Bagi yang tercari-cari sajian minum petang yang paling ringkas, ha…ini dia jawapannya. Cucur Ketam Bercili! Hanya guna crabstick dan beberapa bahan lain. Adun dan goreng. Fuhhh…memang sedap! Layan habis. Jom cuba!
BAHAN-BAHAN:
- 400gm tepung naik sendiri
- 150ml air
- 100gm filemen ketam @ crabstick |dihancurkan
- 3 tangkai kucai|dipotong kecil
- 1 biji cili merah|dicincang halus
- 1 biji bawang besar|dimayang halus
- 1 biji telur
- 5gm soda bikarbonat
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Satukan semua bahan cucur di dalam mangkuk besar dan kacau rata. Jika adunan terlalu lembik tambah sedikit tepung dan jika terlalu kental tambah sedikit air.
- Biarkan adunan cucur selama 10 hingga 15 minit.
- Panaskan minyak yang banyak. Sudukan sesudu besar bancuhan cucur dan goreng hingga keperangan. Toskan.
- Hidangkan bersama sos pilihan.
Info Chef: Pastikan anda tidak membancuh terlalu banyak air untuk bancuhan cucur kerana ia akan menjadi tidak kenyal.