
Cucur nasi pedas ini boleh jadi idea untuk mengolah lebihan nasi selain daripada digoreng. Asyik buat nasi goreng saja pun bosan juga kan.
Hidangan ini bukan saja sedap tapi mengenyangkan. Boleh dijadikan menu sarapan dan sesuai juga untuk minum petang.
Resipi cucur nasi pedas

Bahan-bahan cucur nasi
Nasi sejuk
Tepung gandum
Air panas
Garam
Bahan dihiris
Bawang merah
Cili padi
Ikan bilis

Cara membuat
1. Satukan nasi sejuk, garam dan sedikit air panas dalam mesin pengisar. Kisar lumat.
2. Tuang nasi dikisar dalam bekas dan campur dengan bahan dihiris. Gaul rata.
3. Masukkan tepung gandum secukupnya, lalu gaul rata. Adunan sedikit pekat seperti dalam gambar di bawah.

4. Panaskan minyak, sudukan ke dalam minyak dan goreng hingga keperangan. Angkat dan tos.
Cucur ini garing di luar dan lembut di dalam dan akan tetap lembut walau sudah sejuk.

INFO
- Boleh juga tambah dengan sayur seperti lobak daun bawang jika suka
- Boleh juga gunakan pati ikan bilis atau pati ayam untuk lebih sedap.
Tip dapatkan cucur yang bulat elok
Basahkan tangan dan jemput adunan dengan jari dan perlahan-lahan masukkan dalam kuali. Basahkan setiap kali ingin menjemput adunan.
Kredit resipi & foto: Rossita Omar
Baca: Cucur Kentang 3 Bahan, Mudah & Sedap Untuk Makan Petang
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sajian Arab Terbaik,Taklah Susah Sangat Membuatnya

Menu Arab atau Timur Tengah memang popular di kalangan rakyat Malaysia. Tengok aje dah kecur. Aromanya pun bukan main menusuk hidung. Padan ler restoran Arab cukup laku keras kat Malaysia ni.

Ni min kongsi lima resipi lagisajian Arab dari Chef Suhaili Mohd Nor, orang lama dalam bidang masakan. Jom cuba buat…
1. FALAFEL

BAHAN-BAHAN :
- 300 gm kacang kuda | direbus dan dikisar
- 1 besar bawang merah | dicincang
- 2 ulas bawang putih | dicincang
- 1 sudu teh ketumbar
- 1 sudu teh teh jintan manis
- 1 sudu makan tahini *ada dijual di kedai runcit Arab
- 2 sudu makan tepung gandum
- Garam secukupnya
- Lada hitam secukupnya
- Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAKNYA :
1. Masukkan kesemua bahan-bahan di atas ke dalam satu adunan kecuali minyak. Adun sehingga sebati.
2 .Kemudian bentukkan menjadi bebola sehingga habiskan adunan.
3. Panaskan kuali serta minyak untuk menggoreng. Gorengkan sehingga nampak warna nya bertukar menjadi keperangan dan masak.
4. Angkat dan toskan. Boleh dihidangkan bersama roti pita dan yogurt.
Saiz hidangan : 4-5 orang
Waktu memasak : 25 minit
Cara memasak : Goreng
Jenis masakan : Ala pengedil kekacang
Keistimewaan : Rasa kacang kuda berempah
Anggaran kos :RM 10
Info Chef : Sedap dijadikan inti roti pita dan dimakan bersama yogut.
2. HUMMUS

BAHAN-BAHANNYA :
- 450 gm kacang kuda
- 1 ulas bawang putih.
- 1 biji jus lemon.
- 1 sudu teh jintan putih.
- 3 sudu makan tahini.
- 3 sudu makan minyak zaitun.
- 1 sudu teh garam.
Bahan hiasan :
- 1 sudu teh serbuk paprika
- Sedikit herba dill
- 1 sudu teh minyak zaitun.
CARA MEMASAKNYA:
1. Rebus kacang kuda sehingga masak. Perlu menggunakan kacang kuda yang kering dan direbuskan sehingga empuk.
2. Kemudian kisar kacang kuda bersama, bawang putih, jintan putih.
3. Setelah dikisar perahkan jus lemon.
4. Campurkan tahini, minyak zaitun dan garam secukup rasa.
5. Akhir sekali hidangkan hummus dan hiaskan dengan serbuk paprika, dill dan minyak zaitun.
6. Boleh dimakan bersama roti arab.
Saiz hidangan : 4-5 orang
Waktu memasak : 25 minit
Cara memasak : Rebus
Jenis masakan : Sajian Arab
Keistimewaan : Boleh menjadi inti sandwic (roti Arab) atau dimakan begitu sahaja
Anggaran kos :RM 8
Info chef : Tahini adalah pes yang dibuat dari serbuk bijan . Ia adalah bahan utama dalam masakan hummus
3. COUSCOUS SAYUR

BAHAN-BAHAN :
- 350 gm cous cous
- 1 biji bawang holland | dicincang
- 3 ulas bawang putih
- 1 batang terung | dipotong dadu
- 1 tin kacang pis
- 1 sudu makan minyak zaitun untuk menumis
- 1 biji tomato | dipotong dadu
- 1 tangkai herba segar thymes
- 1/2 mangkuk air
- Garam secukup rasa
- 300 gm keju Mozarella | parutan.
CARA MEMASAKNYA :
1. Tumis bawang holland dan bawang putih dengan minyak zaitun sehingga naik bau.
2. Kemudian, masukkan terung, tomato dan herba thymes.
3. Kemudian masukkan couscous dan air.
4. Biarkan couscous mengembang sedikit dan masukkan garam secukup rasa
5. Akhir sekali masukkan kacang pis dan biar ia masak sebentar.
6. Masukkan dalam bekas aluminium foil masukkan kuskus dan tabur keju mozarella
7. Bakar sebentar sehingga nampak keperang-perangan.
Saiz hidangan : 4-5 orang
Waktu memasak : 25 minit
Cara memasak : Rebus
Jenis masakan : Sajian Arab
Keistimewaan : Boleh menjadi inti sandwic (roti Arab) atau dimakan begitu sahaja
Anggaran kos :RM 8
Info Chef : Couscous banyak digunakan dalam masakan Timur Tengah dan Mediterranean. Ia sebenarnya pasta yang dibuat dalam butiran halus
4.SAMBOOSA

BAHAN-BAHAN :
Bahan-bahan Inti:
- 500 gm daging kisar
- 1 sudu teh jintan manis
- 1 sudu teh jintan putih
- 1 sudu teh serbuk ketumbar
- 1 sudu teh serbuk cili
- 1 biji bawang holland | dipotong dadu kecil
- 1 ulas bawang putih dicincang
- 2 tangkai daun pudina
- 2 tangkai daun ketumbar
- 1 tangkai daun parsli
- Garam secukup rasa
- 1 sudu makan minyak untuk menumis
Beberapa kulit popiah
1 mangkuk minyak untuk menggoreng
Bahan membuat gam :
- 2 sudu makan air
- 4 sudu makan tepung gandum
CARA MEMASAKNYA:
1.Goreng bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau.
2.Kemudian masukkan daging, jintan manis, jintan putih, serbuk ketumbar, serbuk cili, daun pudina, ketumbar, daun parsli dan garam.
3.Gorengkan sehingga air daging kering.
4.Kemudian sejukkan sebentar.
5.Keluarkan sehelai kulit popiah. Masukkan inti ke dalam dan lipat 3 segi.
6.Gamkan lipatan dengan campuran air dan tepung supaya inti tidak terkeluar.
7.Goreng samboosa dengan minyak banyak dengan api yang kecil. Kemudian terbalikkan dan biarkan ia masak.
Saiz hidangan : 5 orang
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : Tumis dan goreng minyak penuh
Jenis masakan : Kuih, kudapan
Keistimewaan : Inti daging lazat dengan kulit samboosa yang rangup
Anggaran kos :RM 25
5. MANAKKISH

BAHAN-BAHANNYA :
- 1 keping roti pizza
- 10 gm zaitun hitam | dicincang halus
- 10 gm bijan
- 1/2 biji cili benggala hijau dan merah | dihiris hiris
- 1 biji tomato | dipotong bulat
- 3 sudu makan minyak zaitun
- 1 sudu teh garam
CARA MEMASAK :
1. Campurkan minyak zaitun, zaitun hitam yang telah dicincang tadi ke dalam mangkuk adunan.
2. Kemudian lenserkan minyak zaitun ke atas roti pizza dan taburkan kesemua bahan campuran tadi ke atas roti pizza tadi.
3. Akhir sekali hiaskan dengan cili benggala dan tomato di atas inti yang telah ditabur ke atas roti pizza tadi.
4. Bakar selama 15 minit dengan suhu 180 c.
Saiz hidangan : 5 orang
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Sajian Arab untuk sarapan dan minum petang
Keistimewaan : Gabungan zaitun dan bijan yang enak
Anggaran kos :RM 15
Info Chef : Sesuai untuk mereka yang gemarkan ‘topping’ bukan daging. Sajian berkhasiat tanpa lemak atau rendah lemak.
Apam Milo Empat Bahan, Menu Ringkas Untuk Berbuka

Nak apam yang mudah dan ringkas dibuat. Apam Milo ni pasti menepati citarasa anda. Masa PKP ni eloklah kita berjimat cermat, buat kuih muih yang ringkas aje.
Guna bahan ringkas aje, sukan cawan lagi senang. Jom cuba buat apam Milo empat bahan ini . Ada dua versi adunan ni boleh pilih mana satu, bagi yang tak suka manis boleh aje kurangkan sukatan gula tu.
APAM MILO
(Satu adunan)

BAHAN-BAHAN :
1/2 cawan Milo
1 cawan tepung gandum
6 sudu kecil gula (ikut kemanisan masing²)saya x suka manis
3 biji telur
ATAU BOLEH AJE IKUT RESIPI INI :
APAM MILO
(untuk keluarga besar sikit ).

BAHAN-BAHAN :
6 biji telur
2 cawan tepung gandum
2 cawan gula pasir
1/2 cawan milo
CARA MEMASAK:
1. Pukul telur +gula sampai berbuih/putih/kembang jangan derhaka nanti apam tak naik (guna blender aje)
2. Masuk tepung gandum,blander lagi sampai sebati ( rasa blander dah menjerit tu mohon stop kacau je guna senduk)
3. Adunan tadi bahagi kepada dua bekas ,satu bekas biar kosong atau boleh buh pewarna lain, dan 1 bekas lagi buh milo n kacau2 smpai sebati
4. Tuang selang seli dalam loyang kalau nak nampak menarik ,lorek la guna lidi ke garfu ke untuk nampak berbunga2

5. Kukus 20 minit ( air kukusan mesti dah mendidih dulu)
Siapppp 😍
Adunan nie dapat dua loyang kecil.
Kredit: Fatihatul Hakimah
ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :
ATAU MUNGKIN JUGA RESIPI INI :
Resipi Bahulu Homemade Paling Mudah, Guna 4 Bahan Je

Sedapnya makan Bahulu homemade ni mudah ni panas-panas. Bahulu ni adalah antara kuih tradisional yang sentiasa menjadi kegemaran ramai. Jika dulu-dulu, kuih ni dibakar menggunakan sabut namun sekarang anda boleh hasilkannnya hanya dengan menggunakan ketuhar elektrik. Memang sedap kalau dapat makan panas-panas. Jom cuba resipi perkongsian saudari Maizura Ridzuan ni. Pasti puas hati tengok hasilnya.
CARA BUAT BAHULU HOMEMADE
MUDAH GUNA 4 BAHAN

BAHAN-BAHAN:
1 cawan tepung gandum – beli online disini
1/2 cawan gula pasir – beli online disini
5 biji telur
Esen vanilla – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Untuk membuat bahulu homemade ini, masukkan gula dan telur ke dalam bekas yang bersesuaian kemudian pukul sampai betul-betul kembang.
2. Kemudian masukkan tepung gandum dan esen vanila, kacau rata hingga semua bahan sebati.
3. Ambil acuan bahulu dan oleskan dengan sedikit minyak.
4. Tuang adunan bahulu dan masukkan ke dalam ketuhar.
5. Bakar menggunakan api atas dan bawah pada suhu 200c selama 12 minit atau sampai Bahulu masak sepenuhnya.
6. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Maizura Ridzuan
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Kuih Permata Zamrud Guna Sukatan Cawan. Sedap & Mudah
Resipi Mi Goreng Basah Paling Sedap. Cuba Resipi Ni Confirm Laris!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

