Cucur atau juga dipanggil jemput-jemput adalah antara hidangan paling best untuk sarapan atau minum petang. Apatah lagi kalau dimakan dengan sambal kicap yang menjadi kelaziman orang sebelah selatan. Cucur turut dimakan dengan sos cili atau sos tomato. Ikut selera masing-masing.
RASA kongsikan resipi cucur ikan bilis yang senang nak dibuat. Rasanya juga sedap dan menyelerakan. Jom cuba.
Ads
CUCUR IKAN BILIS
.
BAHAN-BAHAN
• 3 cawan tepung gandum
• 1 labu bawang besar (dadu)
• Segenggam ikan bilis (boleh kisar atau tumbuk halus jika suka)
• 1 batang lobak merah (saiz sederhana)
• Kucai atau daun sup
• Garam secukup rasa
• 3 cawan air panas mendidih secukupnya (bukan suam-suam kuku tetapi yang baru mendidih)
• Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT
1. Gunakan sudu, gaulkan tepung gandum bersama bawang besar, ikan bilis, lobak merah serta daun kucai atau sup dan garam.
2. Apabila tepung dan bahan-bahan lain sudah digaul rata, tolakkan sedikit tepung ke tepi bekas. Buatkan sedikit ruang kosong untuk menggaul tepung. Lebih elok kalau bancuh gunakan bekas atau besen besar.
3. Tuangkan air panas sedikit demi sedikit. Apabila tepung masak dan pekat tolak ketepi dan gaul lagi bahagian tepung yang belum digaulkan. Buat bahagian demi bahagian, sedikit demi sedikit.
4. Apabila semua tepung sudah digaulkan dengan air panas, keadaan tepung akan menjadi seperti doh.
5. Setelah doh agak sejuk sedikit, basahkan tapak tangan dengan air bersih dan boleh bulat-bulatkan doh.
6. Tunggu tepung sejuk sikit baru goreng dalam minyak masak yang panas.
Ads
TIP
– Boleh tambah udang atau apa-apa yang korang suka.
– Basahkan tapak tangan untuk bulat-bulatkan doh tu, tujuannya nak memudahkan korang. Kalau tangan basah, bentuk doh tu lebih cantik.
– 3 cawan tepung gandum boleh makan seisi keluarga.
Sebut sahaja ayam tandoori, terbayang keenakan hidangan ini. Andai ke kedai mamak untuk makan roti nan, hidangan ayam ini pastinya menjadi pilihan untuk digandingkan bersama. Memang sedap lebih-lebih lagi jika dimakan panas-panas. Kena pula dengan hirisan bawang serta sedikit perahan limau nipis, perghhh..memang padu! Tapi bila beli, harganya memang agak Puan Tahrunnisah Jali. Sedap, lebih bersih dan boleh makan puas-puas.
RESIPI AYAM TANDOORI HOMEMADE
BAHAN A:
4 keping paha ayam ( whole leg) | basuh, buang kulit & kelar kasar
2 sudu makan minyak masak
BAHAN B:
1 sudu teh serbuk cili
1/4 sudu teh garam
1 sudu makan jus limau nipis atau lemon
BAHAN C:
6 sudu teh yogurt asli ( pekat)
2 sudu teh campuran pes halia bawang putih | 5 ulas bawang putih dan 3cm halia yang dikisar lumat.
2 sudu teh serbuk cili
1/2 sudu teh garam masala
1 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1/4 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh pewarna merah
CARA MEMASAK:
Satukan bahan B hingga sebati dan lumurkan pada ayam. Pastikan sapu rata pada kelaran dan isi ayam keseluruhan. Perap seketika.
2. Dalam bekas berlainan, campur semua bahan C. Pastikan campuran pekat sedikit dan jangan tambah air.
3. Lumur campuran bahan C pada ayam. Masukkan 2 sudu makan minyak masak. Perap semalaman ataupun paling kurang 4 jam sebelum dibakar.
Untuk membakar Ayam Tandoori, biasanya di kedai, ia akan dibakar di dalam tandoor ( dapur khas untuk membakar yang menyerupai tempayan besar). Jika tiada, boleh gunakan ketuhar.Caranya ialah:
Susun hirisan lobak merah atau saderi di permukaan dulang pembakar. Ia bertujuan ayam yang dibakar nanti tidak melekat pada dulang dan membina ruang diantara dulang dan isi ayam kerana ayamakan mengeluarkan air yang banyak sewaktu dibakar.
Bakar ayam tandoori tadi pada suhu 230C selama 25-30 minit.
Semasa membakar, selepas 20 minit pertama, periksa ketulan ayam dan sapukan sedikit minyak di permukaannya. Masa memasak mungkin berbeza bergantung kepada saiz ayam yang digunakan juga jenis ketuhar.
Sekiranya ada pemanggang, setelah ayam masak bolehlah dipanggang seketika bagi mendapatkan kesan terbakar / hangus pada permukaan isi ayam tandoori.
Angkat, sedia untuk dinikmati mengikut citarasa masing-masing.
Info: Selain dinikmati bersama roti naan, ayam ini juga sesuai dihidangkan bersama nasi. Untuk memudahkan proses memasak, anda juga boleh hasilkan perapan lebih awal.
Anda penggemar pai, ini menu pai yang sedap sangat gabungan buah-buahan dan bijirin oat yang sangat sedap dan sihat, sesuai untuk anda yang ada diabetes atau sedang berdiet. Cara membuatnya pun mudah. Jangan tunggu lagi jom cuba.
PAI BUAH –BUAHAN BERSAMA BIJIRIN OAT
BAHAN-BAHAN:
Bahan Isian:
1 biji epal hijau | dadu
6 biji strawberi | dadu
100gm buah blueberi segar – dadu
2 sudu makan gula
Bahan Toping:
150gm kepingan oat
100gm mentega
50gm tepung gandum
135gm gula perang
Sedikit serbuk kulit kayu manis
CARA MEMASAK:
Dalam satu mangkuk, campurkan semua buah yang telah dipotong dadu.
Campurkan bersama gula dan digaul rata.
Masukkan buah tadi ke dalam mangkuk cosserole kecil.
Untuk toping pula, gaul semua bahan hingga rata dan latakkan di atas buah tadi
Tutup keseluruhan permukaan dan bakar pai pada suhu 180C selama 30 minit.
Dapatkan bijirin dan kekacang organik di Love Earth
Tak perlu lauk pauk yang mewah untuk buka selera. Menu ringkas sebegini pun dah cukup. Sambal Tumis Ikan Kembung ni memang mudah. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
SAMBAL TUMIS IKAN KEMBUNG
BAHAN-BAHAN
4 ekor ikan kembung – bersihkan, kelar dan letak garam dan kunyit
3 senduk cili kisar (cili kering yang diksar dengan bawang merah besar)
2 biji bawang besar – hiris
Air asam jawa secukupnya
Sedikit air
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing. Angkat dan ketepikan seketika.
Kemudian panaskan minyak yang agak banyak untuk menumis. Ia bertujuan supaya rencah cepat garing.
Tumis cili kisar guna api perlahan sehingga masak dan garing.
Kemudian masukkan gula. Kacau rata supaya sambal berkilat dan berwarna merah yang cantik.
Tambahkan air asam jawa bersama sedikit garam. Gaul rata.
Masukkan ikan dan tunggu hingga sambal pecah minyak.
Akhir sekali masukkan hiirsan bawang besar. Kacau hingga bawang layu dan bolehlah diangkat.