Cuba Sendiri! Rahsia Sambal Belacan Tok Mek Kekal Sedap Dan Laris Untuk Jualan Online.

Share

Sesiapa sahaja pasti menggemari sambal belacan. Pelbagai jenis sambal belacan yang banyak dikongsikan di media sosial. Tetapi berbeza dengan sambal belacan Tok Mek, menurut Aida Ajoy sejak beliau kecil lagi ibunya sudah mula menjual sambal belacan ini dan pada ketika ini usianya sudah mencapai 45 tahun dan mewarisi resipi sambal belacan. Kini beliau tidak lokek berkongsi resipi  yang beliau buat untuk jualan online kepada peminat tegar sambal belacan.

RESIPI SAMBAL BELACAN TOK MEK

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2 kg cili merah
  • 1/2 kg cili hijau
  • 1/2 kg limau kasturi
  • 350 g cili api
  • 7 ulas bawang putih
  • Sebiji bawang besar
  • 2 biji tomato.
  • Sedikit belacan
  • Garam gula dan secukup rasa

 

CARA MEMASAK:

Caranya potong cili dan rendam dlm air biarkan biji2 nya keluar


Bawang besar, bawang putih dan belacan di goreng separuh masak.
Cili merah hijau cili api dan tomato di celur separuh masak

 

Kisar semua nya .. masukkan gula garam dan secukup rasa serta air limau kasturi .. kalau suka boleh masuk kan kulit limau tu sedikit

 

Published by
Mastura Abu Kassim