Cucur Ikan Bilis Jagung Lembut, Sejak Tahu Tips Ni Asyik Buat Je

Share

Sedapnya cucur ikan bilis jagung. Lagi sedap jika cucur itu lembut sampai ke petang. Memang tak penat mulut nak mengunyah.

Perkongsian resipi kali ini daripada Adik Chaq yang turut berkongsikan tips yang diperoleh untuk menjadikan cucur ikan bilis jagungnya lembut.

Menurutnya, sebelum ini dia paling tak tahu nak buat cucur ikan bilis. Dah guna air panas, air sejuk, tak menjadi juga. Keras dan terlalu berminyak. Sejak ada orang beritahu resipi dan tips untuk menjadikan cucur lembut, dia mencuba dan baru menjadi. Jom kita buat.

BAHAN-BAHAN:

6 sudu besar tepung gandum – Boleh beli online di sini

Sedikit jagung (disagat halus)

Ikan bilis (ditumbuk) – Boleh beli online di sini

Bawang merah (dihiris)

1 biji telur

Sayur

Garam – Boleh beli online di sini

Serbuk kunyit – Boleh beli online di sini

*Saya buat sikit saja. Jika nak buat lebih banyak, boleh gandakan bahan-bahan di atas.

CARA MEMASAK:

Gaulkan semua bahan di atas sehingga sebati.

Sementara itu, campurkan air mendidih ke dalam 2 sudu besar tepung gandum. Letakkan sedikit demi sedikit. Ini adalah tips untuk menjadikan cucur lembut.

Kemudian, bahan-bahan yang telah digaul sebati itu dicampurkan pula dengan tepung yang dibancuh dengan air panas tadi.

Selepas itu, masukkan pula air biasa sedikit demi sedikit hingga adunan boleh dijemput dengan jari.

Adunan tidak terlalu cair atau tidak terlalu pekat. Agak-agak saja. Nanti, jika dah banyak kali buat, dah boleh tahu dan pandai sesuaikan adunannya.

Kemudian, bolehlah dijemput menggunakan jari dan digoreng.

Kredit: Adik Chaq

[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Fazida