Ada lebihan nasi, daripada dibiarkan dan membazir, apa kata kita ubah menjadi cucur nasi pedas. Garing di luar, lembut di dalam. Bahan untuk membuatnya pun mudah sahaja.
Sedap dinikmati ketika sarapan atau minum petang. Buat idea menu berbuka puasa pun menarik juga. Menariknya, cucur nasi pedas ini tetap akan lembut walau telah lama digoreng.
Jom ikuti perkongsian Rossita Omar atau dikenali sebagai Tokma untuk menghasilkan Cucur Nasi Pedas yang elok bulatnya serta sedap ini.
BAHAN-BAHAN:
Nasi sejuk*
Air panas*
Garam (secukup rasa)*
Bawang merah (dihiris)
Ads
Cili api (dihiris)
Ikan bilis (digunting kecil-kecil)
Tepung gandum
Air
Minyak (untuk menggoreng)
CARA MEMASAK:
Kisarkan bahan bertanda * hingga lumat.
Kemudian, campurkan hirisan bawang merah, cili api dan ikan bilis yang telah digunting kecil.
Gaul rata kesemuanya.
Setelah itu, masukkan tepung gandum secukupnya dan gaul hingga rata.
Adunan perlu pekat sedikit seperti di dalam gambar. Jika kurang tepung, adunan akan berderai ketika digoreng nanti.
Ads
Panaskan minyak dan bolehlah menggoreng sehingga kuning keemasan. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
NOTA: Cucur ini akan rasa garing di luar, lembut di dalam. Ianya akan tetap lembut walau dah digoreng lama.
Jika nak tambahkan sayur-sayuran pun boleh untuk lebih sedap. Atau letakkan kiub pati ikan bilis atau pati kiub ayam pun lagi sedap. Boleh dipelbagaikan rasanya.
Untuk menggoreng, kerap basahkan tangan dan jemput adunan dengan jari dan perlahan-lahan masukkan ke dalam kuali. Cara ini akan mendapat cucur yang comel saiznya dan bulat bentuknya. Tapi, berhati-hati jangan tercelup jari ke dalam minyak panas pula.
Bebola ayamhomemade ni memang mudah nak dihasilkan. Biasanya kalau ada isi dada ayam, mak-mak tak suka masak. Kali ni pasti berbeza. Buat sahaja Bebola Ayam ni. Hanya dengan menggunakan beberapa bahan ringkas dan mudah, anda boleh hasilkan hidangan enak ini buat keluarga. Jom cuba resipi perkongsian saudari Mummy Chomey. Pasti puas hati.
1. Masukkan isi ayam, garam, lada sulah dan teung jagung ke dalam pengisar. Kisar hingga lumat.
2. Keluarkan bahan kisar dan letak dalam mangkuk. Jika suka, boleh tambah bahan-bahan lain seperti lobak merah dan daun sup@ ketumbar. Boleh juga digantikan dengan daun bawang dan apa-apa sayuran kegemaran.
3. Ambil doh dan bulat-bulatkan.
4. Didihkan air dan rebus bebola hingga terapung.
5. Angkat dan toskan airnya. Bebola Ayam homemade boleh digoreng atau dinikmati mengikut citarasa anda.
Selalu kita makan kerepek ikan. Kemudian macam-macam kerepek lagi muncul misalnya nangka dan peria. Kali ini RASA ingin tampilkan resipi kerepek labu pula. Nampak macam sedap.
KEREPEK LABU RANGUP LEMAK MANIS
BAHAN-BAHAN
1 biji labu
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT
1. Potong labu kecil-kecil.
2. Buang kulit labu. Jangan kupas terlalu tebal. Sagat nipis-nipis.
3. Basuh di bawah aliran air. Tidak perlu rendam dalam air garam.
4. Keringkan atau jemur di bawah cahaya matahari untuk keringkan.
5. Panaskan minyak masak. Goreng dengan api yang sederhana.
6. Sejukkan dulu kerepek sebelum masukkan dalam balang.
Jika menonton tv, memang sedap jika ada kudap-kudapan seperti Kacang Goreng Crispy ni. Mudah sahaja kalau nak hasilkannya. Hanya menggunakan tiga bahan mudah, snek ringan ini boleh anda hasilkan dengan kos yang sangat murah. Tak perlu beli lagi. Jom cuba resipi perkongsian saudari Zita Samat ni. Pasti puas hati.
CARA BUAT KACANG GORENG CRISPY SPICY GUNA 3 BAHAN
BAHAN-BAHAN:
Kacang tanah – basuh dan keringkan terlebih dahulu
1 biji telur
Tepung goreng ayam serbaguna perisa pedas
CARA MEMASAK: 1. Gaul kacang yang telah dikeringkan dengan telur sehingga rata.
2. Kemudian masukkan tepung gorengan serbaguna sedikit demi sedikit. Gaul rata dan pastikan kacang disalut dengan sempurna.
3. Panaskan minyak masak dengan banyak di dalam kuali. Masukkan kacang dan goreng guna api sederhana hingga masak sekata dan tidak hangus.
4. Angkat kacang dan toskan minyaknya. Biarkan kacang sejuk terlebih dahulu sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.
NOTA: Jika suka rasa kacang goreng yang sedikit manis, boleh tambah sedikit gula. Empunya resipi tidak letak gula atau garam kerana tepung memang sedia masin dan enak.