Sedapnya cucur ikan bilis jagung. Lagi sedap jika cucur itu lembut sampai ke petang. Memang tak penat mulut nak mengunyah.
Perkongsian resipi kali ini daripada Adik Chaq yang turut berkongsikan tips yang diperoleh untuk menjadikan cucur ikan bilis jagungnya lembut.
Menurutnya, sebelum ini dia paling tak tahu nak buat cucur ikan bilis. Dah guna air panas, air sejuk, tak menjadi juga. Keras dan terlalu berminyak. Sejak ada orang beritahu resipi dan tips untuk menjadikan cucur lembut, dia mencuba dan baru menjadi. Jom kita buat.
*Saya buat sikit saja. Jika nak buat lebih banyak, boleh gandakan bahan-bahan di atas.
CARA MEMASAK:
Gaulkan semua bahan di atas sehingga sebati.
Sementara itu, campurkan air mendidih ke dalam 2 sudu besar tepung gandum. Letakkan sedikit demi sedikit. Ini adalah tips untuk menjadikan cucur lembut.
Kemudian, bahan-bahan yang telah digaul sebati itu dicampurkan pula dengan tepung yang dibancuh dengan air panas tadi.
Selepas itu, masukkan pula air biasa sedikit demi sedikit hingga adunan boleh dijemput dengan jari.
Adunan tidak terlalu cair atau tidak terlalu pekat. Agak-agak saja. Nanti, jika dah banyak kali buat, dah boleh tahu dan pandai sesuaikan adunannya.
Kemudian, bolehlah dijemput menggunakan jari dan digoreng.
Kuih lompang adalah kuih tradisional Melayu yang teksturnya lembut. Dimakan dengan kelapa parut yang diletakkan sedikit garam dan kemudian dikukus seketika. Rasanya lemak manis apatah lagi dimakan dengan kelapa yang mempunyai rasa enak.
Jom kita lihat resipinya.
LOMPANG
BAHAN-BAHAN
1 1/2 gula merah
1/2 cawan air
2 cawan tepung beras
3 cawan air
1 sudu kecil air kapur
Esen pandan sikit
Garam secukup rasa
Kelapa parut
Sedikit garam
CARA MEMBUAT
1. Dalam periuk, masukkan gula merah dan air. Masak sehingga gula larut. Tutup api dan ketepikan.
2. Dalam mangkuk, masukkan tepung beras, air, air kapur, esen pandan dan garam. Kacau semuanya sehingga sebati. Tapiskan adunan ini ke dalam jag supaya mudah untuk dituang dalam adunan.
3. Tuang adunan ke dalam acuan lompang. Susunkan acuan berisi adunan ke dalam periuk kukusan.
4. Kukus selama 15 minit. Sementara itu, jom buat kelapa parut.
5. Dalam bekas, masukkan kepala parut. Taburkan sedikit garam. Gaul rata. ketepikan.
6. Selepas siap mengukus lompang, keluarkan acuan lompang. Kukus pula kelapa parut seketika.
7. Ambil kuih lompang, keluarkan daripada acuan. Letakkan kepala parut di atas kuih lompang. Sedia dinikmati.
Ini 4 Menu Berasaskan Mangga Perkongsian Dari Chef Megat
Mangga bukan hanya enak dimakan mentah dijadikan jus ataupun jeruk, tetapi mangga juga enak diolah sebagai makanan. Malah rasanya juga tidak mengecewakan, enak dengan rasa masam manis. Tak percaya, ini ada empat menu yang mempunyai campuran mangga dikongsikan oleh chef Megat untuk anda semua cuba.
AYAM MANGGA
BAHAN-BAHAN:
½ ekor ayam | potong kecil
120-150gm tepung jagung
1 biji telur
2 sudu teh garam
1 sudu teh lada hitam
Minyak untuk menggoreng secukupnya
BAHAN SOS:
5 sudu makan sos plum
½ sudu jus lemon
2 batang cili merah | buang biji dan cincang
1 biji bawang merah | cincang
2 ulas bawang putih |c cincang
¼ sudu teh bijan
50ml air
Garam cukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng secukupnya
BAHAN SALAD MANGGA:
1 biji mangga muda saiz sederhana | hiris halus
2 batang cili merah | buang biji dan hiris
1 biji bawang besar | hiris halus
CARA MEMASAK:
Untuk membuat ayam goreng; Satukan tepung jagung, garam, dan lada hitam, gaul sebati.
Pecahkan telur. Gaul ketulan ayam dengan telur hingga sebati.
Panaskan minyak di dalam kuali. Celup ketulan daging ayam ke dalam adunan tepung dan goreng hingga garing.
Angkat, tos dan ketepikan untuk membuat sos.
Untuk membuat sos; Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih, bawang merah, cili merah.
Masukkan sos plum, jus lemon, air dan gaul sebati hingga mendidih. Dan masukkan bijan.
Kacau seketika dan perasakan dengan garam. Tutup api.
Untuk membuat salad mangga; Satukan mangga, cili dan bawang besar. Susun salad di atas pinggan.
Kemudian letakkan ketulan ayam yang sudah digoreng di atas salad mangga. Akhir sekali, tuangkan sos di atas ayam dan salad mangga. Sedia untuk dihidangkan.
UPSIDE DOWN MANGO CAKE
BAHAN-BAHAN:
340ml mentega
80gm gula perang
30gm dessicated coconut / isi kelapa kering
1 biji mangga masak | potong dadu
230gm tepung kek
4 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh garam
290gm gula kastor
3 biji telur
1 sudu teh esen vanila
260ml susu segar
CARA MEMASAK:
Pukul mentega, gula perang dan gula kastor hingga kembang. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji dan masukkan esen vanila. Gaul sebati. Ketepikan.
Satukan tepung kek, serbuk penaik dan garam. Setelah itu, masukkan adunan tepung kek secara berselang seli dengan susu segar ke dalam adunan berisi mentega dan telur tadi.
Gaul sebati dan kemudian masukkan isi kelapa kering. Gaul hingga sebati.
Sapukan sedikit mentega pada loyang kek saiz 9 atau 10 inci.
Taburkan potongan mangga di dasar loyang.
Tuangkan adunan kek.
Bakar pada suhu 180 ˚C selama lebih kurang 50-60 minit hingga keperangan.
Sejukkan dahulu sebelum mengeluarkan kek dari loyang.
Terbalikkan kek, bahagian potongan mangga ke atas. Potong dan hidang.
VANILLA MANGO CUP CAKE
BAHAN-BAHAN:
154gm tepung kek
11/4gm serbuk penaik
½ sudu teh garam
2 biji telur
143gm gula kastor
11/2 sudu teh esen vanila
85gm minyak jagung
85gm susu segar
Acuan kek cawan secukupnya
BAHAN MANGO CURD:
400gm isi mangga
100gm gula kastor
3 sudu makan jus lemon
1/8 sudu teh garam
4 biji kuning telur
30gm mentega
CARA MEMASAK:
Mula,-mula, sediakan mango curd dahulu. Isi mangga dikisar hingga halus.
Masukkan jus lemon, gula, garam dan kuning telur gaul sebati.
Gunakan kaedah ‘double boiler’ untuk memasak adunan.
Masak lebih kurang 15-20 minit hingga adunan memekat.
Alihkan dari api dan masukkan mentega. Gaul sebati. Simpan di dalam bekas dan sejukkan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 4 jam atau semalaman. Keluarkan bila hendak digunakan.
Untuk menyediakan kek cawan, Panaskan oven 180 ˚ C.
Satukan tepung, serbuk penaik dan garam. Ketepikan.
Dalam bekas berasingan, pukul telur sedikit dan masukkan gula. Pukul lagi hingga kembang.
Masukkan esen vanila dan minyak jagung ke dalam adunan dan pukul sebati.
Masukkan campuran tepung tadi dan selang-selikan dengan susu segar.
Gaul sebati dan masukkan ke dalam bekas acuan kek cawan 2/3 penuh.
Bakar lebih kurang 15-20 minit hingga perang keemasan.
Sejukkan seketika. Buat lubang pada bahagian tengah kek cawan. Picitkan mango curd yang telah disediakan lebih awal Sedia untuk dihidangkan.
MANGO TART WITH MANGO WHIPPED CREAM
BAHAN KULIT TART:
280gm tepung serba guna
12gm kelapa kering
½ sudu teh garam
3 sudu makan gula
225gm mentega
3 biji telur kuning
BAHAN: KRIM MANGGA:
250gm fresh cream/krim putar
50gm mango curd / sri kaya mangga
CARA MEMASAK:
Untuk membuat kulit tart; Satukan tepung serba guna, kelapa, gula, garam dan mentega hingga menjadi seperti serbuk roti.
Masukkan telur kuning dan uli hingga menjadi doh.
Simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam.
Keluarkan dan bahagikan doh kepada bahagian kecil dengan berat antara 12-15 gram.
Tekan pada acuan tart atau muffin. Bentukkan kulit tart. Bakar pada suhu 170˚C selama lebih kurang 15-20 minit hingga perang keemasan. Keluarkan dan biarkan sejuk seketika
Untuk membuat inti mangga, Pukul krim hingga kembang. Masukkan mango curd dan kaup balik hingga sebati. Picitkan krim mangga ke dalam kulit tart.
Hias dengan potongan mangga. Sedia untuk dihidangkan.