Cucur Dari Lebihan Nasi Sejuk Sedap Dibuat Sarapan

Share

Bahan yang leftover jangan pula dibuang. Boleh diolah menjadi menu yang mengenyangkan. Kalau korang ada nasi sejuk yang belum rosak tu, bolehla cuba resepi ni ya.

Bahan-bahan:
Nasi sejuk
1 batang daun bawang
carot sagat halus
2 biji telur
garam
1 sudu tepung gandum
*kalau korang nak tambah lain-lain bahan contoh daun sup, kentang,isi udang silakan.

Cara membuat:
1.Campurkan semua, jangan tambah air ye. kacaukan bagi sebati semua.
2.Sudukan adunan dalam kuali, goreng dengan minyak yang sedikit,bukan macam kita goreng  minyak yang banyak.

3.Hasilnya macam ni,terliur tak,hah bolehlah bancuh untuk minum petang ni atau buat sarapan pagi. Sedap dimakan panas-panas cicah dengan sos cili thai pun umph.

Kredit : Marina Abd Majid

Korang nak beli BLENDER baru tak? Jom klik sini untuk tengok BLENDER BARU.

https://www.rasa.my/minum-petang-berbeza-dengan-spring-roll-makaroni-berkeju/

 

Published by
Putri