Jika ada lebihan nasi yang dimasak, usah dibuang. Apa kata kita olahkan menjadi cucur ikan bilis nasi pula. Mudah saja membuatnya.
Resipi perkongsian daripada Jaja Noriza ini memang menarik. Elok saja membulat cucurnya dan lembut je isi di dalamnya. Rangup pula di luarnya. Ada bahan rahsia rupa-rupanya.
Cicah pula dengan sos cili atau sambal tumis. Memang padu! Tak sedar, sebiji demi sebiji habis dimakan.
Campurkan bawang, tauge, daun kucai, daun bawang, nasi, telur dan ikan bilis di dalam mangkuk dan gaul sebati.
Kemudian, tambahkan tepung gandum dan gaulkan lagi. Campurkan sedikit air jika adunan terlalu pekat.
Masukkan garam, serbuk kunyit dan baking powder secukupnya. Kacau sebati. Adunan tak boleh cair, nanti cucur kita leper. Mesti pekat seperti di dalam gambar di bawah.
Panaskan minyak dan kemudian ceduk adunan guna jari-jemari sahaja untuk memudahkan dapat bentuk bulat-bulat.
Ads
Goreng sehingga garing dan angkat.
Sedia untuk dihidangkan.
NOTA:
Jika tak gunakan baking powder pun tak apa, janji adunan pekat.
Pastikan adunan pekat supaya dapat cucur yang bulat. Jika terlebih atau terkurang, tambahkan saja tepung atau air, janji adunan pekat.
Adakala, boleh letakkan juga 2 sudu besar marjerin dalam adunan. Cucur akan jadi rangup di luar dan lembut di dalam.
Ads
Cicah dengan sos cili atau sambal tumis. Memang sedap.
Petang-petang makan pisang goreng memang best. Lagi-lagi kalau panas-panas. Cecah pula dengan sambal kicap. Wow sangat kan? Nak tahu cara buat pisang goreng rangup krup krap? Jom tengok resipi yang dikongsikan oleh Farisha Sofea ini.
PISANG GORENG RANGUP
BAHAN-BAHAN
250 gram tepung beras
2 sudu besar tepung ubi
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil garam halus
1 sudu besar gula
1 biji telur ayam
2 sudu besar minyak masak
1/4 sudu kecil air kapur
Air suam secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng
Pisang secukupnya
CARA-CARA
1. Dalam mangkuk, masukkan tepung beras, tepung ubi, serbuk kunyit, garam halus, gula, telur ayam, minyak masak dan air kapur.
2. Tuangkan air suam perlahan-lahan. Bancuh sampai agak-agak cair sesuai sebagai tepung bancuhan.
3. Pastikan adunan tidak terlalu cair. Adunan terbaik adalah yang mempunyai tekstur agak pekat supaya pisang disalut tepung .
4. Kacau sebati.
5. Panaskan minyak masak. Celup pisang ke dalam bancuhan. Goreng dan toskan.
Wow..Nampak sedap nuget ayam homemade ni. Menurut saudari Habibah Badar Bajrai, resipi yang beliau kongsikan ini memang best malah lebih enak berbanding yang dibeli. Malah bila buat sendiri ni, tentunya lebih bersih, berkhasiat dan ditambah dengan kasih sayang. Anak-anak pun seronok bila dapat makan. Jadi nanti bolehlah cuba. Sesuai sangat dijadikan stok snek anak-anak.
CARA MEMASAK: 1. Kisar isi ayam. Masukkan dalam mangkuk yang besar, campurkan kesemua bahan-bahan utama. Sebatikan hingga semua bahan sebati.
2. Canai ikut ketebalan yang disukai kemudian cetak guna bentuk yang anda sukai. Jika guna pencetak (acuan), basahkan dulu pencetaknya setiap kali sebelum diterap pada ayam supaya tidak melekat.
3. Ambil kepingan ayam tadi dan salut dengan serbuk roti berwarna oren.
4. Panaskan minyak dan goreng nuget hingga masak.
5. Jika mahukan nuget yang berkeju, boleh tambah kepingan keju ketika mengisar isi ayam.
INFO: 1.Resipi nuget ini menggunakan telur kerana ia akan menjadikan nuget jadi lebih lembut.
2. Lada putih dan garam harus diletakkan dengan secukup rasa. Barulah rasanya lebih enak seakan menggunakan stok ayam.
3. Letak baking powder untuk bagi kesan gebu menggelembung seakan nuget ayamas.
4. Letak serbuk roti dalam adunan nuget supaya supaya tekstur nuget tidak terlau mampat.
5. Nuget boleh dibentuk ikut cita rasa masing-masing.
Jika menonton tv, memang sedap jika ada kudap-kudapan seperti Kacang Goreng Crispy ni. Mudah sahaja kalau nak hasilkannya. Hanya menggunakan tiga bahan mudah, snek ringan ini boleh anda hasilkan dengan kos yang sangat murah. Tak perlu beli lagi. Jom cuba resipi perkongsian saudari Zita Samat ni. Pasti puas hati.
CARA MEMASAK: 1. Gaul kacang yang telah dikeringkan dengan telur sehingga rata.
2. Kemudian masukkan tepung gorengan serbaguna sedikit demi sedikit. Gaul rata dan pastikan kacang disalut dengan sempurna.
3. Panaskan minyak masak dengan banyak di dalam kuali. Masukkan kacang dan goreng guna api sederhana hingga masak sekata dan tidak hangus.
4. Angkat kacang dan toskan minyaknya. Biarkan kacang sejuk terlebih dahulu sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.
NOTA: Jika suka rasa kacang goreng yang sedikit manis, boleh tambah sedikit gula. Empunya resipi tidak letak gula atau garam kerana tepung memang sedia masin dan enak.
Cuba resipi ayam perap mayo sedap dan mudah ini! Diperap dengan madu, mayones dan sos tiram, dijamin lembut, berlemak dan menjilat jari. Klik untuk langkah penuh.