Sedapnya Cucur Ikan Bilis perkongsian Opah Mas Cotek ni. Bulat elok bentuknya. Nampak sangat menyelerakan. Kalau nak cuba buat cucur yang bulat sempurna macam ni, resipi dibawah ini antara yang mudah. Sesuai sangat dijadikan sajian minum petang.
RESIPI CUCUR IKAN BILIS SEDAP
BAHAN-BAHAN:
Ads
2 cawan tepung tepung gandum
1 biji bawang besar – cincang
1 biji cili merah – cincang
1/2 cawan ikan bilis – tumbuk kasar
1/2 sudu teh serbuk cukup rasa
Sedikit daun bawang / daun sup – hiris halus
Garam secukupnya
2 cawan air panas
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan ( kecuali air panas) dalam bekas. Sebatikan.
2. Ambil air panas, masukkan sedikit demi sedikit.
3. Gaul sebati menggunakan senduk. Jadikan doh. Ketepikan seketika dan biarkan doh sejuk.
4. Sapu sedikit minyak pada tapak tangan, cubit doh dan bulat-bulatkan.
5. Panaskan minyak masak dan goreng doh cucur hingga garing.
Ads
6. Angkat dan toskan minyaknya. Sedia untuk dinikmati.
Ada yang mengidam kuih tradisional seperti bahulu atau kuih dangai? Sedapnya kalau dapat makan kuih ni lengkap dengan kopi panas. Pertamanya kalau nak membuat kuih dangai ni paling utama ialah perlu ada acuannya. Bagi yang nak mencuba kuih lejen ni dikongsikan cara membuatnya.
1.Gaul semua bahan di atas kecuali gula(gula cik mas tak gaul sekali dengan tepung tadi).Gaul manja ja. Jangan ramas. Nanti kuih jadi padat. 2.Letak tepung yang digaul tadi dalam acuan. 3.Tabur gula atas adunan. Renjis-renjis sedikit air kelapa bagi lembab. Jangan renjis banyak sangat. 4.Tutup acuan. 5.Bakar dalam acuan yang ditabur sedikit tepung pulut. Bakar hingga masak.
Sedapnya Cekodok Roti Gula ni. Selalu dekat rumah ada je roti sandwic yang masih banyak dan dah lepas tarikh luput tapi masih boleh dimakan. Kalau buang, ruginya. Menerusi perkongsian resipi oleh saudara Muhammad Naquib Mokhdzir @ Naqib, beliau kongsikan cara untuk habiskan roti dengan cepat. Resipi cekodok ni jenis yang manis. Cuma tambah tiga lagi bahan dah boleh hasilkan cekodok yang sedap. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MASAK CEKODOK ROTI GULA YANG SANGAT MUDAH & SEDAP
BAHAN-BAHAN:
5 keping roti – kalau guna kulit roti lagi sedap
2 sudu makan gula
1 sudu makan mentega
1 biji telur
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK: 1. Carik-carikkan roti jadi kepingan kecil dan masukkan ke dalam mangkuk. 2. Masukkan gula, mentega dan telur. Gaul dan ramas campuran sampai sebati 3. Panaskan minyak dalam kuali dalam kuantiti yang agak banyak. 4. Kaupkan adunan cekodok dan goreng hingga kekuningan. Untuk hasil yang nampak cantik dan sama saiz, boleh guna scoop aiskrim. 5. Angkat, toskan minyak dan sedia untuk dihidangkan.
Kredit resipi & foto: Muhammad Naquib Bin Mokhdzir / Naqib
BACA NI!
Nak gambar dan resipi masakan anda disiarkan di laman web dan facebook Majalah Rasa macam yang saudara Muhammad Naquib ni? Ikut 4 langkah mudah di bawah.
Bila sebut lepat, pasti terbayang kuih yang dimasak dalam daun pisang. Ya, itu memang betul. Ada macam-macam jenis lepat. Lepat pisang, lepat ubi dan lepat labu. Salah satunya adalah lepat cendol.
Melalui facebook Rasa Share Resipi, Iedaa Jahaya berkongsi resipi lepat cendol yang nampak sedap. Cara membuatnya pun ringkas. Bolehlah kita cuba nanti ya.
LEPAT CENDOL
BAHAN-BAHAN
1 cawan tepung jagung (BELI DI SINI)
1 cawan santan pekat
3 cawan santan cair
Sikit kapur makan
7 sudu besar gula kastor (BELI DI SINI)
Daun pandan (kisar dan ambil airnya)
Garam secukupnya (BELI DI SINI)
1 cawan cendol (cuci dan toskan)
CARA MEMBUAT
1. Masukkan semua bahan kecuali cendol ke dalam periuk. Masak atas api sederhana. Kacau selalu.
2. Masak sehingga adunan menjadi pekat dan meletup-letup.
3. Masukkan cendol. Kacau perlahan.
4. Layurkan daun pisang atas api sekejap. Ambil sesenduk adunan. Letak atas daun pisang dan bungkus kemas.
5. Buat sehingga adunan habis.
6. Kukus lepat sehingga masak. Tutup api. (BELI PENGUKUS DI SINI)