Nampak di dapur banyak lagi stok kentang. Sebelum busuk begitu sahaja boleh juga buat cucur untuk makan malam ni. Hanya guna tiga bahan buat cucur kentang ni. Sungguh mengenyangkan.
Cucur kentang
Bahan-bahan: 3-4biji ubi kentang 8-10 sudu besar tepung jagung Sedikit garam
Cara memasak: 1.Rebuskan ubi kentang sehingga lembut .
2.Toskan ubi kentang yang direbus tadi dan lenyekkan . 3.Tambahkan garam sedikit . 4.Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit . 5.Bulatkan doh tadi menjadi bulat dan boleh digoreng .
6.Siap dihidang
Ads
Selamat mencuba.
Kredit : Chumily
ADA YANG MENCARI MIXER UNTUK MENGADUN KEK, BOLEH KLIK DI SINI.
Ada macam-macam jenis mi. Kali ni RASA nak berikan 4 jenis masakan berasaskan mi yang dimasak daripada mi sanggul, mi kuning, mi segera dan yee mee.
BAHAN A (tumbuk halus)
2 inci halia
1 sudu besar lada hitam
Sedikit jintan putih
Sedikit jintan manis
2 ulas bawang putih
BAHAN B
Bunga cengkih
Bunga lawang
Kulit kayu manis
BAHAN LAIN
Minyak masak untuk menumis
1 kiub pati ikan bilis
1/2 biji lobak merah (potong nipis)
1/2 cawan kacang pis
Sedikit cendawan (potong kecil)
1/2 biji bawang besar (hiris nipis)
2 cawan air
2 ekor ketam bunga (siang dan bersihkan)
Garam secukup rasa
1 bungkus mi sanggul
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak. Tumis Bahan A dan Bahan B sehingga naik bau.
2. Masukkan pati ikan bilis, lobak merah, kacang pis, cendawan dan bawang besar. Masak selama 2 minit.
3. Masukkan air. Biarkan mendidih dan masukkan ketam. Biarkan ketam masak.
4. Masukkan garam. Kacau dan biarkan mendidih seketika. Matikan api.
5. Celur mi dalam air panas. Toskan.
6. Masukkan mi dalam mangkuk. Tuangkan kuah dan ketam. Hiaskan dengan bawang goreng dan hirisan cili.
BAHAN TUMBUK
6 biji cili padi
2 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
4 sudu kecil lada hitam
BAHAN LAIN
Minyak masak untuk menumis
100 gram sotong
100 gram udang
Setengah cawan air
3 sudu besar sos tiram
Kicap manis secukupnya
1 biji tomato (potong kiub)
200 gram mi kuning
Garam dan gula jika perlu
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk.
2. Masukkan sotong dan udang. Masukkan air dan biarkan mendidih.
3. Masukkan sos tiram dan kicap manis.
4. Masukkan sayur dan mi. Gaul sebati.
5. Boleh tambah garam dan gula jika suka. Biar seketika dan matikan api.
BAHAN TUMBUK
2 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
BAHAN LAIN
Minyak masak untuk menumis
100 gram sotong
100 gram jejari udang
3 sudu besar pes tomyam
Tomato ceri secukupnya
1/2 batang lobak merah (potong kecil)
Air secukupnya
Garam secukup rasa
100 gram yee mee
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk.
2. Masukkan sotong, jejari ketam dan pes tomyam.
3. Masukkan sayur dan masak selama 2 minit.
4. Masukkan air dan garam. Kacau seketika.
5. Masukkan yee mee dan goreng sehingga yee mee lembut.
6. Sedia dihidang.
BAHAN HIRIS
4 biji cili padi
4 helai daun kobis
1 biji lobak merah
2 pokok daun ketumbar
1 biji bawang holland
2 biji tomato
BAHAN LAIN
Air untuk mencelur
4 ekor sotong (potong bulat)
4 ekor udang besar
4 batang jejari ketam
2 peket Maggi perasa tomyam
1 biji limau nipis (perah jusnya)
2 sudu besar kicap sotong
Gula secukupnya
CARA MEMASAK
1. Didihkan air secukupnya ke dalam periuk.
2. Masukkan sotong, udang dan jejari ketam. Celur sebentar dan toskan.
3. Kemudian masukkan Maggi ke dalam air rebusan tadi. Celur sehingga lembut. Angkat, toskan dan masuk ke dalam mangkuk.
4. Gaul Maggi bersama sotong dan udang, bahan hiris dan perencah Maggi. Perasakan dengan jus limau, kicap sotong, dan gula secukupnya. Gaul sebati.
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sedapnya Ayam Kam Heong ni. Kalau makan di restoran, mahal juga. Tak puas makan. Jadi hari ni RASA nak kongsi resipi perkongsian dari Dani Shoppe’s yang anda boleh try masak di rumah. Selain ayam, menu ni juga boleh menggunakan udang atau lala. Hmmm…bestnya! Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MASAK AYAM KAM HEONG SEDAP
BAHAN A:
BAHAN B:
CARA MEMASAK:
1. Buang tulang ayam bahagian paha, hiris isinya jadi ketulan kecil.
2. Perap ayam bersama sedikit garam dan serbuk kunyit.
3. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam separuh masak. Ketepikan.
4. Untuk menyediakan sos, ambil 3-4 sudu makan minyak gorengan ayam dan masukkan dalam kuali.
5. Tumis bawang merah, bawang putih, cili padi, daun kari, halia dan udang kering sampai naik bau dan sedikit keperangan.
6. Masukkan serbuk kari dan sedikit sahaja air. Kacau sebati.
7. Kemudian masukkan sos tiram dan kicap manis. Nak tambah kicap pekat pun boleh.
8. Jika suka, boleh tambahkan 1 sudu makan sos cili. Kacau sebati. Kalau sos kering sangat, tambah 2-3 sudu makan air.
9. Seterusnya masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Kacau rata.
10. Rasa sos. Jika kurang rasa baru tambahkan garam dan sedikit gula.
11. Kacau sekata sehingga ayam cukup masak dan sempurna rasa masin, manis dan pedas.
Hidangan laksa ini memang terkenal di negeri belah Utara namun kini ia sudah menjadi makanan kegemaran orang dari negeri lain juga.
Malah bila ada rumah terbuka ketika bulan Syawal ini memang ramai yang akan menghidangkan menu ini.
Tapi nak rasa laksa terbaik tak semestinya kena pergi ke Utara, kita pun boleh buat sendiri asalkan tahu caranya. Laksa ni yang paling penting adalah kuahnya, dikongsi oleh Pnut Syafinaz ini adalah tip membuat kuah laksa yang sedap. Katanya resipi kuah ini adalah dari dari Tok Lela peniaga laksa yang ‘power’ lagi terkenal.
Nak dapat kuah laksa yang sedap guna ikan dua jenis ikan. Biasanya ikan pelaling dan ikan sardin atau ikan selayang. Kuantitinya, kalau guna satu kilo ikan pelaling, campur dengan setengah kilo ikan sardin. Kalau nak buat kuantiti sedikit, 10-12 ekor ikan pelaling, tambah dengan 5 ekor ikan sardin.
Kalau ikut petua Tok Lela, ikan direbus sekejap asal mendidih kemudian tutup api. Alasan tak boleh rebus lama supaya manis ikan tak hilang.
Sejukkan dan asingkan tulang dengan isi. Isi ikan tadi ditumbuk kasar, sementara tulang ikan dengan kepala pula kisar bersama air rebusan tulang ikan tadi. Dah kisar, tapis kemudian kisar lagi, dan tapis sekali lagi.
2. Bawang
Laksa utara kena guna bawang besar India warna ungu. Bukan bawang Holand yang warna kuning. Siapa buat laksa guna bawang holand, ‘derhaka besar’. Bawang kena guna banyak, kalau segenggam cili, bawang besar 5-6 biji (yang saiz besar).
3. Belacan
Biasanya orang Kedah pakai belacan Tanjung Dawai. Tak pernah pakai belacan lain. Sila cari atau kirim bila kawan balik Kedah.
4. Kuah laksa
Tok Lela rebus kuah laksa 2-3 jam sebelum keluar berniaga.Ini tip paling power. Alasannya kuah dah ‘mesra’. Cukup rasanya dengan aroma kantan, kesum, asam garamnya. Air biar lebih sikit, kemudian didihkan sampai pekat.
5. Asam keping (asam gelugor)
Cari asam keping dari buah asam gelugor tua. Kalau buah muda dikeringkan masamnya kurang, kalau guna yang tua elok sedap masamnya. Ni biasa dibeli kat makcik-makcik jual sayur kampung kat pasar tani di Kedah.
Jangan letak terlalu banyak, kuah laksa ni elok dirasa selepas setengah jam atau sejam lepas didihkan. Masa ini boleh agak masamnya dah cukup atau kurang, kalau baru 10-20 minit renih kuah laksa dah rasa, asamnya tak sempat kembang.
Lepas dah rasa elok masam, boleh kaut asam keping dan buang sikit takut lagi lama, lagi masam.