Sesekali makan kuih tradisional memang sedap. Kalau boleh hari-hari nak makan. Antara kuih legend yang masih ramai yang suka adalah cucur jawa gula merah. Rasanya lemak manis tau. Sedap. Jom try buat. Jangan biarkan resipi ni hilang ditelan zaman.

Ads

CUCUR JAWA GULA MERAH

Cucur Jawa Gula Merah, Kuih Legend Yang Masih Ramai Suka

Bahan-bahan
2 cawan air suam
1 cawan gula pasir
1 cawan gula merah
1 sudu teh garam
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras

Cara membuat
1. Satukan air, gula pasir, gula merah dan garam. Kacau sebati dan tapis (bancuhan air gula). Biarkan sejuk dahulu.
2. Campur tepung gandum dan tepung beras ke dalam air gula tadi. Kemudian kisar.
3. Perap selama 3 jam atau semalaman. Letak dalam peti sejuk bahagian biasa.
4. Keluarkan 1/2 jam dari peti ais sebelum menggoreng.
5. Masukkan 2 senduk minyak masak dalam kuali. Biarkan panas.
6. Tuang adunan di tengah-tengah kuali. Biarkan dia masak dari tepi ke tengah sebelum diterbalikkan.
7. Biarkan sekejap dan angkat, toskan minyak atas redai.
8. Susun di atas tisu serap minyak.

Ads

Selamat mencuba.

Ads

Resipi Oleh Nada Ishak dari Telegram KakiMakan Channel

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI