Cucur manis stick atau jejari ni memang rangup di luar , lembut di dalam. Selalu buat bulat-bulat tapi kalau rajin sikit buat lah bentuk stick atau jejari macam ini. Cicah pulak dengan nutella , memang sedap
“Kalau sesiapa nak buat tips nya perlu guna air panas yang baru mendidih , jangan guna air panas dari flask. Kalau air flask memang adunan akan lembik sebabnya air panas dari flask tak betul betul panas panas dan tepung tak akan masak/mudah berketul.
Jadi memang tak boleh nak bentuk jika adunan lembik. Dan gunakan cawan yg sama utk ukur tepung dan air,” tu pesan Nuhaz Kitchen kalau nak buat cucur stick ni.
Resepi ni dapat tak banyak. Kalau nak banyak gandakan adunan.
Ads
CUCUR MANIS STICK
BAHAN-BAHAN : • 1 cawan tepung gandum • 1 cawan air panas (yg baru mendidih) • 1 sb gula • secubit garam
Isi ayam kampung memang lebih pejal daripada ayam biasa atau ayam ternakan biasa. Ia tak mudah hancur dan sesuai dibuat rendang dan gulai. Masaknya memang agak lama sikit berbanding ayam biasa.
Tapi sebenarnya ada petua bagaimana nak memasak ayam kampung agar isi nya lebih empuk dimakan. Jom ikut 4 petua ni…
1. GUNAKAN NENAS
Selain daging kambing, nenas juga boleh digunakan untuk mengempukkan isi atau daging ayam kampung. Cara penggunaannya adalah dengan menghancurkan nenas dan lumurkan rata-rata atas daging ayam yang sudah dibersihkan, kemudian lalukan di bawah air mengalir.
Cara lain adalah rendamkan ayam kampung ke dalam jus nenas untuk beberapa minit. Jangan rendam terlalu lama, sebab nanti daging ayam kampung akan mudah berkecai dan mudah hancur bila masak. Kemudian cuci bawah air yang mengalir sampai bersih.
Tetapi ada juga kekurangan menggunakan cara ini kerana masakan tu mesti terasa sedikit rasa nenas pada ayam.
2. GUNAKAN DAUN BETIK
Penyelesaian lain untuk mengempukkan daging ayam kampung adalah dengan menggunakan aun betik. Kalau anda menggunakan cara ini, rasa daun betik tidak meresap ke dalam ayam. Cara penggunaannya sama dengan nenas. Baik nenas atau daun betik keduanya boleh membantu proses mengempukkan daging ayam kampung.Cara penggunaannya sama dengan nenas. Hancurkan daun betik dan lumur rata-rata atas ayam. Bilas bersih
3. HALIA DAN GARAM
Ambil sedikit halia dan tumbuk. Kemudian campurkan dengan sedikit garam. Perapkan ayam kampung yang ingin dimasak dengan campuran halia dan garam tersebut. Tak perlu perap lama sangat, setengah jam pun dah cukup. Selepas itu bilas dengan air dan masak seperti biasa.
4. AIR KELAPA
Ada juga orang tua-tua berpesan untuk mendapatkan ayam kampung yang rasanya manis dan daging cepat empuk, anda perlu masak dulu ayam kampung dengan air kelapa. Rebuskan sehingga ayam lembut selepas itu toskan airnya. Setelah itu bolehlah dimasak gulai ayam kampung kegemaran anda.
Okay ini resipi ayam kampung yang sedapnya hingga menjilat lari :
AYAM KAMPUNG KAPITAN
BAHAN-BAHAN :
6 keping dada ayam kampung | dicuci bersih
3 senduk minyak masak
1 biji bawang besar | dicincang
2.5 sm halia | dicincang
2.5 batang serai | dicincang
1 tangkai daun bawang | dihiris halus
5 tangkai daun kari
5 tangkai cili kering
1 senduk serbuk kari daging | campurkan sedikit air jadikan pes
1/2 senduk pes cili kering
5 sudu makan kicap mi
5 sudu makan sos tomato
CARA MEMASAK :
Panaskan minyak masak dan goreng dada ayam dengan api sederhana sehingga separuh masak.
Masukkan pes kari daging dan digaul rata kemudian masukkan cili kering kisar, kicap dan sos tomato.
Sentiasa gaul supaya tidak hangit ketika ini api mesti perlahan. Perasakan dengan gula dan garam.
Masukkan cili kering (sebiji-biji), bahan yang di cincang dan daun bawang, kacau selalu.
Akhir sekali masukkan daun kari dan dikacau rata.
Biarkan ayam dimasak lama dengan api perlahan agar rempah dapat meresap dan sebati dengan isi ayam.
Selalu kan bila kita goreng ikan masin, bila keluar dari kuali kepalanya tertanggal. Isinya juga mudah hancur. Sudahnya ikan masin goreng tu tak molek rupanya bila dihidang atas pinggan.
Ada teknik dan petuanya kalau nak hasil ikan goreng masin nampak sempurna. Ni min kongsikan petua turun temurun yang diamalkan oleh Norlaili Hashim dari Pekan, Pahang ini. Senang aje petuanya.
PETUA 1 :
BAHAN-BAHAN :
Ikan gelama masin Tepung gandum
Langkah petuanya ; 1. Bersihkan ikan dan buang siripnya
2. Ambil satu sudu tepung dan letakkan pada ekor ikan masin.
3. Ratakan sapuan pada ekor
4. Kemudian barulah panaskan minyak dan goreng ikan masin hingga garing.
PETUA 2 :
BAHAN-BAHAN :
Ikan masin
Langkah petuanya : 1. Setelah dibuang siripnya basuh ikan masin pada air mengalir.
2. Usah merendam ikan masin. Cara ini akan membuatkan ikan masin jadi lembut dan apabila digoreng akan hancur.
Senang kan, jom ikut petua ini.
Sumber : Norlaili Hashim
ANDA SEDANG MENCARI AIR FRYER TERBAIK, JOM LAYARINYA DI SINI.
Mudahnya buat fishball homemade ni. Letak dalam sup sayur atau apa-apa hidangan, memang boleh menaikkan selera. Nak buat pun sangat mudah dan tanpa guna tepung. 100% isi ikan. Sesuai sangat buat untuk kegunaan keluarga tercinta. Jom cuba resipi perkongsian saudari Bahiah Saripuddin ni. Pasti puas hati.
CARA BUAT FISHBALL HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
2 keping ikan tongkol – dibuang tulang dan ambil isi sahaja
1 sudu teh lada hitam kasar
1 biji bawang merah saiz sederhana
1/2 sudu teh gula
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
1. Tumbuk lada hitam hingga halus.
2. Masukkan bawang merah. Tumbuk lumat.
3. Seterusnya tambahkan isi ikan yang telah dibuang tulang dan tumbuk lagi hingga lumat.
4. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
5. Gaul isi ikan tadi sehingga adunan boleh digentel.
6. Cubit adunan dan bulat-bulatkan mengikut saiz yang digemari.
7. Panaskan air dan rebus bebola hingga mendidih.
8. Toskan bebola tadi dan sedia untuk dimasukkan ke dalam sup atau apa-apa sajian kegemaran.