Cucur menjadi hidangan sama ada pagi mahupun petang. Tidak kira cucur apa pun, jika dimakan panas-panas boleh licin sepinggan. Dah la mudah dibuat. Goreng banyak boleh bawa ke pejabat.Gerenti kenyang sampai tengah hari.
1. Bersihkan ubi kentang dan buang kulit lalu direbus sehingga masak tapi tak terlalu empuk. Dah masak, lecek ubi kentang hingga halus. 2. Panaskan kuali, letak 2 sudu minyak masak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi dan masukkan rempah kurma/sup. Kacau-kacau. 3. Masukkan daging cincang/kisar dan lada hitam, kacau sebati sehingga masak dan masukkan secukup rasa/garam.
4. Masukkan adunan daging dalam adunan ubi kentang yang telah kita lecek dan masukkan semua bahan campur. Kacau sebati dan kalau rasa tawar, masukkan garam sikit lagi. 5. Potong tauhu (gambar) dan sumbat sedikit bergedil dalam tauhu tadi. Buat sampai habis.
6. Pukul telur dalam satu bekas. Sambil-sambil tu, panaskan minyak dalam kuali. Lagi bagus guna periuk kecik sahaja sebab nanti minyak yang akan digunakan biar terendam tauhu tadi. 7. Celup tauhu bergedil dalam telur dan masukkan dalam minyak panas tadi. Goreng biar warna keemasan.
Sedapnya PotatoSmiles ni. Jika dibandingkan dengan nuget sejukbeku, lebih baik anda sediakan Potato Smiles untuk anak-anak sempena musim cuti sekolah ni. Ia hanya menggunakan bahan-bahan mudah dan ternyata memang sedap. Bolehlah anak-anak makan tanpa was-was. Mak pun rasa senang hati. Jom cuba resipi perkongsian saudari Ayza Nur.
RESIPI POTATO SMILES HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
4 biji ubi kentang
4 sudu makan tepung gandum
4 sudu makan tepung jagung
4 sudu makan serbuk roti
1 kiub pati ayam
Garam
CARA MEMASAK: 1. Rebus kentang bersama kiub pati ayam hingga empuk. 2. Kemudian lenyek kentang hingga sebati. Campurkan tepung gandum,tepung jagung & serbuk roti. 3. Perasakan dengan garamdan uli hingga menjadi doh. Jika adunan lembik, tambah sedikit tepung jagung.
4. Canai adunan(jangan terlalu tebal) & tekap menjadi bentuk bulat. 5. Lubangkan mata guna straw dan buatkan mulut guna hujung sudu.
6. Goreng dalam minyak yang sederhana panas. Sedap dimakan panas-panas & dicicah dengan sos serta mayones.
Sesekali buat coklathomemade untuk anak-anak pasti menyeronokkan. Malah kalau ada majlis hari jadi atau nak dijadikan hadiah, sesuai sangat buat Bubble Rice Choco Bar ni. Sangat mudah dan paling penting ia lebih sedap, bersih dan jimat. Jom cuba resipi perkongsian saudari Nenie Suehoney ni. Memang terbaik!
Bubble rice secukupnya – boleh digantikan dengan kismis/kekacang
CARA MEMASAK:
1. Bakar bubble rice dalam ketuhar pada suhu 120C selama lebih kurang 10 minit hingga rangup. Angkat dan ketepikan.
2. Cairkan coklat dengan kaedah double-boil. Kemudian masukkan minyak masak dan kacau hingga sebati.
3. Ambil acuan bersesuaian dan masukkan sedikit coklat didalamnya.
4. Kemudian tabur bubble rice. Jangan tekan. Tabur sahaja.
5. Tuang lagi coklat ke atas bubble rice tapi hingga menutupi seluruh permukaan. Hentak-hentak sedikit acuan untuk ratakan coklat.
6. Sebelum tuang coklat, pastikan suhunya suam-suam kuku bagi mengelakkan bubble rice menjadi lemau.
7. Letak acuan coklat dalam peti sejuk di bahagian chiller seketika.
8. Bila coklat mengeras, bolehlah dikeluarkan dari acuan dan sedia untuk dinikmati.
INFO: Empunya resipi letak sedikit minyak dalam adunan coklat supaya apabila beku, coklat bar tadi jadi tidak terlalu keras dan rasa sedap macam coklat yang dibeli di kedai.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.