Makan

Cucur Nasi Pedas, Sedap, Rangup Dan Mengenyangkan

Share

Cucur nasi pedas ini boleh jadi idea untuk mengolah lebihan nasi selain daripada digoreng. Asyik buat nasi goreng saja pun bosan juga kan.

Hidangan ini bukan saja sedap tapi mengenyangkan. Boleh dijadikan menu sarapan dan sesuai juga untuk minum petang.

Resipi cucur nasi pedas

Bahan-bahan cucur nasi

Nasi sejuk
Tepung gandum
Air panas
Garam

Bahan dihiris

Bawang merah
Cili padi
Ikan bilis

Cara membuat

1. Satukan nasi sejuk, garam dan sedikit air panas dalam mesin pengisar. Kisar lumat.

2. Tuang nasi dikisar dalam bekas dan campur dengan bahan dihiris. Gaul rata.

3. Masukkan tepung gandum secukupnya, lalu gaul rata. Adunan sedikit pekat seperti dalam gambar di bawah.

4. Panaskan minyak, sudukan ke dalam minyak dan goreng hingga keperangan. Angkat dan tos.

Cucur ini garing di luar dan lembut di dalam dan akan tetap lembut walau sudah sejuk.

INFO

  • Boleh juga tambah dengan sayur seperti lobak daun bawang jika suka
  • Boleh juga gunakan pati ikan bilis atau pati ayam untuk lebih sedap.

Tip dapatkan cucur yang bulat elok

Basahkan tangan dan jemput adunan dengan jari dan perlahan-lahan masukkan dalam kuali. Basahkan setiap kali ingin menjemput adunan.

Kredit resipi & foto: Rossita Omar

Baca: Cucur Kentang 3 Bahan, Mudah & Sedap Untuk Makan Petang

 

Published by
Rose