
Sesiapa sahaja pasti menggemari sambal belacan. Pelbagai jenis sambal belacan yang banyak dikongsikan di media sosial. Tetapi berbeza dengan sambal belacan Tok Mek, menurut Aida Ajoy sejak beliau kecil lagi ibunya sudah mula menjual sambal belacan ini dan pada ketika ini usianya sudah mencapai 45 tahun dan mewarisi resipi sambal belacan. Kini beliau tidak lokek berkongsi resipi yang beliau buat untuk jualan online kepada peminat tegar sambal belacan.
RESIPI SAMBAL BELACAN TOK MEK


BAHAN-BAHAN:
- 1/2 kg cili merah
- 1/2 kg cili hijau
- 1/2 kg limau kasturi
- 350 g cili api
- 7 ulas bawang putih
- Sebiji bawang besar
- 2 biji tomato.
- Sedikit belacan
- Garam gula dan secukup rasa
CARA MEMASAK:

Caranya potong cili dan rendam dlm air biarkan biji2 nya keluar

Bawang besar, bawang putih dan belacan di goreng separuh masak.
Cili merah hijau cili api dan tomato di celur separuh masak

Kisar semua nya .. masukkan gula garam dan secukup rasa serta air limau kasturi .. kalau suka boleh masuk kan kulit limau tu sedikit
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Terung Bakar Masak Lemak Putih, Resipi Kuah Yang Paling Simple Tapi Mantap

RESIPI TERUNG BAKAR MASAK LEMAK PUTIH







Bengkang Roti Gardenia Lemak Manis Secukup Rasa

Lebihan roti gardenia dah nak expired.Tak tahu nak buat apa? Ini salah satu menu yang boleh cuba untuk buat makan-makan bersama family.Hidang pula dengan kopi panas sebagai pelengkap hidangan.
BENGKANG ROTI GARDENIA
Bahan-bahan:
Roti Gardenia 7/8keping
1 cawan air masak
1 cawan santan*
1 cawan susu cair*
1 cawan gula* (boleh kurang kalau taknak manis sangat)
1 biji telur*
1 cawan tepung gandum*
1 sudu kecil esen vanila*
secubit garam*
CARA MEMASAK:
1. Rendam roti yang dicarik-carik ke dalam air masak satu cawan tadi ke dalam mangkuk besar.
(Tekan-tekan roti tadi sampai meresap air. Rendam 10 minit sampai kembang)
2. Blender semua bahan yang bertanda * 2 minit. Masukkan bahan blender ke dalam mangkuk yang berisi roti tadi kacau rata.
3. Tuangkan kesemua bahan-bahan tadi ke dalam loyang yang dah disapu dengan mentega.
4. Bakar dalam oven api atas bawah suhu 180° (ikut kesesuaian oven masing-masing) selama 50-60minit / garing. Siap dihidang
Kredit: Janna Hanie
Biskut Kacang Peas Rangup Ni Sesuai Untuk Kudapan Minum Petang
Nasi Minyak Terengganu Lauk Meriah Gerenti Berselera

Memang renyah sikit nak masak nasi minyak Terengganu ni tapi bila dah siap memang puas hati perut pun kenyang! Mana taknya, meriah betul resipi lauk nasi minyak Terengganu yang dikongsikan oleh Muliadi Ramli di Facebook ni. Kalau ada majlis kecil-kecilan bersama keluarga masak resipi ni gerenti tetamu berselera. Saya kongsikan di bawah bahan-bahan dan cara penyediaan lengkap resipi ini.
NASI MINYAK TERENGGANU

BAHAN-BAHAN:
1. Beras Basmathi Jasmin Parboil 1.8 kg. Direndam 40 minit dan kemudian ditoskan air.
2. Untuk tumisan:
– Rempah 4 sekawan
– bawang besar 1biji dimayang
– bawang putih 2 biji dimayang
– daun pandan 2 helai disimpul
-minyak masak
– minyak sapi
3. Kismis
4. Susu cair 1/2 tin
5. Sos tomato 5 sudu besar
6. Garam
7. Pewarna kuning telur 1 sudu teh
8. Halia 2 inci (diketuk)
CARA PENYEDIAAN:
Panaskan periuk elektrik
masuk minyak masak dan minyak sapi
tumis sampai naik baunya
masukkan semua bahan tumis..sampai wangi..masukkan dulu separuh je air dari sukatan beras…
bila air dah mendidih…masukkan beras yang ditoskan..gaul rata…masukkan air…kalau beras jasmin parboil ni..yang telah direndam..sukatan air dengan beras ..air paras2 beras sahaja (ukuran air dengan beras dalam periuk)..
masuk halia..masukkan susu cair..sos tomato..garam dan pewarna kacau rata..bila dah masak nasi tu..masukkan biji kismis..bila nasi dah masuk…kacau nasi tadi perlahan lahan…
biarkan lagi 20 minit untuk nasi masak dan kering sepenuhnya..siap

Gulai Daging/ Khemok Daging
1- Daging 1 kg
– Daging tulang 1.5 kg
2. Bahan perapan daging
– bawang besar 4 biji
– bawang merah 8 biji
– halia 2 inci
– lengkuas 2 inci
– bawang goreng 4 cawan
Bahan di atas dikisar halus
– rempah gulai cap bunga ros 2 pek kecil
– rempah masak cap bunga ros 2 sudu besar
– sos tomato 5 sudu besar
– susu cair 1/2 tin
– biji badam 6 biji disangai dan ditumbuk halus..masuk dalam perapan daging tujuan bagi rasa lemak pada kuah kita..
* semua bahan di atas disatukan dan diperap dengan daging dalam 30 minit.
3. Susu cair 1/2 tin
4. Gula melaka
5. Garam secukup rasa
6. Bahan tumisan
– bawang besar 1 biji dimayang
– daun pandan 2 helai disimpul
– rempah 4 sekawan
– cili boh 4 sudu besar
– serai 2 batang diketuk( optional..tak suka tak payah letak)
– minyak masak
7.kentang 4 biji (dipotong)
CARA PENYEDIAAN:
Tumiskan bahan tumisan hingga wangi…dan sampai pecah minyak..
masukkan daging yg diperap tadi..tutup periuk..biar keluar semua air daging dan rempah sebati…
masukkan 3 cawan air…renihkan daging dgn api sederhana..masukkan gula melaka ..garam ..secukup rasa..masak sampai daging empuk..
jika daging blum empuk tambah air dan susu cair..masak smpai kuahnya jadi pekat( boleh tmbah air jika terlalu pekat)..
siap untuk dihidangkan…

Ayam Masak Merah
1. Ayam 1 ekor ( dibersihkan dilumur kunyit dan garam dan digoreng hingga separuh msk atau masak)
2. Bahan tumis
– rempah 4 sekawan
– cili kering dikisar 6 sudu besar
– serai 2 batang diketuk
– daun kari 1 pelepah
– bawang besar 1 biji dimayang
– bawang putih 2 biji dimayang
3. Bahan kisar
– bawang merah 8 biji
– halia 1 inci
– bawang putih 4 biji
4. Lada merah dan hijau 2 biji untuk hiasan
5. Sedikit daun bawang untuk hiasan
6. Tomato puri 1 tin kecil
7. Sos tomato 4 sudu besar
8. Sos cili 5 sudu besar
9. Sos tiram 1 sudu besar
10. Kicap manis 2 sudu besar
11. Garam
12. Gula melaka
13. Perasa
14. Tomato 2 biji
15. Bawang holland 1 biji dipotong bulat untuk hiasan
CARA PENYEDIAAN:
Panaskan minyak..masukkan bahan tumis..tumis hingga naik bau..
masukkan cili kisar..tumis hingga pecah minyak…masukkan bahan kisar kacau sebati tumis hingga pecah minyak lagi..
masukkan tomato puri…masukkan segala jenis sos dan kicap..masukkan ayam yang sudah digoreng…cili merah dan hijau..
masak hingga kuah pekat..masukkan garam dan gula melaka..perasa..dan akhir sekali masukkan bawang holland dan daun bawang untuak hiasan.
Acar nenas:
Bahan-bahan
1. Nenas 1 biji dikupas kulitnya dan dipotong nipis
2. Gula melaka 1/2 keping
3. Cuka makan 4 sudu besar
4. Air 1 cawan
5. Cili boh 3 sudu besar
6. Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN:
Masukkan cili boh kacau dengan api perlahan…
masukkan air smpai mendidih masukkan gula melaka..
bila pekat sikit masukkan cuka…garam..tutup api.
Bila dah sejuk masukkan nenas..siap
Sambal belacan
1. Cili besar merah 4 biji
2. Cili padi 20 biji
3. Belacan sebesar ibu jari(dibakar biar wangi)
4. Limau kasturi 1 biji dibuang biji
5. Garam
6.Gula
7. Pes Asam jawa 1/2 sudu
8. Limau nipis 1 biji
CARA PENYEDIAAN:
Bahan 1 hingga 7 dikisar..
air sedang2..jangan terlalu sedikit atau banyak..
kisar jangan terlalu halus..keluarkan… perah limau nipis…rasa secukup rasa..
siap

SELAMAT MENCUBA
Kredit: Muliadi Ramli
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Telur Puyuh Balado Sawadikap Lauk Simple Ketika Malas
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

