) satu persatu hingga garing.
2. Angkat dan tos minyak menggunakan tisu dapur.
3. Kisar cili kering yang digoreng tadi. Pastikan cili digoreng garing jika tidak ia sukar dikisar menjadi emping kerana teksturnya yang liat. Bijinya pula boleh dibuang atau dikisar bersama.
4. Panaskan kuali yang ada sedikit minyak lebihan gorengan tadi. Masukkan kiub pati ikan bilis atau cukup rasa. Goreng guna api perlahan.
Ads
5. Kacau sambil hancurkan kiub tadi. Biar ia berbuih manja.
6. Kemudian masukkan cili flakes (cili kering kisar).
7. Tambahkan semua bahan wajib yang lain. Masukkan juga 1 sudu gula. Gaul rata hingga sebati. Angkat.
Ads
8. Setelah sambal sejuk, simpan dalam balang kedap udara. Sedia dinikmati mengikut citarasa masing-masing.
Nak cuba masakan nusantara? Jangan bimbang, rasa masakannya macam masakan Melayu, sedap dan memang boleh layan. Untuk itu, RASA kongsikan tiga menu yang ada pengaruh Indonesia dan Filipina. Bahan masakan yang digunakan juga sama seperti orang Malaysia masak. Apa tunggu lagi jom kita pelbagai masakan dalam menu harian.
AYAM WOKU MANADO
BAHAN-BAHAN:
1kg ayam | potong sederhana
5 helai daun limau purut
2 helai daun pandan
2 batang serai | titik
760gm air
1 biji tomato | potong dadu
2 batang daun bawang | hiris halus
Garam dan gula secukup rasa
Daun Kemangi | secukupnya
BAHAN KISAR :
4 tangkai cili kering
3 biji cili merah
5 biji cili padi
4 sudu makan minyak masak
6 biji buang keras
3cm kunyit hidup
3cm halia
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan kisar bersama daun limau purut, pandan, serai hingga wangi.
Masukkan ayam, masak hingga ayam kecut, masukkan air.
Perasakan dengan maram, gula secukup rasa, biarkan terus mendidih hingga ayam empuk.
Akhir sekali sebelum tutup api masukkan hirisan tomato, daun kemangi dan daun bawang.
Sedia dihindangkan.
AYAM KUNYIT KEDAYAN
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam | potong kecil
2 sudu makan pes cili dikisar
Sedikit belacan
1 sudu teh serbuk kunyit
2 batang serai | titik
2 keping asam gelugor
1 litter santan
Garam, gula secukup rasa
Minyak masak
Air | jika perlu
BAHAN KISAR:
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan pes cili, belacan, serbuk kunyit dan serai, kacau seketika.
Setelah tumisan pecah minyak, masakkan ayam dan asam gelugor.
Masukkan sedikit air, kacau rata hingga ayam kecut.
Kemudian masukkan santan dan biarkan mereneh.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Setelah ayam empuk, tutup api dan sedia dihidangkan.
SALMON PINDANG MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
800gm ikan Salmon | potong kepada 6-8 ketul
1 biji limau nipis | ambil jus sahaja
1 1/2 liter air
5 ulas bawang merah | hiris
4 ulas bawang putih | cincang
3 cm halia | hiris nipis
4cm lengkuas | hiris nipis
10-15 biji cili padi
3 batang serai | titik
2 helai daun salam
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh belacan | bakar
3 biji tomato | potong kiub
300gm nanas | potong dadu
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Perapkan salmon bersama jus limau nipis dengan sedikit garam. Ketepikan dan perat lebih kurang 15 minit, kemudian bilas dengan air bersih.
Masukkan air dalam periuk bersama, hirisan bawang merah dan putih, halia, lengkuas, serai, cili padi serbuk kunyit dan belacan bakar (hancurkan).
Tutup periuk dan biarkan kuah mendidih.
Seterusnya masukkan Salmon hirisan tomato dan nanas.
Seketika kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Sesiapa yang suka Asam Pedas ini resipi Asam Pedas versi berempah campur sawi jeruk. Rasannya memang wau…kena dengan nasi panas, ada ulam dan sambal belacan. Terus kecur air liur dibuatnya. Sesiapa yang nak buat, ini resipinya:-
ASAM PEDAS BEREMPAH TENGGIRI & SAWI JERUK
BAHAN-BAHAN:
4 potong ikan tenggiri papan | cuci bersih dan toskan
1 pokok sawi jeruk | cuci bersih dan hiris kecil-kecil
Daun kesum secukupnya
1/2 cawan air asam Jawa
4 sudu makan pes cili kering
1 sudu makan kerisik
2cm halia | titik
2cm lengkuas | titik
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR HALUS:
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3cm kunyit hidup
1/2 sudu teh lada hitam
1/2 sudu teh lada hitam biji
1/2 sudu makan ketumbar biji
1/2 sudu teh jintan manis
1/2 sudu teh jintan putih
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar hingga wangi.
Kemudian masukkan pes cili kisar, lengkuas dan halia yang dititik.
Terus kacau hingga pecah minyak, baru masukkan air asam dan sedikit air.
Setelah mereneh masukkan sawi jeruk dan ikan.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Akhir sekali masukkan daun kesum, kecilkan api biarkan mereneh hingga timbul minyak.
Setelah cukup rasa, tutup api dan asam pedas sedia dihidangkan.
Udang Masak Ala restoran Fatty Crab yang dikongsikan ini versi kukus nampak sangat menyelerakan.
Makan dengan nasi panas, tak cukup sepinggan ni. Menurut empunya resipi, jika di restoran udang biasanya digoreng namun dia buat versi kukus dan hanya menumis bahan-bahan perapan sahaja.
Rasanya yang tidak pedas memang sesuai untuk dimakan bersama keluarga. Kalau buntu nak masak apa boleh cuba resipi yang dikongsikan ini.
Udang Masak Ala Fatty Crab
Bahan-bahan:
Udang
Cili secukup rasa. Yang merah tu pedas sangat kurangkan sikit. Guna cili hijau je
Bawang merah/bawang besar
Bawang putih banyak sikit
Sos tiram
Kiub pati ayam
Cara Memasak:
Bersihkan udang dan lumurkan garam, kukus sekejap.
Kisar kasar cili, bawang besar dan bawang putih.
Dalam kuali, tumiskan bahan-bahan kisar sampai naik bau.
Masukkan sos tiram, masukkan kiub pati ayam. Kacau sebati siap dan ketepikan.
Selepas itu masukkan tumisan tadi dalam udang yang dikukus tadi. Kukus sekejap boleh masukkan minyak bijan jika suka.
Siap untuk dihidangkan.
Info:
Kalau di Restoran Fatty Crab tu, udang digoreng terlebih dahulu. Kemudian disiram dengan bahan-bahan yang ditumis.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!