Cucur kulat sisir. Ada yang suka makan kulat sisir atau cendawan kukur ni? Selain masak lemak, sayur campur, masak sambal hijau dan lauk pauk lain, pernah cuba masak cekodok atau cucur kulat sisir?
Sedap rupanya cucur/cekodok kulat sisir ni. Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Miswati Mohmad Sahatau Kak Chik ini. Senang sangat tapi sedap dan boleh dikira resipi rare jugak ni. Selamat mencuba!
Cucur Kulat Sisir
Bahan-bahan:
1 genggam kulat sisir
Ikan bilis (optional – kak Chik letak sebab bagi rasa lemak-lemak)
Sedikit lobak merah (potong dadu kecil-kecil. Ikut lah nak banyak mana)
Rendam dulu kulat sisir kering. Kalau guna yang segar tak payah rendam Ini kerana guna yang dah dijemur dan dikeringkan supaya tahan lama. Bila nak guna, basuh dan toskan je.
Rendam hingga kembang. Kemudian toskan.
Satukan semua bahan untuk buat cekodok. Bagi air. Buat cair-cair sikit tapi jangan cair sangat, Agak-agaklah ye.
Ads
Panaskan minyak dalam kuali. Lepas itu, ceduk sedikit dan goreng dalam minyak yang panas. Setelah ia bertukar kekuningan, bermakna dah masak. Angkat dan toskan. Ulangi langkah hingga selesai.
Cucur roti berlauk merupakan alternatif kreatif untuk memanfaatkan lebihan roti yang ada di rumah. Dipadankan dengan inti lauk pilihan seperti sardin, ayam cincang atau sayur, cucur ini bukan sahaja lazat tetapi juga mudah disediakan. Ikuti langkah-langkah mudah dalam resipi ini untuk hasil yang rangup dan berperisa
CUCUR ROTI BERLAUK
BAHAN-BAHAN:
5 keping roti – dicarik-carik
I biji bawang besar – potong dadu
1 biji cili merah – hiris
1 tangkai Daun ketumbar – hiris
1 tangkai Daun kucai – hiris
½ biji lobak merah – dihiris
100g isi ayam cincang – digoreng
½ cawan tepung gandum
½ cawan tepung beras
Garam dan serbuk perasa
1 sudu kecil serbuk kunyit
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng
Cara penyediaan boleh tonton di video. Selamat mencuba!
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Potato Fritters atau CucurKentang ni memang sangat mudah dan sedap. Hanya guna beberapa bahan mudah, anda boleh hasilkan snek yang enak dan untuk anak-anak dan suami tercinta. Ada pelbagai jenis resipi fritters atau cucur yang boleh dicuba namun resipi perkongsian saudari Nurul Natasya Tasya ni antara yang terbaik yang boleh dihasilkan. Cubalah. Pasti puas hati.
1. Satukan semua bahan dalam bekas bersesuaian. Gaul rata.
2. Biarkan adunan selama 5 minit dan gaul sekali lagi hingga sebati dan adunan menjadi basah. Adunan tidak perlu ditambah air kerana air dari ubi kentang akan keluar.
3. Panaskan minyak dan goreng adunan mengikut saiz dan ketebalan yang disukai.
4. Angkat, toskan minyak dan sedia untuk dinikmati.
Dumpling ayam resipi mudah untuk disediakan. Bahan paling penting untuk membuatnya kamu perlu membeli kulit dumplingnya selain itu bahan lain sangat mudah didapati. Kamu boleh berjimat daripada membeli yang telah siap. Ikuti langkah demi langkah yang disediakan untuk mendapat hidangan yang betul dan lazat ini. Sesuai untuk dinikmati ketika minum petang, selamat mencuba!
RESIPI DUMPLING AYAM HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
Kulit dumpling rm 1.99/ 50keping | yang ni beli dekat giant je
Isi ayam | dikisar (kalau guna ayam kisar ramly macam kurang sikit sebab dia terlalu halus)
Bawang besar | dicincang
Lobak/ carrot | dicincang
Lada benggala dan lada hijau | di cincang..klau nak pedas letak la lada sutir..
*sukatan ikut pada citarasa masing-masing
CARA MEMASAK:
Semua di campur sekali dan letak secukup rasa sesudu besar..jgn bnyk takut nnt masin terus out rasa dia..
Bila dah gaul jd camni…
Letak la secopot dekat kulit tu..mcm bt kipap..pastu letak tepung bancuh sikit tuk bg dia lekat…
Pastu kapit mcm bt kipap..goreng jgn api besar nnt takut ayam dalam x msk..
selamat mencuba chuollsss..
Yg ni dumpling ayam yg dah di goreng..cicah dgn sos thai..
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.